Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nyim.pan] | ڤڽيمڤن

Definisi : orang dll yg menyimpan: akar ~ makanan dinamakan akar cepuk; ~ kira-kira orang yg memegang kira-kira (perniagaan dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nyim.pan] | ڤڽيمڤن

Definisi : orang yg menyimpan: Para ~ akan diberi cenderamata. ~ kira-kira orang yg mengurus atau yg bertanggungjawab terhadap sesuatu akaun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
simpan
Kata Terbitan : menyimpan, tersimpan, simpanan, penyimpan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PENYIMPAN MOHOR BESAR RAJA-RAJA

PENYIMPAN MOHOR BESAR RAJA-RAJA, orang yang bertanggungjawab sebagai setiausaha kepada Majlis Raja-Raja Melayu dan Yang di-Pertuan Agong. Jawatan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu diwujudkan setelah termeterainya Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948. Satu majlis yang mengandungi raja-raja Melayu yang dikenal sebagai Majlis Raja-Raja telah ditubuhkan dan setiausaha kepada majlis itu dinamakan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu. Apabila Malaysia ditubuhkan pada tahun 1963, jawatan ini dikenal sebagai Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu Malaysia.

BUDAYAJawatan/Gelaran
TERMOS

Termos ialah bekas penyimpan cecair panas atau

sejuk untuk beberapa jam. Ia juga dikenali sebagai

kelalang vakum atau kelalang Dewar . Botol termos

mempunyai beberapa saiz, berbeza mengikut

kapasiti, iaitu daripada 60 mililiter hingga 60 liter. Ia

juga mempunyai pelbagai kegunaan. Termos

lazimnya digunakan untuk membawa minuman

seperti kopi, jus, susu, ataupun sup. Termos juga

digunakan dalam kerja perubatan dan saintifik

untuk menyimpan ubat-ubatan dan bahan kimia,

memindahkan tisu dan organ dan untuk mengawet

plasma darah.

UMUM 
MOHOR BESAR

Mohor Besar, di United Kingdom, digunakan

untuk menandakan pengesahan raja terhadap

kebanyakan dokumen negara. Setiap raja memiliki

Mohor Besar khas, sebagai tambahan kepada

mohor privi dan meterai. Mohor diraja yang

pertama ialah Mohor Edward the Confessor. Mohor

William Si Penakluk menggambarkan raja

menunggang kuda dan bersenjata. Selepas

penaklukan England, dia menambah sebuah ‘mohor

balas’ dengan gambar penabalannya. Kemudian,

gambar raja ditabal menjadi bahagian depan mohor

dan raja di atas kuda di bahagian belakang. Lord

chancellor ialah penyimpan Mohor Besar. Apabila

seseorang raja meninggal dunia, mohor itu

dipecahkan, dan dibuat yang baru.

UMUM 

Kembali ke atas