Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.po.hon] | ڤڤوهون

Definisi : pohon-pohon. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pepohon


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tolong jelaskan penggunaan kata ganda separa jamak. Ribuan terima kasih ! (1)dedaun (=daun-daun?) I Beberapa helai dedaun II Beberapa helai daun III Banyak dedaun / daun-daun (2)pepohon (=pohon-pohon?) I Beberapa pokok pepohon / pohon-pohon II Banyak pepohon / pohon-pohon III Banyak pohon / pokok IV Beberapa batang pohon / pokokKata ganda separa ialah penggandaan yang melibatkan sebahagian sahaja kata dasar. Contoh: "dedaun" dan "pepohon". Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga halaman 137.Tatabahasa21.01.2022
1. Pepohon buluh? 2. Jejari tingkap itu sudah berpaku. (adakah ayat ini betul?)Pepohon bermakna pohon-pohon.
Ayat jejari tingkap itu sudah berpaku adalah betul.  Jejari bermasud kisi-kisi pada jendela.
Lain-lain22.07.2014
Assalamualaikum, saya nak tanya... 1. penggunaan penjodoh bilangan setiap boleh tak digabungkan dengan kata ganda. contohnya, setiap pepohon.

‘Setiap’ ialah kata bilangan bukannya penjodoh bilangan. Gabungan ‘setiap pepohon’salah kerana kata bilangan tidak boleh digabungkan dengan kata ganda (pepohon).

Tatabahasa26.11.2014
mencari perkataan selaian (lorong dan denai) untuk digunakan ,yg memgambarkan suasana kampong lama

Sawah bendang,  pepohon nyiur, atap rumbia, wakaf, tok penghulu, perigi, jamung, manjung, dan banyak lagi. Saudara boleh merujuk KD4 pada entri yang berlabel sl (sastera lama).

 

Lain-lain05.10.2009
Selamat sejahtera... Kata ganda terbahagi kepada 3 iaitu kata ganda penuh, kata ganda berentak dan kata ganda separa. Saya inginkan penjelasan lanjut tentang kata ganda separa, iaitu adakah semua perkataan boleh digandakan menggunakan kata ganda separa ? Sebagai contoh, pohon menjadi pepohon, rambut menjadi rerambut, tingkap menjadi tetingkap dan sebagainya. Adakah kipas boleh menjadi kekipas, ladang menjadi leladang, benda menjadi bebenda, baju menjadi bebaju sekiranya kita menggunakan kata ganda separa untuk perkataan tersebut ? Jika ada kekecualian atau kategori perkataan yang boleh digunakan, perkataan yang bagaimana boleh menggunakan kata ganda separa dan perkataan yang bagaimana tidak boleh menggunakan kata ganda separa ? Terima kasih...

Encik Abdul Razak,

Pergandaan separa ialah proses yang menggandakan sebahagian kata dasar sahaja. Kata dasar boleh merupakan kata tunggal ataupun kata terbitan. Contoh kata ganda separa kata tunggal, laki - lelaki pohon - pepohon, gelang gegelang tikus - tetikus. Namun tidak semua perkataan boleh menjadi kata ganda separa. Ada juga perkataan yang dijadikan kata ganda separa apabila ia dibentuk menjadi istilah. Contohnya rambut - menjadi rerambut. Ada juga yang mengatakan kata ganda separa dibentuk apabila sesuatu benda itu menjadi seolah-olah seperti. Contohnya kuda menjadi kekuda, tikus (mouse dalam istilah komputer) menjadi tetikus.Untuk huraian yang lebih lengkap sila rujuk tatabahasa halaman 77 dan 78.

