Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.po.hon] | ڤڤوهون

Definisi : pohon-pohon. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pepohon


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
binary search treepepohon gelintar perduaanTeknologi MaklumatPerisianPepohon yang setiap subpohonnya mempunyai ciri, iaitu kesemua turunan di sebelah kiri adalah kecil berbanding nilai yang disimpan pada akar pepohon dan kesemua turunan di sebelah kanan adalah besar daripada nilai akar pepohon. Contohnya, pada rajah pepohon di bawah, nilai akar pepohon ialah 8 dan kesemua nilai turunan di sebelah kiri adalah kurang daripada 8. Nilai turunan di sebelah kanan pula melebihi daripada 8. Rajah pepohon gelintar perduaan ditunjukkan seperti di bawah: Rajah 5: Pepohon gelintar perduaan
balanced treepepohon seimbangTeknologi MaklumatPerisianPepohon yang mempunyai subpohon yang setiap satunya mempunyai ciri iaitu bilangan turunan di sebelah kiri adalah lebih kurang sama dengan bilangan turunan di sebelah kanan. Rajah pepohon seimbang ditunjukkan seperti di bawah: Rajah 7: Pepohon seimbang
rooted phylogenyfilogeni berpuncaBioinformatikBioinformatik MolekulPepohon filogeni yang mempunyai nod punca yang mewakili leluhur pada dedaun pepohon filogenetik. Filogeni berpunca terhasil daripada proses puncaan pepohon filogenetik. Lihat juga puncaan pepohon filogenetik. Banding filogeni tak berpunca.
binary treespepohon perduaanTeknologi MaklumatPerisianSatu perwakilan dalam struktur data yang memberi gambaran seperti sepohon pokok. Setiap pepohon ini mempunyai subpohon atau nod dan setiap nod ini hanya boleh mempunyai 2 anak nod. Rajah pepohon perduaan ditunjukkan seperti di bawah: Rajah 6: Pepohon perduaan
phylogenetic tree rootingpuncaan pepohon filogenetikBioinformatikBioinformatik MolekulProses menentukan punca pada rajah pepohon filogenetik bagi mengenal pasti perwarisan kumpulan organisma atau gen yang dianalisis. Dua cara utama untuk melakukan puncaan pepohon filogenetik ialah kaedah kumpulan luar dan kaedah titik tengah.
phylogenetic treepepohon filogenetikBioinformatikBioinformatik MolekulRajah yang memaparkan hubungan evolusi serta pertalian dan perkaitan antara individu atau kumpulan organisma seperti spesies atau populasi. Pepohon filogenetik menggambarkan susur galur organisma menerusi nod dan cabang pepohon yang dibentuk dari leluhur yang sama.
balanced treepepohon seimbangTeknologi MaklumatTiadaPepohon yang mempunyai jumlah ranting yang sama pada setiap nod.
gene treepepohon genBioinformatikBioinformatik MolekulPepohon filogenetik yang dibina daripada gen dalam famili atau spesies.
unbalanced treepepohon tak seimbangTeknologi MaklumatTiadaPepohon yang mempunyai bilangan ranting yang tidak sama bagi setiap nod.
complete binary treepepohon perduaan lengkapTeknologi MaklumatTiadaPepohon perduaan yang setiap arasnya dipenuhi dari kiri ke kanan, kecuali aras terbawah.
123456789

Kembali ke atas