Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nying.ki.ran] | ڤڽيڠکيرن

Definisi : 1. perbuatan menyingkiri atau menyingkirkan: dlm rampasan kuasa dan ~ Jeneral Khan ini, Amerika mungkin campur tangan; 2. pengungsian; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
singkir
Kata Terbitan : menyingkir, tersingkir, penyingkiran,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
desilicificationpenyahsilikonanGeologiTiadaPenyingkiran silika, seperti penyingkiran silika dari batuan atau magma.
elimination reactiontindak balas penyingkiranKimiaTiadaTindak balas kimia yang berlaku apabila satu molekul kecil seperti air atau hidrogen klorida dikeluarkan daripada molekul organik lalu membentuk sebatian tak tepu. Misalnya, penyingkiran molekul air daripada alkohol membentuk alkena. Tindak balas penyingkiran selalunya bersaing dengan tindak balas penggantian dan hasil yang didapati bergantung pada keadaan sekitaran tindak balas. Tindak balas bromoetana dengan natrium hidroksida dapat menghasilkan, sama ada etena (melalui penyingkiran HBr) atau etanol (melalui penggantian Br dengan OH). Etena terhasil apabila tindak balas dijalankan di dalam larutan alkohol, manakala etanol terhasil jika tindak balas dijalankan di dalam larutan akueus.
denitrificationdenitrifikasiKimiaBiokimiaPenyingkiran nitrat atau nitrogen, seperti penyingkiran nitrat atau nitrogen daripada tanih oleh tumbuh-tumbuhan.
eliminationpenyingkiranFarmasiFarmakologiPengeluaran bentuk aktif drug daripada badan melalui degradasi metabolik atau perkumuhan. Penyingkiran drug daripada badan melibatkan proses metabolisme dan perkumuhan.
deacylationpendeasilanKimiaBiokimiaPenyingkiran kumpulan asil daripada sesuatu sebatian organik, seperti penyingkiran asetoasetal KoA daripada molekul asetal KoA.
elimination-addition mechanismmekanisme penyingkiran penambahanKimiaTiadaMekanisme tindak balas yang melibatkan dua peringkat, iaitu penyingkiran dan kemudian penambahan, dengan pembentukan bahan perantara yang disebut benzuna.
deaminationpendeaminaanKimiaBiokimiaPenyingkiran satu kumpulan amino daripada sesuatu sebatian organik, seperti penyingkiran kumpulan amino daripada bahan perantara yang merupakan hasil kitar asid trikarboksilik, dan sebagainya.
dewateringpenyahairanKejuruteraanTiada1. Penyingkiran air dari bahan pepejal melalui penurasan, pengemparan, pengelasan basah, atau teknik pengasingan pepejal-cecair yang sama. 2. Penyingkiran air dari suatu kurungan atau suatu struktur seperti dasar sungai, kaison, atau syaf lombong melalui pengepaman atau penyejatan.
oxidationpengoksidaanKimiaKimia AnalisisTindak balas yang melibatkan penggabungan oksigen dengan bahan lain atau tindak balas yang melibatkan penyingkiran hidrogen daripada sesuatu bahan atau penyingkiran elektron daripada atom unsur.
parathyroid hormonehormon paratiroidVeterinarTiadaHormon yang dirembeskan oleh kelenjar paratiroid. Hormon ini mengawal kepekatan kalsium dalam cairan ekstrasel, yang juga ditentukan oleh pergerakan kalsium dari tulang ke cairan ekstrasel dan sebaliknya. Pada bahagian ginjal, hormon ini berfungsi meningkatkan penyingkiran fosforus dan mengurangkan penyingkiran kalsium melalui penyerapan semula. Pada bahagian usus kecil, hormon ini berfungsi meningkatkan penyerapan kalsium, fosforus dan magnesium. Kekurangan hormon ini boleh menyebabkan otot bergetar dan dalam situasi yang serius boleh menyebabkan keadaan konvusi pada ternakan.
12345678910...

Kembali ke atas