Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nyim.pan] | ڤڽيمڤن

Definisi : orang dll yg menyimpan: akar ~ makanan dinamakan akar cepuk; ~ kira-kira orang yg memegang kira-kira (perniagaan dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nyim.pan] | ڤڽيمڤن

Definisi : orang yg menyimpan: Para ~ akan diberi cenderamata. ~ kira-kira orang yg mengurus atau yg bertanggungjawab terhadap sesuatu akaun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
simpan
Kata Terbitan : menyimpan, tersimpan, simpanan, penyimpan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
savings with guaranteewadi‘ah yad damanahEkonomiEkonomi IslamAkad antara pemilik barang dengan pihak penyimpan untuk menyimpan dan memelihara barangnya daripada berlaku kerosakan. Pihak penyimpan dibenarkan mengguna dan mengambil manfaat daripada barang yang disimpan. Pada masa yang sama, pihak penyimpan memberi jaminan untuk memulangkan barang tersebut seperti sediakala pada sebarang masa yang dikehendaki oleh pemiliknya. Barang berkenaan boleh berbentuk aset benar atau aset kewangan. Akad ini biasanya digunakan dalam urus niaga rahnu, akaun semasa wadi‘ah dan akaun simpanan wadi‘ah.
savings with custodywadi‘ah yad amanahEkonomiEkonomi IslamAkad antara pemilik barang dengan pihak penyimpan untuk menyimpan dan memelihara barangnya daripada berlaku kerosakan. Pihak penyimpan tidak dibenarkan mengguna dan mengambil manfaat daripada barang yang disimpan. Pada masa yang sama, pihak penyimpan memberi jaminan untuk memulangkan barang tersebut seperti sediakala pada sebarang masa yang dikehendaki oleh pemiliknya. Barang berkenaan boleh berbentuk aset benar atau aset kewangan. Akad ini biasanya digunakan dalam urus niaga rahnu.
mudarabah general investment accountakaun pelaburan am mudarabahEkonomiEkonomi IslamAkaun pelaburan am yang berasaskan kontrak mudarabah. Penyimpan boleh melaburkan wang selama tempoh yang ditetapkan dengan tempoh minimum 1 bulan dan dalam gandaan 3 bulan sehingga tempoh maksimum 60 bulan. Penyimpan akan memperoleh keuntungan pelaburan mengikut nisbah yang dipersetujui seperti 30:70 atau 20:80. Penyimpan tidak akan mencampuri urusan pelaburan tetapi pada prinsipnya kerugian dalam pelaburan akan ditanggung oleh para penyimpan. Namun begitu, pihak bank biasanya memberi jaminan bahawa pelaburan dalam akaun ini tidak mengalami kerugian.
two-tier mudarabahmudarabah dua tahapEkonomiEkonomi IslamKemudahan mudarabah yang melibatkan tiga pihak, iaitu penyimpan, bank dan pengusaha melalui dua akad mudarabah yang berasingan. Akad mudarabah pertama melibatkan penyimpan dengan pihak bank. Akad mudarabah kedua pula, melibatkan pihak bank dengan pengusaha. Keuntungan atau kerugian akad kedua dikongsi oleh bank dan pengusaha. Bank berkongsi keuntungan atau kerugian akad mudarabah kedua dengan penyimpan berasaskan persetujuan dalam akad mudarabah pertama.
application for withdrawalpermohonan keluaranPentadbiran PerniagaanTiadaPermintaan yang dikemukakan oleh penyimpan kepada pihak pentadbiran pos agar dibayar kepadanya sejumlah wang daripada buku simpanan penyimpan.
wadiah current accountakaun semasa wadi‘ahEkonomiEkonomi IslamAkaun semasa yang berasaskan prinsip wadi‘ah yad damanah atau simpanan yang terjamin. Pihak bank meminta keizinan daripada penyimpan untuk menggunakan wang yang disimpan selagi wang tersebut berada dalam simpanan bank. Segala manfaat dan keuntungan daripada penggunaan simpanan ini menjadi hak mutlak bank. Walau bagaimanapun, bank boleh mengenakan sejumlah caj perkhidmatan untuk menampung kos yang terlibat dalam pengurusan simpanan. Namun begitu, bank juga biasanya memberi hibah atau ganjaran kepada penyimpan. Para penyimpan pula berhak mengeluarkan sebahagian atau semua simpanan mereka pada bila-bila masa dan bank memberi jaminan untuk mengembalikan wang tersebut. Akaun ini menpunyai ciri yang hampir sama dengan akaun semasa di bank konvensional.
gifthibahEkonomiEkonomi IslamAkad untuk memindahkan milik sesuatu aset tanpa bayaran yang dilakukan secara sukarela. Hibah dalam urus niaga perbankan dilakukan apabila institusi kewangan memberi sebahagian keuntungannya sebagai hadiah kepada penyimpan akaun semasa dan akaun simpanan. Selain itu, institusi kewangan boleh memberi hibah daripada sebahagian keuntungannya kepada penyimpan akaun pelaburan sekiranya pulangan akaun tersebut tidak kompetitif berbanding kadar faedah simpanan tetap. Hibah kepada penyimpan akaun pelaburan diambil daripada rizab penyamarataan keuntungan.
profit equalisation reserverizab penyamarataan keuntunganEkonomiTiadaJumlah tertentu yang diambil daripada keuntungan kasar perbankan Islam. Jumlah ini akan digunakan untuk menampung kekurangan keuntungan yang diberikan kepada penyimpan. Tujuan rizab ini untuk memastikan pulangan keuntungan yang diterima oleh penyimpan stabil dan setanding dengan keuntungan atau faedah yang diberikan oleh institusi kewangan lain. Sekiranya jumlah ini tidak digunakan, rizab ini akan dipindahkan ke liabiliti perbankan Islam dan dilaburkan sebagai akaun mudarabah muqayyadah.
boilerplatepenyimpan perengganPentadbiran PerniagaanTiadaCiri sistem pemprosesan kata untuk menyimpan perenggan supaya boleh digunakan apabila perlu.
BookkeeperPenyimpan Kira-kiraPentadbiranTiadaTiada
123456789

Kembali ke atas