Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nyu.suan] | ڤڽوسوان

Definisi : perihal (perbuatan) menyusui: pemendekan tempoh ~ bayi boleh mem­bahayakan kesihatannya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nyu.suan] | ڤڽوسوان

Definisi : hal (perbuatan dsb) menyusu atau menyusui. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penyusuan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya keliru mengenai perkataan ini: Penyusuan ibu atau penyusuan bayi? Yang mahu merujuk kepada penyusuan badan seorang ibunya kepada bayi. Atau adakah tepat juga jika menggunakan penyusuan susu ibu atau penyusuan badan? Terima kasih.Frasa yang betul ialah "Penyusuan Bayi" kerana penyusuan bermaksud hal/perbuatan menyusu, sepertu pemendekan tempoh penyusuan bayi boleh membahayakan kesihatannya.Tatabahasa17.07.2012
Penggunaan ayat 'Penyusuan Susu Ibu' dan 'Penyusuan Ibu' yang mana lebih tepat? Ada kedua-duanya memberi maksud yang sama?Frasa yang betul ialah 'Penyusuan Susu Ibu' kerana penyusuan bermaksud hal/perbuatan menyusu.Tatabahasa28.01.2011
100 Persoalan Mengenai Penyusuan Susu Ibu Assalamualaium wbt Pihak DBP, saya adalah pemilik syarikat Dunia Susu Ibu Enterprise yang berniaga secara online di http://www.duniasusuibu.com/shop/. Jika saya ingin menjual buku terbitan DBP bertajuk "100 Persoalan Mengenai Penyusuan Susu Ibu" dan buku lain yang berkaitan penyusuan susu ibu, bagaimana caranya? Terima kasihTerima kasih atas soalan yang dikemukakan.  Untuk maklumat lanjut, tuan/puan boleh menghubungi Kedai Buku Koperasi DBP Berhad, Tingkat Bawah Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur.  Pegawai yang bertanggungjawab ialah Encik Mohd Isa bin Khamis. Beliau boleh dihubungi di talian 0123219456.Lain-lain17.04.2012

Kembali ke atas