Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nyum.bang] | ڤڽومبڠ

Definisi : orang yg memberikan sum­bangan, orang yg menyumbang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nyum.bang] | ڤڽومبڠ

Definisi : orang yg memberikan sumbangan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sumbang2
Kata Terbitan : menyumbang, menyumbangkan, sumbangan, penyumbang,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Penyumbang pertumbuhan ekonomi negara atau Penyumbang kepada pertubumbuhan ekonomi negara. Sila jelaskan. Terima kasih. :)Frasa yang betul ialah "Penyumbang pertumbuhan ekonomi Negara". Kata sendi nama "kepada" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan sasaran (manusia, haiwan dan unsur mijarad), menyatakan pecahan dan menyatakan perubahan keadaan. 
Tatabahasa11.03.2014
M PENYUMBANG MAJALAH TETUAN DEWAN BAHASA 0018534/16 HON boleh saya tahu tentang maklumat honorarium tersebutTuan boleh menghubungi Bahagian Majalah DBP melalui talian 03-2147 9279. Terima kasih.Lain-lain01.12.2016
Mohon pandangan / perbetulkan kesilapan dalam ayat di bawah tentang penggunaan perkataan masing-masing: Syarikat A, B dan C masing-masing adalah merupakan penyumbang untuk dana pembinaan dewan ini. atau Syarikat A, B dan C masing-masing adalah salah satu penyumbang untuk dana pembinaan dewan ini.Ayat yang betul ialah “Syarikat A, B dan C merupakan penyumbang dana untuk pembinaan dewan ini.”Tatabahasa08.06.2023
assalammualaikum. saya ingin bertanya. pada tahun 2000 hingga 2005, saya adalah merupakan penyumbang luar bagi ruangan seni lukis/tampak dalam majalah Dewan Budaya. Tetapi sejak 2 tahun lepas saya tidak aktif lagi disebabkan baru memulakan kerjaya sebagai guru. Kini saya ingin bergiat semula dalam bidang penulisan sebagai penyumbang luar majalah Dewan Budaya. Saya ingin tahu apakah syarat-syarat dan peraturan untuk bergiat dalam penulisan ini. Diharap pihak tuan dapat memberikan sedikit sebanyak maklumat yang saya perlukan. Sekian terima kasih.Waailaikummussalam. Memandangkan tuan telah biasa menyumbang makalah untuk Dewan Budaya, teruskanlah. Tidak ada syarat atau peraturan baharu.Lain-lain24.09.2007
Boleh beri bimbingan adakah pola ayat-ayat berikut betul? Kawasan bandar merupakan penyumbang utama pembebasan karbon dioksida. FN + FK

Pola ayat tersebut ialah FN + FK. Perkataan “Kawasan bandar” merupakan FN, manakala perkataan “merupakan” pula FK. Pola ayat yang diberikan betul, FN + FK.

Tatabahasa29.11.2022
Salam Padanan bagi mock cheque ialah cek cura. Bolehkah digunakan Anugerah Cura bagi replika amaun sumbangan anugerah yang bukan berbentuk cek tetapi hanya ada logo, pihak penyumbang dan amaun? Terima kasih.Sekiranya bersesuaian dengan konteks penggunaan, kami mencadangkan penggunaan "sijil cura" bagi maksud di atas.Lain-lain28.07.2023
Assalamualaikum, saya ingin mendapatkan idea berkenaan tema bagi majlis makan malam yang bertujuan untuk mengumpul dana syarikat. Majlis tersebut juga bertujuan untuk menjalih persahabatan syarikat saya dengan para penyumbang tersebut. Adakah tema seperti Malam Sumbangsih, atau Ikatan Jalinan Berterusan sesuai. Atau pihak DBP boleh memberikan idea yang lebih bersesuaian. Saya amat berharap pihak DBP boleh memberikan sedikit bantuan.Antara tema yang dicadangkan termasuklah Majlis Makan Malam Amal xxx (nama syarikat), Malam Sumbangsih Semarak Kasih, Malam Sumbangsih Jalinan Kasih, dan Malam Sumbangsih Tautan Kasih.Lain-lain19.03.2014
Salam, saya hendak bertanya soalan tentang 'funder' dalam bahasa melayu yang akan digunakan dalam tulisan rasmi, buat masa ini, saya ada beberapa yang ada dalam fikiran : 1. investor - pelabur 2. Donater - penyumbang 3. Funder - orang yang bagi duit Jadi, seperti yang kita lihat di atas, perkataan funder tidak lagi jadi satu perkataan, dia perlu beberapa gabungan perkataan utk merujuk kepada perkataan 'funder'. Oleh itu, saya ingin bertanya dengan menambah imbuhan 'pen' atau 'pe' di depan seperti derma akan jadi penderma, labur akan jadi 'pelabur'. Seperti yang saya terangkan di perenggan sebelum ini, jadi, bolehkah utk dana saya menambah imbuhan 'pe' atau 'pen' dalam perkataan dana. Saya bertanya dahulu di sini adalah disebabkan saya tidak pernah dengar perkataan dana dijadikan sebagai kata 'orang yang melakukan' seperti pedana atau pendana. Boleh saya tau penggunaan perkataan yang mana yang sesuai dan mudah difahami oleh orang awam, sama ada 'pedana' atau 'pendana'. Pada pandangan peribadi saya, saya lebih memilih menambah imbuhan 'pen' pada perkataan dana disebabkan ia kelihatan lebih sesuai.Merujuk istilah bahasa Melayu, maksud funding daripada bidang ekonomi, pentadbiran dan pentadbiran perniagaan bermaksud pendanaan. Manakala merujuk kepada terjemahan bagi istilah sumber investor ialah pelabur, donor ialah penderma dan funder masih belum wujud dalam data PRPM kami. Cadanagn daripada pihak DBP, terjemahan yang sesuai bagi funder ialah pendana.Makna09.08.2019
Mohd Farid May 28th, 9:57am As salam. Saya menerima honorarium dari pihak tetuan dewan bahasa 0008972/15 BAY... Mohd Farid May 28th, 9:57am Saya inginkan kepastian untuk apakah bayaran tersebut? Mohd Farid May 28th, 12:37pm Onorium penyumbang tetuan dewan bahasa 0008972/15 BAY Mohd Farid May 28th, 12:37pm Apakah maksudnya?Sila hubungi Bahagian Kewangan dan Bekalan DBP melalui talian 03-21479071.Lain-lain28.05.2015
Saya ingin mendapatkan pengesahan untuk perkataan dalam bahasa Inggeris "angel investor"/ "angel financing". Adakah terdapat terjemahan untuk kedua-dua perkataan di atas? Terima kasih.Untuk makluman, belum ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "angel investor". Walau bagaimanapun, istilah bahasa Melayu yang kami cadangkan ialah penyumbang labur.Istilah14.07.2012
12

Kembali ke atas