Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nyia.sa.tan] | ڤڽياستن

Definisi : perbuatan menyiasat (me­nyelidik), pemeriksaan, penyelidikan: pihak­-pihak berkuasa cuba mengadakan ~ tentang harta, tanggungan, dan pendapatan ahli­-ahli yg hendak meminjam; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
siasat
Kata Terbitan : menyiasat, penyiasatan, penyiasat,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah beza penyiasatan dan siasatan? Boleh berikan contoh ayat? Mana satu betul, badan siasatan atau badan penyiasatan?

Penyiasatan bermaksud perbuatan menyiasat (me­nyelidik), pemeriksaan, penyelidikan. Siasatan pula bermaksud  hasil daripada menyiasat, kajian, siasat, perihal menyiasat (menyelidik). Contoh ayat: 1. Siasatan ini dijalankan dengan bertanya kepada beberapa orang   yang tahu sedikit sebanyak tentang pembunuhan itu. 2. Pihak-pihak berkuasa cuba mengadakan penyiasatan tentang harta, tanggungan, dan pendapatan ahli­-ahli yang hendak meminjam. Frasa yang betul ialah badan penyiasatan.

 

Tatabahasa18.07.2021
1.Hasil penyiasatan itu membuktikan bahawa dia tidak terlibat dalam kes tersebut. 2.Sungguh tidak berperikemanusiaan dia menceritakan perkara itu kepada orang ramai. 3.Cita-citanya akan menjaid penyataan sekiranya dia lulus dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. 4.Peminat bola sepak dapat menyaksikan bintang bola sepak England beraksi di Stadium Bukit Abdul Jalil. Keempat-empat ayat ada salah tak? Jika salah, sila menerangkan sebab Terima kasih

1. Ayat (1) betul

2. Ayat (2) betul

3. Ayat yang betul ialah Cita-citanya akan menjadi kenyataan sekiranya dia lulus dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Pengunaan perkataan penyataan dalam ayat tersebut tidak betul kerana pernyataan membawa maksud kata-kata, tulisan dan sebagainya yang menyatakan sesuatu perkara. Manakala, kenyataan pula membawa maksud  perkara atau keadaan yang sebenar atau bukan khayalan, hakikat dan realiti.

