Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nyun.ting] | ڤڽونتيڠ

Definisi : orang yg menyunting (karang­an, filem, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nyun.ting] | ڤڽونتيڠ

Definisi : orang yg kerjanya me­nyunting (karangan atau filem): Ayah saya bekerja sbg ~ di Dewan Bahasa dan Pustaka. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sunting
Kata Terbitan : menyunting, mempersunting, penyunting,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MAO DUN

Mao Dun (1896–1981) ialah penyunting dan

penulis Cina. Ramai pengkritik menganggap Mao

Dun sebagai seorang novelis realis yang sangat

dikagumi.

UMUM 
BAHRUM RANGKUTI

BAHRUM RANGKUTI (1919-1977), penulis dan penterjemah Indonesia. Dia lahir pada 7 Ogos 1919 di Tigor, Galang, Sumatera Timur, Indonesia. Nama penuhnya ialah Haji Laksamana Bahrum Rangkuti. Ayahnya bekerja sebagai penyunting buku di sebuah penerbit swasta dan ibunya pula sering memberikan tumpuan pada masalah-masalah agama Islam serta tertarik pada ilmu tasawuf.

SASTERATokoh
SABDA S

SABDA S (1949 -       ), penulis.  Dia lahir pada 21 Mac 1949 di Sungai Bunyi, Pontian, Johor.  Nama sebenarnya ialah Sujaidi bin Dasuki.  Sabda S juga menggunakan nama pena Muhammad Hafiz Rahmatullah dan hadi Junaidi.  Sabda S menerima pendidikan di Kolej Islam Kelang dan Kolej Islam Malaya, Petaling Jaya.  Dia pernah menjadi wartawan (penyunting) dan utusan Melayu (Malaysia) Berhad, pegawai akhbar di Kementerian Pertanian Malaysia dan pegawai penerbit di Pusat Daya Pengeluaran Negara, Kuala Lumpur.

SASTERATokoh
NORHISHAM MUSTAFANORHISHAM MUSTAFA (1950 -       ), penulis. Dia lahir pada 28 Mei 1950 di Kampung Bakat, Gual Periuk, Pasir Mas, Kelantan. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Lemal dan kemudian menyambung pengajiannya di Maktab Pengajian Islam, Kota Bharu. Dia pernah bertugas sebagai penyunting Mingguan Kota Bharu sebelum menjadi penulis sepenuh masa.

 

SASTERATokoh

Kembali ke atas