Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nyu.li.ngan] | ڤڽوليڠن

Definisi : perbuatan menyuling; ~ berperingkat (Kim) penyulingan utk meng­asingkan campuran cecair yg mempunyai pelbagai takat didih yg berbeza (dgn meng­gunakan turus pemeringkatan); ~ stim (Kim) penyulingan yg dilaksanakan dgn melalukan stim menerusi campuran pepejal mudah meruap atau cecair mudah meruap utk meng­asingkannya drpd bahan yg tidak meruap; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nyu.li.ngan] | ڤڽوليڠن

Definisi : proses atau perbuatan menyuling. ~ berperingkat ist penyu­lingan utk mengasingkan campuran cecair yg mempunyai takat didih yg berbeza dgn menggunakan radas yg khusus (ini ialah kaedah asas dlm penghasilan petroleum drpd minyak tanah). ~ stim ist penyulingan utk mengasingkan campuran pepejal atau cecair mudah meruap drpd bahan yg tidak meruap, dgn cara melalukan stim menerusi campuran tsb (biasanya digunakan dlm pembuatan minyak wangi). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penyulingan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
microwave-assisted distillationpenyulingan berbantu mikrogelombangHerbaFitokimiaKaedah penyulingan hidro yang diubah suai dengan menggunakan sinaran mikrogelombang untuk pemanasan. Melalui kaedah ini, tempoh penyulingan hidro dapat dipendekkan dari 6 jam ke 5 minit hingga 15 minit. Lihat juga penyulingan hidro.
Rayleigh distillationpenyulingan RayleighKejuruteraanTiadaPenyulingan yang kandungan sisa berubah berterusan sepanjang proses penyulingan.
reduced oilminyak terturunKejuruteraanPetroleum1) Minyak yang diperoleh daripada penyulingan semula minyak yang telah tersuling. Penyulingan semula itu dilakukan dalam keadaan vakum atau dengan menggunakan alat penyulingan wap. 2) Minyak yang diperoleh daripada residu yang tertinggal di dalam alat penyulingan selepas keluaran-keluaran lain telah disuling daripada minyak mentah yang berkenaan.
batch distillationpenyulingan kelompokKimiaTiadaPenyulingan yang mana cecair yang hendak disuling dimasukkan sekali gus di dalam radas pada permulaan proses penyulingan.
steam distillationpenyulingan stimKimiaTiadaPenyulingan secara melalukan stim menerusi campuran pepejal atau cecair mudah meruap untuk mengasingkan bahan tersebut daripada bahan yang tidak meruap. Penyulingan stim lazimnya digunakan di dalam industri minyak wangi untuk mengasingkan minyak pati daripada bunga-bungaan, daun-daunan dan kulit kayu, dan di dalam makmal untuk penulenan dan untuk menganggarkan jisim molekul cecair atau pepejal.
volatile oilminyak meruapHerbaTiadaMinyak pati yang berbau dan mudah meruap. Minyak ini diperoleh daripada bahan herba, contohnya daun, bunga, buah, kulit kayu dan lain-lain melalui penyulingan stim, penyulingan air, pemerahan atau diekstrakkan dengan pelarut mudah meruap. Komponen utama minyak pati terdiri daripada terpena dan terbitannya. Minyak meruap digunakan sebagai bahan perisa (minyak limau purut), bahan wangian (minyak gaharu) atau sebagai bahan pemula untuk sintesis sebatian lain (minyak terpentin). Untuk tujuan terapeutik, minyak meruap digunakan secara sedutan (minyak eukaliptus) dan ubat kumur (timol). Lazimnya kepekatan yang digunakan ialah 1-3% dalam minyak urut, 10 titik untuk air mandian atau 3-5 titik untuk pengewapan. Kawalan kualiti kandungan minyak meruap diukur melalui kaedah penyulingan stim dengan peralatan piawai. Contohnya, British Pharmacopoeia mengehadkan nilai minyak meruap piawai bagi biji buah pelaga tidak kurang 4.0%v/w dan minyak pati bagi kulit kayu manis tidak kurang 1.0%v/w. Sinonim minyak pati.
fractional distillationpenyulingan berperingkatKimiaTiadaPenyulingan yang digunakan untuk mengasingkan campuran cecair yang mempunyai takat didih yang berbeza. Proses ini menggunakan turus pemeringkatan yang tegak dan panjang yang diisi dengan manik-manik kaca supaya refluks separa boleh berlaku. Kaedah ini dapat menghasilkan pengasingan lengkap dua atau lebih cecair yang mudah meruap. Sebahagian daripada wap akan terkondensasi dan cecair yang terhasil akan bertembung dengan lebih banyak wap dan proses ini akan berulang. Pecahan cecair yang mempunyai julat takat didih yang rendah akan terus masuk ke dalam kondenser penyulingan, manakala pecahan cecair yang mempunyai julat takat didih yang tinggi akan masuk balik ke dalam kelalang penyuling. Penyulingan berperingkat merupakan kaedah asas bagi penghasilan petroleum daripada minyak mentah. SILA RUJUK RAJAH DI M/S 147 Penyulingan berperingkat
vacuum distillationpenyulingan vakumKejuruteraanKejuruteraan KimiaProses penyulingan yang dijalankan dalam keadaan vakum, iaitu pada tekanan di bawah aras tekanan atmosfera. Tujuannya adalah untuk mengurangkan takat didih campuran bagi memudahkan pemisahan secara penyulingan dijalankan tanpa melibatkan tenaga yang banyak kegunaannya selalu didapati dalam industri yang melibatkan bahan yang peka terhadap suhu tinggi.
fractional distillationpenyulingan berperingkatKejuruteraanKejuruteraan KimiaProses penyulingan yang terjadi secara berperingkat. Penyentuhan di antara fasa wap yang menghala ke atas dengan fasa cecair yang mengalir turun bagi menghasilkan pemindahan jisim di antara fasa, terjadi mengikut peringkat dan tidak secara berterusan. Proses penyulingan ini terjadi di dalam turus berplat. Fasa wap dan cecair yang telah bersentuh pada suatu plat kemudiannya meninggalkan plat tersebut menuju ke plat lain. Penyentuhan di antara fasa tidak terjadi sehingga sampai ke plat seterusnya.
molecular distillationpenyulingan molekulKejuruteraanKejuruteraan KimiaProses penyulingan yang dijalankan dalam keadaan vakum tinggi pada tahap tekanan 0.001 raksa. Jarak molekul yang diwapkan daripada permukaan cecair adalah kurang daripada jarak laluan bebas purata bagi wap cecair tersebut pada keadaan tekanan dan suhu operasi. Penyulingan jenis ini berguna bagi pemisahan larutan yang mempunyai takat didih yang tinggi dan peka terhadap haba.
12345678910...

Kembali ke atas