Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.pat] | ڤڤات

Definisi : rata kerana dikerat (dipenggal dll), dempak: giginya yg tidak ~ itu berceranggah-ceranggah; tiga hari ~ Mn tiga hari betul (genap); ~ di luar rencong (pancung) di dalam prb baik pd lahirnya tetapi hatinya jahat; memepat 1. mengerat utk diratakan, me­mangkas, mendabung, meratakan: kumisnya dipepat menurut aturan orang soleh-soleh; 2. memaras (beras dlm sukatan dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.pat] | ڤڤات

Definisi : rata atau sama kerana dikerat: Kukunya dikerat ~. memepat 1 mengerat supaya rata: ~ kuku. 2 meratakan beras dll dlm sukat dgn menggunakan sebilah kayu dll; memaras. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pepat (adjektif)
Bersinonim dengan rata, papak, papar, dempak, repang;,
Kata Terbitan : memepat, kepepatan,

Puisi
 

Si pungguk helang karikan,
     Tidur siang berjaga malam;
Sungguh dia unjuk berikan,
     Pepat di luar rencong di dalam.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Putih di luar,
     kuning di dalam.

Bermaksud :

Baik pada lahirnya, tetapi hatinya jahat. (Peribahasa lain yang sama makna: Pepat di luar, pancung [= rancung] di dalam).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
trimsawgergaji potong pepatPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanGergaji yang digunakan untuk memotong pepat kayu merentasi ira, untuk mendapatkan ukuran panjang yang diperlukan. Sin: gergaji pengerat
edger sawgergaji potong pepat sisiPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanGergaji untuk memotong atau membuang bahagian papan yang serong, bagi menghasilkan sisi yang pepat. Gergaji ini terdiri daripada beberapa keping gergaji talam, torak penghulur, torak penekan, dan gear penghantaran.
transompepat;pemepatanKejuruteraanTiadaTiada
logging-buttpepat; kerat cacatPerhutananTiadaTiada
equalizepotong pepatPerhutananTiadaTiada
trimmingpemotongan pepatPerhutananSains Kayu dan Hasil Hutan1. Proses memotong tegak lurus bahagian hujung kayu gergaji dan balak. 2. Proses memotong venir untuk mendapatkan bahagian tepi yang rata, atau untuk membuang cacat.
truncated spursusuh pepat , susuh bukit terpenggalGeologiTiadaSusuh bukit yang bahagian bawahnya terpenggal oleh glasier yang bergerak menuruni lurah sambil menghakis dan meluruskan lurah tersebut.
trim flushrepang pepatKomunikasiTiadaTiada
trimrepang; pangkas, pepatKomunikasiTiadaTiada
trimrepang; pangkas, pepatPerubatanTiadaTiada
1234

Kembali ke atas