Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nyu.su.nan] | ڤڽوسونن

Definisi : perihal menyusun: suatu ke­sempatan utk para peserta mengkaji sendiri tentang ~ dan peranan Bangsa-Bangsa Bersatu; ~ kembali sejarah Malaysia; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nyu.su.nan] | ڤڽوسونن

Definisi : perbuatan atau hal menyusun: Gaya karangan dan ~ ayat disesuaikan dgn per­kembangan bahasa hari ini. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
susun
Kata Terbitan : bersusun, menyusun, susunan, penyusunan, penyusun,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
leksikografiLeksikografi bermaksud penyusunan kamus; hal-hal yg berkaitan dgn kamus: ahli ~ orang yg menyusun kamus; penyusun kamus.Makna27.08.2010
Dilampir lakaran papan iklan untuk khidmat nasihat dari segi penyusunan, bahasa dan ejaan yang digunakan.Sila layari laman web DBP dan klik pada e-perkhidmatan, kemudian Khidmat Pengesahan Bahasa DBP untuk menghantar iklan.Lain-lain03.01.2012
Tuan, adakah ayat di bawah terdapat kesalahan struktur ayat atau penyusunan ayat yang tidak betul? 1. Suasana sungguh meriah sekali di Hari Kantin Sekolah. 2. Boleh perkataan satu burger digunakan dalam pembinaan ayat? 3. Bolehkah perkataan seperti pau digunakan dalam satu ayat?Tidak ada kesalahan dalam ayat pertama. Perkataan satu burger boleh digunakan apabila merujuk bilangan makanan tersebut dan perkataan pau juga boleh digunakan.Tatabahasa15.10.2012
Salam. Adakah kesemua peribahasa yang terkandung dalam Kamus Istimewa Peribahasa Melayu Edisi Kedua penyusunan Abdullah Hussain dan Peribahasa Sekolah Menengah oleh Asiah Abdul Rahman terkandung dalam Kamus Dewan? Adakah peribahasa tersebut dikira standard atau baku? Terima kasih.Salam sejahtera, Untuk makluman, sebahagian besar peribahasa yang dimasukkan dalam Kamus Dewan memang daripada Kamus Istimewa Peribahasa Melayu oleh Sasterawan Negara Abdullah Hussain. Dalam Kamus Dewan Perdana, pihak editorial telah melihat kembali peribahasa-peribahasa dalam Kamus Dewan Empat dan ada membuat beberapa pembaikan makna Peribahasa. Pembaikan dibuat dari aspek makna dan keselarasan peribahasa yang muncul di beberapa entri yg berbeza. Sebarang pertanyaan lanjut, bolehlah hubungi: Puan Hairani binti Mohd Khalid, Bahagian Perkamusan, atau e-mel: irani@dbp.gov.my Sekian, untuk pemakluman.Lain-lain20.10.2020
Assalamualaikum,saya ingin bertanya tentang komen tuan berkenaan 6 ayat dibawah,adakah betul penyusunan,penggunaan "dan" dan "dalam",serta penggunaan koma.jika salah,saya mohon pencerahan dan ayat yang betul. 1-ke arah menjadi sebuah syarikat yang kompeten,berintegriti,dan antara yang terbaik menjelang 2030. 2-memastikan setiap perkhidmatan dan produk yang ditawarkan berkualiti dan bermutu. 3-konsisten dalam melaksanakan kajian dalam usaha penambahbaikan dan meningkatkan mutu produk dan perkhidmatan. 4-memberi komitmen yang terbaik kepada para pelanggan,pelabur dan rakan kongsi. 5-memanfaatkan penggunaan teknologi terkini dalam penghasilan produk dan perkhidmatan. 6-memasarkan dan memperkenalkan produk secara aktif dan konsistenWaalaikumussalam,

Penggunaan "dan", "dalam" dan tanda koma dalam 6 ayat yang diberi adalah betul. Cuma berikan jarak selepas tanda koma.
Lain-lain14.10.2016
Assalamualaikum... Bolehkah "akan tetapi" digunakan pada awal ayat? Contohnya seperti "Akan tetapi, proses penyusunan semula ini tidak membawa perubahan pada makna ayat". Terima Kasih.Akan tetapi sebagai kata hubung boleh wujud di permulaan ayat dan lazimnya akan berfungsi sebagai kata sendi, tetapi boleh juga menjadi kata bantu (lihat pada keseluruhan ayat).Tatabahasa03.09.2015
asalamualaikum... apakah proses pembentukan kata?Proses pembentukan kata dalam sesuatu bahasa ialah proses penyusunan morfem menurut peraturan sistem morfologi bahasa itu. Dalam kebanyakan bahasa, proses pembentukan kata perkataan melibatkan pengimbuhan.  Imbuhan dimaksudkan unit-unit bahasa tertentu yang ditambahkan pada bentuk-bentuk lain yang menyebabkan perubahan makna nahunya. Tercakup dalam imbuhan ialah bentuk-bentuk awalan, akhiran, sisipan, apitan, morfem kosong, dan bentuk fleksi. Sila rujuk Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga halaman 45-47 dan 303-319.Tatabahasa28.07.2018
Saya ingin tahu SumbanganDBP dalam Pembinaan Bahasa MelayuUsaha pembinaan bahasa Melayu dibuat melalui kerja-kerja peristilahan, perkamusan dan penyelidikan. Dalam bidang peristilahan jutaan istilah digubal dalam pelbagai bidang, buku, glosari dan kamus istilah diterbitkan.   Bidang perkamusan pula memperlihatkan penyusunan dan penerbitan Kamus ekabahasa,dwibahasa, kamus besar(peringkat penyusunan) dll.. Dalam bidang penyelidikan kerja-kerja pengumpulan data korpus, kajian dialek, kajian laras dan gaya bahasa dll. dilaksanakan.   Lain-lain21.04.2008
Apa ialah tatabahasa ? definationTatabahasa ialah pengetahuan atau pelajaran tentang pembentukan perkataan dan proses pembinaan ayat (penyusunan kata dalam ayat) dan lain-lain.Makna26.10.2009
Apakah perbezaan antara "disusun oleh", "pengarang" dan "penerbit" bagi sesuatu terbitan."Disusun oleh" merujuk kepada individu yang terlibat dalam penyusunan bahan penulisan atau makalah dalam penerbitan sesebuah buku. Penyusun ini boleh lebih daripada seorang. Kebiasaannya kertas-kertas kerja seminar yang dibukukan melibatkan penyusun buku. "Pengarang" merujuk kepada penulis sesebuah buku. "Penerbit" merujuk kepada pihak yang menerbitkan buku bermula daripada proses pemilihan manuskrip, penyuntingan, reka letak dan reka bentuk, percetakan dan pemasaran.Istilah19.03.2014
1234567

Kembali ke atas