Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nyi.si.pan] | ڤڽيسيڤن

Definisi : (Lin) perihal membubuh sisipan pd kata-kata pokok; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penyisipan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
adakah perkataan majmuk seperti sebut harga, senarai hitam dieja rapat jika diapit? Contoh : penyebutharga, disenaraihitam atau disenaraihitamkan? berkuatkuasa atau berkuat kuasa?

Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit, iaitu bentuknya tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur lain. Oleh itu, “sebut harga”, “senarai hitam”, “penyebut harga” dan “berkuat kuasa” dieja terpisah. Walau bagaimanapun, apabila kata majmuk menerima imbuhan yang merupakan apitan, ejaannya menjadi bercantum. Contohnya:

senarai hitam – disenaraihitamkan

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 72 hingga 75.

Tatabahasa04.03.2024
saya ber nama Afeeyah karoomo,sedang belajar Melayu dasar, ingin bertanya Tatabahasa,Apakah maksud kata majmuk, Terima kasihKata majmuk terhasil daripada proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit. Untuk membezakan kata majmuk dengan kata biasa ialah kata majmuk tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur lain. Contohnya  kerusi malas ialah kata majmuk kerana tidak dapat disisipkan  unsur lain seperti 'yang'. Pinggan mangkuk bukan kata majmuk kerana dapat diselitkan kata hubung 'dan'.  Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 72.Tatabahasa07.11.2013
tulisan/ejaan betul bagi: Matapelajaran atau mata pelajaran? Samada atau sama ada?

Puan Hafisah,

Kata majmuk terhasil daripada proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu.  Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit, iaitu bentuknya tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur lain. Walau bagaimanapun, kata majmuk yang mantap sahaja dieja satu perkataan, iaitu warganegara, setiausaha, olahraga, jawatankuasa, tandatangan, suruhanjaya, tanggungjawab, kakitangan, antarabangsa, jawatankuasa, pesuruhjaya, matahari, bumiputera, sukarela, kerjasama, beritahu. Kata majmuk yang lain dieja dua perkataan. Oleh yang demikian, ejaan bagi kata mata pelajaran dan sama ada dipisahkan menjadi dua perkataan.  Sekiranya, puan ingin memahami  dengan lebih lanjut tentang "pembentukan kata", puan boleh membaca buku Tatabahasa Dewan.   

Tatabahasa04.03.2009
Salam DBP. Saya mempunyai 1 soalan. Adakah penggunaan kata kerja 'merujuk' perlu diikuti oleh kata sendi nama 'kepada' sebelum hadirnya sesebuah kata nama atau frasa nama sebagai komplemen? Contohnya, 1. Hal ini merujuk kepada isu pembakaran terbuka. 2. Hal ini merujuk isu pembakaran terbuka. Setahu saya, kata kerja 'merujuk' merupakan kata kerja transitif yang harus diikuti oleh frasa nama sebagai pelengkap. Penyisipan kata sendi nama merupakan penggunaan yang salah. terima kasih

Isu yang sebenarnya ialah sama ada "merujuk perkara" atau "merujuk kepada perkara", dan frasa "merujuk pada" sememangnya tidak gramatis.  Mengikut rumus tatabahasa, frasa "merujuk perkara " sebagai gramatis kerana merujuk ialah kata kerja transitif yang perlu diikuti objek daripada frasa nama, iaitu perkara. Walau bagaimanapun frasa "merujuk kepada perkara" telah mantap penggunaannya dalam kalangan masyarakat dan diterima. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.

Tatabahasa20.03.2022
1. Ada tidak buku panduan untuk menentukan golongan kata untuk kata majmuk. 2. Bagaimana cara untuk menentukan golongan kata untuk kata majmuk. 3. Apakah golongan kata untuk kata majmuk kasih sayang.

Proses pembentukan kata majmuk ialah proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil membawa makna khusus. Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit, iaitu bentuknya tidak boleh menerima penyisipan unsur  lain. Misalnya kata kerusi malas ialah kata majmuk kerana tidak dapat disisipkan dengan unsur lain misalnya  "yang". Sebaliknya pinggang mangkuk bukan kata majmuk kerana boleh disisipkan dengan kata hubung "dan" - pinggang dan mangkuk. Perkataan  kasih sayang juga  bukan kata majmuk kerana boleh disisipkan perkataan lain contohnya, kasih dan sayang. Kasih dan sayang ialah kata adjektif perasaan (rujuk halaman 91). Untuk makluman tuan terdapat juga bentuk kekecualian beberapa kata majmuk yang penggunaannya  sudah dianggap mantap dieja bercantum walaupun bentuk kata tersebut ternyata mengandungi dua kata dasar.  Untuk maklumat lanjut tuan boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka  (halaman 72-75). 

