Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nying.ki.ran] | ڤڽيڠکيرن

Definisi : 1. perbuatan menyingkiri atau menyingkirkan: dlm rampasan kuasa dan ~ Jeneral Khan ini, Amerika mungkin campur tangan; 2. pengungsian; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
singkir
Kata Terbitan : menyingkir, tersingkir, penyingkiran,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PENYINGKIRAN PRIDE UMUM 
BUANGAN

Buangan ialah penyingkiran dari tanah air

sendiri. Orang yang dihukum dengan hukuman

buang negeri disebut sebagai orang buangan.

UMUM 
RESPIRASI

Respirasi ialah proses bagi manusia dan lain-lain

benda hidup mendapatkan dan menggunakan

oksigen. Kecuali mikroorganisma tertentu, semua

benda hidup memerlukan oksigen untuk hidup.

Respirasi juga melibatkan penyingkiran karbon

dioksida, iaitu gas yang dikeluarkan apabila sel

menggunakan oksigen.

UMUM 
PEMINDAHAN JISIMOperasi yang terdapat dalam setiap loji pemprosesan industri kimia, petrokimia, gas asli, petroleum, makanan, elektronik, dan biologi. Dalam industri tersebut, bahan mentah diproses secara kimia atau fizik untuk menghasilkan produk yang lebih berharga. Walaupun setiap industri melibatkan bahan mentah dan produk yang berbeza, ia menggunakan operasi pemprosesan tertentu yang mempunyai persamaan antara satu industri dengan industri yang lain. Pemisahan minyak mentah dengan menggunakan penyulingan, pemisahan pepejal daripada ampaian menggunakan penurasan, dan penyingkiran air melalui penyejatan merupakan contoh operasi unit yang digunakan dalam industri. Setiap operasi unit seperti penyulingan berbeza dari segi fizikal bagi industri petrokimia dan industri pemprosesan minyak sawit, tetapi direka bentuk berasaskan teknik dan prinsip yang sama.KEJURUTERAANProses/Tindak Balas

Kembali ke atas