4. Ayat (4) betul

Tatabahasa27.10.2021
Tuan, Bahagian Perangkaan Tenaga Manusia & Sosial, Jabatan Perangkaan telah dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan survei iaitu "Penyiasatan Sektor Informal". Ia mengkaji pertubuhan yang beroperasi tetapi tidak berdaftar dengan agensi pendaftaran/penguatkuasaan seperti SSM, Pihak Berkuasa Tempatan dsbnya dan mempunyai pekerja 1 hingga 9 orang sahaja. Adakah perkataan "Informal" tersebut perlu diterjemah kan atau digunakan terus kerana ia lebih jelas. Mohon pandangan tuan dalam perkara ini. Sekian terima kasihDalam pelbagai bidang ilmu seperti Antropologi, Sosiologi dan Sains Politik istilah informal diterjemahkan kepada Tak Formal. Oleh itu, frasa "Penyiasatan Sektor Informal" hendaklah diterjemahkan kepada "Penyiasatan Sektor Tak Formal".Istilah08.07.2011
apakah peribhs utk situasi : penyiasatan kes amanah itu bertambah rumit dan amat sukar utk ditangani spt ........ kerana membabitkan byk pihak yg berkepentingan.Untuk mendapat maklmat tentang peribahasa, sila rujuk Kamus Istimewa Peribahasa Melayu (Abdullah Hussain) terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.Lain-lain17.02.2012
Assalamualaikum. Saya telah menyiapkan sebuah manuskrip novel penyiasatan remaja. Bagaimana saya hendak menghantar manuskrip saya itu kepada pihak DBP? Apakah syarat-syarat dan prosedurnya? Saya berasal dan menetap di Sarawak, adakah saya perlu menghantar manuskrip saya ke cawangan DBP di sini sahaja, atau perlu mengepos / emel kepada ibu pejabat DBP?Hantarkan manuskrip tuan kepada: YBhg. Datin Hajijah binti Jais, Ketua Editor Buku Sastera, Jabatan Penerbitan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur.Lain-lain12.10.2015
pakah peribahasa yang sesuai digunakan utk situasi berikut : penyiasatan kes pecah amanah itu bertambah rumit dan amat sukar ditangani seperti ...... kerana membabitkan banyak pihak yang berkepentingan. adakah jawabannya ialah duri dalam daging? atau? apa peribahasa utk menggambarkan situasi yang sukar diselesaikan kerana byk melibatkan pihak yang berkepentingan? tqBerdasarkan kata kunci  'sukar diselesaikan' ada dua peribahasa yang sesuai, iaitu 'Seperti aur ditarik songsang' dan 'Berkelahi dalam kepuk'. Untuk maklumat lanjut lihat http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=sukar+diselesaikan&d=11 dan klik medan 'Peribahasa'.Lain-lain28.02.2012
Saya ingin bertanya sekiranya ada terjemahan bagi istilah "first responder" dalam konteks undang-undang forensik/penyiasatan tempat kejadian jenayah? Untuk makluman "first responder" ditakrifkan sebagai "a person (such as a police officer or an EMT) who is among those responsible for going immediately to the scene of an accident or emergency to provide assistance".Dalam data rujukan kami, belum terdapat padanan khusus bagi istilah “first responder". Kami akan maklumkan kepada pihak tuan/puan setelah perbincangan selesai.Istilah15.04.2019
Selamat pagi dan terima kasih kerana membantu. Yang manakah di antara berikut adalah terjemahan yang paling sesuai untuk "customer profiling" - "pemprofilan pelanggan", "kajian pelanggan", "penyiasatan pelanggan" atau apa-apa terjemahan yang lain? Untuk rujukan Tuan/Puan, "customer profiling" ditakrif sebagai rakaman dan analisis ciri psikologi dan tingkah laku seseorang, untuk menilai atau meramalkan keupayaan mereka dalam bidang tertentu atau untuk membantu mengenal pasti kategori orang.1. Terjemahan paling sesuai untuk  customer profiling ialah Pemprofilan pelanggan.Istilah04.04.2019
Assalamualaikum. Apakah istilah bahasa Melayu yang setara dengan istilah bahasa Inggeris ini: "crime scene investigation"? Terima kasih. Sumber: https://youtu.be/lz4qaTPn8ewCadangan padanan istilah bahasa Melayu bagi "crime scene investigation" ialah penyiasatan saintifik kejadian jenayah.Penyemakan dan penterjemahan19.10.2015
bagaimanakah cara untuk saya jadi seorang penulis novel?

Ada pelbagai cara untuk menjadi seorang penulis novel. Antaranya saudara perlu banyak membaca novel karya orang lain terlebih dahulu mengikut tema yang menjadi minat saudara seperti kisah cinta, penyiasatan, sejarah, misteri dan sebagainya. Teliti cara penulis itu menulis karya mereka dari segi pengadunan plot, watak perwatakan, latar, gaya, bahasa, teknik seperti monolog, dialog, saspens, imbas muka, imbas kembali, pembahagian bab, dan unsur lain yang menjalin struktur sesebuah cerita. Selain itu, saudara perlu mempunyai ilmu bantu yang merentas bidang seperti teori sastera, budaya, sains, psikologi, falsafah, sosiologi dan sebagainya, kerana penulisan merupakan gambaran kehidupan, sama ada yang berlaku di alam realiti ataupun imaginasi semata-mata. Saudara juga disarankan agar memasuki mana-mana kursus atau bengkel penulisan yang banyak diadakan oleh badan-badan penerbit, akademi penulisn atau orang perseorangan yang boleh menjadi mentor saudara. Pada masa ini juga banyak buku panduan menulis boleh didapati di pasaran, yang dapat memberi banyak panduan untuk saudara menulis. Mungkin saudara boleh mulakan dahulu dengan menulis cerpen untuk memantapkan penulisan saudara. Dan akhir sekali, untuk menjadi penulis fiksyen yang baik, mahu tidak mahu ia bergantung juga kepada bakat semula jadi seseorang itu. Jika seseorang itu dianugerahi Allah bakat  seni (kreatif) tanpa banyak belajar pun, dia akan menjadi penulis yang baik. Semoga saudara menjadi seorang penulis yang berjaya pada suatu hari nanti.

Lain-lain27.10.2010
12

Kembali ke atas