Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nyu.sun] | ڤڽوسون

Definisi : 1. orang yg menyusun (mengatur, menyediakan sesuatu, dll): Wilkinson dan ~ kamus lainnya ikut menggunakan perkataan utas dgn pengertian pandai atau tukang dlm kamus mereka; ~ huruf orang yg kerjanya menyusun huruf (dlm percetakan); 2. alat utk menyusun. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nyu.sun] | ڤڽوسون

Definisi : orang yg menyusun: ~ huruf orang yg kerjanya menyusun huruf percetakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
susun
Kata Terbitan : bersusun, menyusun, susunan, penyusunan, penyusun,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TEUKU ISKANDARpenyusun kamus dan penulis bahasa Melayu.BAHASATokoh
WILKINSON, R.J.penyusun kamus, penyelidik dan penulis bahasa Melayu.BAHASATokoh
SULAYMAN IBN AL-ASH‘ATH

Sulayman ibn al-Ash‘ath (202–275 H./817–889

M.), penyusun Sunan al-Sittah (enam buah kitab

hadith) yang masyhur. Nama penuhnya ialah

Sulayman ibn al-Ash’ath ibn Shidad ibn ‘Amru Al-

Azdiy Abu Dawud. Dia berbangsa Sajistani dan

merupakan seorang imam yang penting dalam

bidang ilmu hadith. Dia meriwayatkan hadith yang

diambil daripada al-Qa’nabiy, Ahmad, Yahya, Ibnu

Madaniy dan lain-lain. Sementara itu, ramai periwayat

hadith yang mengambil hadith daripadanya seperti

al-Tirmidhy, Abu Bakar (anaknya sendiri), Abu

‘Awwanah dan satu kumpulan perawi.

UMUM 
MUHAMMAD IDRIS AL-MARBAWI

Muhammad Idris al-Marbawi (1893-1989), penyusun kamus dan ulama Islam dalam bidang hadis, tafsir, dan fikah.

BAHASATokoh
POERWADARMINTA W.J.S.POERWADARMINTA W.J.S. (1903-1968), penyusun kamus Indonesia. Dia lahir pada 20 Julai 1903 di Yogyakarta, Indonesia. Nama sebenarnya ialah Welfridus Joseph Sabariah Poerwadarminta. Dia pernah menggunakan sama samaran seperti Ajirabas, Semplak dan Sabariya. Poerwadarminta mendapat pendidikan di Hollandsch Inlandsche School (HIS) Sore, Normaalschool Missie di Muntilan dan Ambarawa pada tahun 1925. Walau bagaimanapun, dia banyak mendapat pengetahuan selepas tamat belajar di Normaalschool dan pada ketika dia bekerja sebagai guru. Poerwadarminta dapat menguasai bahasa Jepun, Belanda, Inggeris dan Jerman dengan baik. Bahasa tersebut dipelajarinya daripada Dr. van Rijkevorsel dan Dr. C. Coxs.BAHASATokoh
HOUTMAN, CORNELIS DE

Houtman, Cornelis De (1565-1599), penyusun kamus, ahli pelayaran dan saudagar berbangsa Belanda.

BAHASATokoh
PRENTICE, D.J.PRENTICE, D.J. (1942-1995), pengkaji bahasa-bahasa Nusantara dan penyusun kamus. Dia lahir pada 14 Januari 1942 di Wigan, Lancashire, England. Nama penuhnya ialah David John Prentice. Walau bagaimanapun, dia lebih dikenali dengan panggilan Jack.BAHASATokoh
EJAAN RUMI ZA'BA

EJAAN RUMI ZA’BA, sistem ejaan Rumi yang disusun untuk bahasa Melayu oleh Zainal Abidin bin Ahmad (Za’ba) dan telah dimuatkan dalam buku Daftar Ejaan Melayu (Jawi-Rumi) yang diterbitkan pada tahun 1949. Sistem ejaan ini juga telah dihuraikan dengan panjang lebar dalam buku Pelita Bahasa Melayu oleh penyusun yang sama. Nama asal bagi sistem ejaan ini ialah “Petua-Petua Ejaan Rumi” dan sempena nama penyusunnya, sistem ini dikenal dengan nama Sistem Ejaan Rumi Za’ba.

BAHASABahasa
FENG MENGLONG

Feng Menglong (1574-1646), penyusun cerpen China yang terkenal pada zaman Dinasti Ming (1368-1644).

SASTERATokoh
MUHD. DAUD BAHARUM

MUHD. DAUD BAHARUM (1938-    ), penulis dan penyusun kamus. Dia lahir pada 8 Mac 1938 di Serdang, Kedah. Dia mendapat pendidikan awal di tempat kelahirannya hingga Darjah Lima, manakala pengajian menengahnya di Sekolah Tinggi Bukit Mertajam hingga Darjah Sembilan.

BAHASATokoh
12

Kembali ke atas