Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nyun.ti/] | ڤڽونتيق

Definisi : alat utk menyuntik: jarum ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penyuntik


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
spray patterncorak semburanKejuruteraan AutomotifEnjinBentuk jet bahan api yang keluar daripada penyuntik bahan api kesan daripada tekanan yang dikenakan kepada penyuntik dan bentuk muncung. Bentuk semburan berubah apabila penyuntik tidak berfungsi dengan sempurna.
fuel injectorpenyuntik bahan apiKejuruteraan AutomotifEnjin1. Injap suntikan yang menyuntik bahan api ke dalam pancarongga pengambilan sesebuah enjin. Terdapat tiga kedudukan yang digunakan oleh penyuntik ini, iaitu sebelum injap pendikit atau sebelum injap pengambilan atau terus dalam kebuk pembakaran. Penyuntik ini mempunyai satu liang atau lebih dan boleh dikawal oleh solenoid atau secara mekanikal. 2. Muncung suntikan yang menyemburkan bahan api terus ke dalam kebuk pembakaran bagi enjin suntikan terus seperti enjin diesel yang bercampur dengan udara termampat semasa lejang mampatan. Muncung ini dikawal secara solenoid atau mekanikal. Sinonim muncung suntikan, pemancit bahan api.
fuel metering deviceperanti sukat bahan apiKejuruteraan Kapal TerbangTiadaRadas seperti karburetor, penyuntik bahan api, atau unit kawalan penyuntik yang mencampurkan bahan api dengan udara masuk dengan kadar yang betul dan menghantar campuran tersebut ke enjin.
multiport fuel injectionsuntikan bahan api multiliangKejuruteraan AutomotifEnjinSistem suntikan bahan api untuk enjin gasolin berbilang silinder yang dilengkapi penyuntik bahan api dan dipasang pada setiap liang pengambilan. Penyuntik ini akan menyemburkan bahan api supaya masuk ke dalam aliran udara pengambilan dan bercampur dengannya sebelum campuran ini masuk ke dalam kebuk pembakaran melalui injap pengambilan. Penyuntikan sedemikian menghasilkan campuran udara-bahan api yang lebih seimbang dan merupakan penambahbaikan sistem suntikan titik tunggal.
single point injectionsuntikan titik tunggalKejuruteraan AutomotifEnjinSistem suntikan bahan api untuk enjin gasolin berbilang silinder yang dilengkapi satu penyuntik bahan api yang dipasang hanya pada pancarongga pengambilan atau badan pendikit. Penyuntik ini akan menyemburkan bahan api supaya bercampur dengan udara sebelum diagihkan ke dalam pancarongga pengambilan dan seterusnya masuk ke dalam silinder. Penyuntikan sedemikian menghasilkan campuran udara-bahan api yang lebih seimbang dan merupakan penambahbaikan sistem karburetor.
crossfire injectionsuntikan nyala silangKejuruteraan AutomotifEnjinSistem suntikan bahan api elektronik atau sistem suntikan jasad pendikit yang menggunakan dua penyuntik, yang dipasang pada pancarongga pengambilan untuk membekalkan campuran udara-bahan api melalui laluan yang berkedudukan bersilang. Setiap penyuntik membekalkan campuran tersebut ke silinder enjin yang bertentangan melalui satu saluran yang bersilang dengan kedudukan enjin.
current injectorpenyuntik arusKejuruteraanTiadaTiada
jet injectorpenyuntik jetPerubatanTiadaTiada
signal injectorpenyuntik isyaratKejuruteraanTiadaTiada
hole injectorpenyuntik lubangKejuruteraanTiadaTiada
123

Kembali ke atas