Tatabahasa27.01.2021
apakah perbezaan kata majmuk dengan kata ganda?

Menurut data kami kata majmuk terhasil daripada proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit. Untuk membezakan kata majmuk dengan kata biasa ialah kata majmuk tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur lain. Contohnya  kerusi malas ialah katamajmuk kerana tidak dapat disisipkan  unsur lain seperti 'yang'. Pinggan mangkuk bukan kata majmuk kerana dapat diselitkan kata hubung 'dan'. 

Manakala kata ganda Kata ganda ialah bentuk kata yang dihasilkan dengan menggandakan atau mengulangi kata dasar sama ada kata tersebut diulang keseluruhannya atau pada bahagian-bahagian tertentu dan dengan imbuhan atau tanpa imbuhan. Kata ganda penuh ialah penggandaan seluruh kata dasar sama ada kata dasar itu mengandungi imbuhan ataupun tidak. Contoh: buku-buku dan pembesar-pembesar. Kata ganda separa ialah penggandaan sebahagian kata dasar sahaja. Contoh: gegelang dan sesiku. Kata ganda berentak ialah proses yang menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar itu. Contoh: kuih-muih dan pinggan mangkuk. Kata majmuk ialah bentuk yang dihasilkan melalui proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa maksud tertentu. Contoh: jalan raya dan duta besar. 

Tatabahasa22.07.2018
Adakah ibu bapa, bahasa Melayu, bahasa rasmi, nenek moyang dan wahana politik ialah kata majmuk? Apakah petua untuk mengenal pasti kata itu merupakan kata majmuk? Sekian terima kasih.

Kata majmuk ialah perkataan yang dibentuk dengan merangkaikan beberapa kata dasar.  Bentuk yang terhasil membawa makna tertentu, dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit, contohnya kapal terbang, gambar rajah, terima kasih dan sebagainya.

Petua untuk mengenal kata majmuk ialah ia tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur lain.  Misalnya, kerusi malas ialah kata majmuk kerana tidak dapat disisipkan dengan unsur lain seperti "yang".  Sebaliknya pinggan mangkuk bukan kata majmuk kerana dapat diselitkan kata hubung dan.
Tatabahasa22.01.2016
Assalamualikum, Tumpang tanya, bagaimana saya boleh dapatkan senarai kata majmuk Bahasa Melayu. Adakah pihak DBP mempunyai sejenis korpus khas untuk kata majmuk sahaja. Jika korpus begini wujud, bagaimana untuk mengeksesnya. Terima kasih.Kata majmuk terhasil daripada proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit, iaitu bentuknya tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur yang lain. Dalam bahasa Melayu, bentuk kata majmuk besar jumlahnya, dan DBP tidak mempunyai korpus khas untuk kata majmuk sahaja. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 72-76.Ejaan04.07.2014
kata' rumah tangga' dan 'rumah baharu'. salah satu daripadanya ialah kata majmuk. Begaimanakah kita hendaklah memberikan penjelasan tentang cara membezakan kata majmuk dengan yang bukan majmuk ( seperti contoh di atas) ?Kata majmuk terhasil daripada proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit. Untuk membezakan kata majmuk dengan kata biasa ialah kata majmuk tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur lain. Contohnya  kerusi malas ialah kata majmuk kerana tidak dapat disisipkan  unsur lain seperti 'yang'. Pinggan mangkuk bukan kata majmuk kerana dapat diselitkan kata hubung 'dan'.  Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 72. Istilah03.03.2010
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Saya keliru dengan ejaan Bahasa Melayu kini. Contohnya ejaan sekali gus, jika dahulu ejaannya di dekatkan.. kenapa sekarang banyak perkataan dieja terpisah? Saya hanya ingin tahu untuk memberi penjelas kepada pelajar saya yang betanya akan hal ini. terima kasihSekali gus dan kata majmuk yang lain dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit.  Kata majmuk terhasil daripada proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Untuk membezakan kata majmuk dengan kata biasa ialah kata majmuk tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur lain. Contohnya  kerusi malas ialah kata majmuk kerana tidak dapat disisipkan  unsur lain seperti 'yang'. Pinggan mangkuk bukan kata majmuk kerana dapat diselitkan kata hubung 'dan'.  Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 72.Tatabahasa17.04.2012
12

Kembali ke atas