Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nyu.su.nan] | ڤڽوسونن

Definisi : perihal menyusun: suatu ke­sempatan utk para peserta mengkaji sendiri tentang ~ dan peranan Bangsa-Bangsa Bersatu; ~ kembali sejarah Malaysia; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nyu.su.nan] | ڤڽوسونن

Definisi : perbuatan atau hal menyusun: Gaya karangan dan ~ ayat disesuaikan dgn per­kembangan bahasa hari ini. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
susun
Kata Terbitan : bersusun, menyusun, susunan, penyusunan, penyusun,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PENYUSUNAN SEMULA UMUM 
REKA BENTUK

Reka bentuk ialah penyusunan bahan untuk

mewujudkan sesuatu hasil atau kesan. Reka bentuk

memainkan peranan yang penting dalam semua

seni halus dan dalam penciptaan keluaran industri.

Rencana ini membincangkan konsep reka bentuk

asas yang digunakan dalam seni tampak.

UMUM 
REJIMEN

Rejimen ialah organisasi tentera yang

bertanggungjawab terhadap perumahan dan

penyusunan sekumpulan tentera dan peralatannya.

Banyak rejimen dibentuk kepada beberapa

kumpulan kecil seperti batalion infantri, skuadron

(tentera perisai), atau pasukan meriam (artileri).

Rejimen infantri mungkin mengandungi sekurang-kurangnya

dua batalion semasa aman atau paling

ramai 15 batalion semasa perang.

UMUM 
MU'JAM AL-SHU'ARA'

Mu’jam al-Shu‘ara’ ialah antara hasil

penyusunan penulisan tahun keempat Hijrah. Ia

disusun oleh Abu ‘Ubaydullah Muhammad ibn

‘Imran al-Marzabaniy (meninggal dunia tahun 384

H. bersamaan 994 M.). Dia berasal dari Khurasan

dan dibesarkan di Baghdad. Kepakarannya adalah

dalam bidang penyampaian sastera dan berita.

Namanya terkenal melalui buku al-Muwashshah

dan Mu’jam al-Shu‘ara’.

UMUM 
SHETLAND

Shetland ialah sekumpulan lebih daripada 100

buah pulau yang terletak hampir 160 kilometer

di timur laut tanah besar Scotland. Shetland

ditadbir oleh sebuah majlis berkuasa pulau,

yang ditubuhkan pada tahun 1975 sebagai

sebahagian daripada penyusunan semula kerajaan

tempatan Scotland. Lebih daripada setengah

penduduknya tinggal di Mainland, iaitu pulau yang

terbesar. Hanya 10 buah pulau lain yang

berpenghuni. Lerwick, di pantai timur Mainland,

ialah pusat pentadbiran yang mempunyai satu

per tiga daripada jumlah keseluruhan penduduk.

UMUM 
MAHMUD II

Mahmud II (1199 H.–1255 H./1784 M.–1839 M.)

ialah Sultan Mahmud II putera Sultan Abdul Hamid

I, salah seorang sultan kerajaan Uthmaniyyah.

Baginda lahir di Islambul (sekarang digunakan

nama Istanbul) dan menduduki takhta

pemerintahan selepas abangnya, Sultan Mustafa IV

pada tahun 1223 H./1808 M. Namanya dikaitkan

dengan gerakan pembaikan dalaman bagi

menyusun semula kerajaan dan memerangi

gerakan reformasi di Najd yang diketuai oleh Imam

Muhammad ibn Saud dan Muhammad ibn ‘Abd al-

Wahhab lebih-lebih lagi apabila gerakan ini

mampu menggabungkan Hijaz dan Ahsa dalam

Kerajaan Pertama Saudi. Namanya juga dikaitkan

dengan penyusunan tentera Turki dan

menukarkannya kepada sistem ketenteraan yang

teratur. Usaha penyusunan tentera ini selesai pada

tahun 1241 H./1825 M.

UMUM 
PERBADANAN PEMBANGUNAN BANDAR (UDA)

Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA)

ialah badan berkanun di bawah Kementerian

Pembangunan Usahawan. Badan ini lebih dikenali

sebagai UDA iaitu singkatan daripada Urban

Development Authority. UDA berfungsi sebagai

pelaksana dasar-dasar kerajaan bagi menyusun

semula masyarakat selaras dengan Dasar Ekonomi

Baru (DEB) melalui pembangunan dan

penyusunan semula bandar.

UMUM 
ASMA'IY, AL-

Asma‘iy, al- (122–215 H./740–830 M.), salah

seorang pelopor sepenuh masa dalam bidang

pengumpulan syair. Nama penuhnya ialah Abu

Sa‘id ‘Abd. al-Malik ibn Qurayb al-Bahiliy. Dia lahir

dan dibesarkan di bandar Basrah. Al-Asma‘iy

meninggal dunia di Marwu (Khurasan). Semasa

hayatnya dia berkecimpung dalam bidang bahasa

– peristilahan bahasa iaitu penyusunan kamus

dan biografi pada masa itu. Dia juga terkenal

dengan koleksi syair-syair Arab dan koleksi syair

yang sukar didapati. Pengumpulan subjek-subjek

berkaitan linguistik ini memainkan peranan

penting untuk melahirkan kamus-kamus Arab

pertama yang menjadi asas kepada kamus-kamus

karya agung selepas itu seperti al-Qamus al-Muhit

dan Lisan al-‘Arab.

UMUM 
PERMODALAN NASIONAL BERHAD

Permodalan Nasional Berhad, institusi

pelaburan saham amanah yang terbesar di

Malaysia . PNB ditubuhkan oleh kerajaan Malaysia

pada 17 Mac 1978 di bawah Akta Syarikat. Modal

sebenar PNB berjumlah RM200 juta, manakala

modal berbayar sebanyak RM100 juta. Ibu pejabat

PNB terletak di Menara PNB, Jalan Tun Razak,

Kuala Lumpur . Penubuhan PNB bertujuan untuk

melaksanakan matlamat Dasar Ekonomi Baru

(DEB) dari segi penyusunan semula masyarakat

dengan meningkatkan pegangan ekuiti

bumiputera dalam sektor korporat dan

membasmi kemiskinan. PNB merupakan anak

syarikat Yayasan Pelaburan Bumiputera (YPB).

UMUM 
EJAAN CADANGAN

EJAAN CADANGAN, sistem ejaan yang telah disusun oleh Hassan bin Ahmad, Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka.  Penyusunan sistem ejaan ini diusahakan kerana ejaan yang dirancang untuk digunakan bersama  oleh Persekutuan Tanah Melayu dengan Indonesia belum dilaksanakan. Sistem ejaan yang disusun pada tahun 1971 ini adalah untuk kegunaan Dewan Bahasa dan Pustaka.

BAHASABahasa
12

Kembali ke atas