Tatabahasa30.03.2010
Apakah terjemahan yang sesuai bagi perkataan "bush fruit"? Ayat bahasa inggeris yang mengandungi perkataan di atas adalah seperti berikut: - Growing of other tree and bush fruitsCadangan terjemahan bagi "bush fruits" ialah buah-buahan pepohon.Penyemakan dan penterjemahan05.11.2015
Ayat berikut yang manakah betul. I Kalau ada mada yang lega saya ingin berkunjung ke rumahnya. II Hamdan berasa lega setelah selesai menduduki UPSR. III Dapur rumah saya lega kerana baru di sambung. I Surihani lebih tinggi daripada Shafiqah. II Kita jangan sekali menghina orang yang miskin. III Kehijauan pepohon itu menyegarkan pandangan.

Semua ayat dikemukakan betul kecuali dua yang telah dibetulkan seperti yang berikut:

I Kalau ada masa yang lega saya ingin berkunjung ke rumahnya.
III Dapur rumah saya lega kerana baharu diubah suai.
II Kita jangan sekali-kali menghina orang yang miskin. 
 
Sila rujuk Kamus Dewan, Edisi Ketiga, DBP untuk makna setiap perkataan.

Tatabahasa15.07.2014
Salam. 1. Adakah "sesuatu" dan "seseorang" juga tergolong dalam ka5a ganda separa? 2. Adakah kata ganda separa hanya merujuk kepada kata nama sahaja? TERIMA KASIH.Perkataan "sesuatu" dan "seseorang" tidak tergolong dalam kata ganda separa.

Penggandaan separa ialah proses yang menggandakan sebahagian kata dasar sahaja.  Kata dasar boleh terdiri daripada kata tunggal atau kata terbitan.

Selain penggandaan separa kata tunggal yang lazimnya merupakan kata nama seperti:

laki  -->  lelaki
pohon  -->  pepohon

ada juga pengganda separa daripada kata berimbuhan yang terdiri daripada kata kerja:

berlari-lari
dimarah-marah 
mencari-cari
tolong-menolong

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, tuan boleh merujuk buku  Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 77 dan 137. 
Tatabahasa07.04.2015
ini body copy iklan, adakah struktur ayat betul? Keunikan dan keistimewaan rumah kelab privasi penduduk terserlah dengan rekaannya yang berlatarkan alam hijau. Berada di ruang mana sekali pun, keindahan alam boleh dinikmati secara terus dari dalam, pokok rimbun bagaikan tabir yang mengelilingi rumah kelab. Bilik gimnasium yang diserikan dengan dinding kaca dan kemudahan lengkap mengalu-alukan kedatangan anda. Sebuah kolam renang infiniti untuk anda sekeluarga turut terdapat di tingkat bawah tanah.Keunikan dan keistimewaan rumah kelab penduduk terserlah dengan rekaannya yang berlatarkan kehijauan alam semula jadi. Pepohon rimbun menabiri rumah kelab. Berada di ruang mana sekalipun, keindahan alam boleh dinikmati dari dalam rumah. Bilik gimnasium berdinding kaca lengkap dengan pelbagai kemudahan mengalu-alukan kedatangan anda. Sebuah kolam renang besar untuk anda sekeluarga turut terdapat di tingkat bawah tanah.Tatabahasa30.07.2008
Adakah maksud berbeza antara "rumput" , "rerumput" serta "rumput-rumput" ? Atau perkataan tersebut hanya beza dalam kategori tatabahasa sahaja?
"Rumput" tergolong dalam kata dasar yang bermaksud sejenis tumbuhan yang melata di bumi (berdaun tirus dan kecil, biasanya menjadi makanan lembu, kambing, dan sebagainya)

"Reremput" berasal daripada proses penggandaan separa. Penggandaan separa ialah proses yang menggandakan sebahagian kata dasar "rumput". Contoh lain: lelaki, sesiku, tetikus, pepohon dan sebagainya. 

"Rumput-rumput" tergolong dalam kata ganda penuh iaitu proses mengulang keseluruhan kata dasar, sama ada kata dasar bentuk tunggal atau berimbuhan. Contohnya: meja-meja, cerpen-cerpen, pemimpin-pemimpin dan sebagainya. 

Tatabahasa23.10.2022
12

Kembali ke atas