Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ra.da.ban]/[per.a.da.ban] | ڤرادبن

Definisi : keadaan serta tingkat kemajuan pd kehidupan jasmani dan rohani (sesuatu bangsa, masyarakat, dsb), tamadun: jangan membuang yg halus dan tinggi yg terdapat dlm ~ Barat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ra.da.ban]/[per.a.da.ban] | ڤرادبن

Definisi : sistem dan tahap perkembangan sosial sesuatu bangsa; kemajuan sosial dan kebudayaan sesuatu bangsa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata peradaban


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah perkataan yang sesuai untuk merujuk kepada penceritaan sejarah TAMADUN CINA atau TAMADUN CHINA? dan PERADABAN CHINA atau PERADABAN CINA?Kesesuaian perkataan China atau Cina bergantung pada konteks/bahan yang dimaksudkan. Perkataan China digunakan dan bermaksud negara China dan perkataan Cina pula bermaksud bangsa Cina. Oleh itu, TAMADUN CINA atau TAMADUN CHINA, PERADABAN CHINA atau PERADABAN CINA kedua-duanya boleh digunakan bergantung pada konteks yang dimaksudkan.Ejaan19.09.2018
assalamualaikum . . . .apakah perbezaan di antara peradaban dengan tamadun?Peradaban sama maksudnya dengan tamadun, iaitu keadaan serta tingkat kemajuan pada kehidupan jasmani dan rohani (sesuatu bangsa, masyarakat, dan sebagainya. Untuk maklumat lanjut, lihat http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=peradaban.Makna09.04.2013
apakah erti tamadun

Tamadun  bermaksud :1. keadaan masyarakat manusia yg dicirikan oleh atau didasarkan pd taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran (sosial, budaya, politik, dll) yg tinggi, peradaban; 2. negara dan penduduknya yg telah mencapai taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran (sosial, budaya, politik, dll) yg tinggi, peradaban: ~ Arab; 3. budaya atau cara hidup orang-orang (negara, kawasan atau sesuatu zaman) tertentu, peradaban: ~ Islam; ~ klasik; 4. keadaan pemikiran (budaya dan moral) yg halus, peradaban;

Makna08.01.2010
Salam Tuan, Mohon kerjasama pihak tuan untuk membuat semakan tajuk-tajuk artikel sebagaimana di lampiran. i. Penggunaan Huruf Besar/Kecil perkataan pertama setiap perkataan. Contoh: Dialog Dan Keterbukaan: Kepentingan Kepada Perpaduan Di Dalam Peradaban Di Malaysia atau Dialog dan Keterbukaan: Kepentingan kepada Perpaduan di dalam Peradaban di Malaysia ii. Penggunaan perkataan yang sesuai. SekianSemua huruf pada awal kata nama harus menggunakan huruf besar, kata sendi sahaja yang harus dieja dalam huruf kecil. Juga pastikan tajuk menggambarkan keseluruhan isi artikel tuan. Mohon lihat lampiran yang telah disemak dan disunting untuk tajuk yang diberikan.Tatabahasa10.02.2014
APAKAH ERTI TAMADUN ISLAM? ATAU, APAKAH ERTI TAMADUN?Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, tamadun ialah 1. keadaan masyarakat manusia yg dicirikan oleh atau didasarkan pd taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran (sosial, budaya, politik, dll) yg tinggi, peradaban; 2. negara dan penduduknya yg telah mencapai taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran (sosial, budaya, politik, dll) yg tinggi, peradaban: ~ Arab; 3. budaya atau cara hidup orang-orang (negara, kawasan atau sesuatu zaman) tertentu, peradaban: ~ Islam; ~ klasik; 4. keadaan pemikiran (budaya dan moral) yg halus, peradaban;Istilah11.12.2009
apakah dimaksudkan komsep tamadun dari sudut bahasa& apakah ciri-ciri tamadun yang terbilang?

Tamadun  bermaksud :1. keadaan masyarakat manusia yg dicirikan oleh atau didasarkan pd taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran (sosial, budaya, politik, dll) yg tinggi, peradaban; 2. negara dan penduduknya yg telah mencapai taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran (sosial, budaya, politik, dll) yg tinggi, peradaban: ~ Arab; 3. budaya atau cara hidup orang-orang (negara, kawasan atau sesuatu zaman) tertentu, peradaban: ~ Islam; ~ klasik; 4. keadaan pemikiran (budaya dan moral) yg halus, peradaban;

Saudara boleh merujuk buku-buku atau majalah-majalah yang berkaitan bagi merujuk perkara yang berkaitan dengan ciri-ciri tamadun yang terbilang.


Lain-lain11.07.2009
Apakah perbezaan antara budaya dengan kebudayaan? Terima kasih.Merujuk Kamus Dewan budaya bermaksud: i. tamadun, peradaban; ii. kemajuan fikiran, akal budi (cara berfikir, berkelakuan, dan sebagainya dan iii. bersifat budaya. Kebudayaan bermaksud keseluruhan cara hidup (yang merangkumi cara bertindak, berkelakuan, dan berfikir) serta segala hasil kegiatan dan penciptaan yang berupa kebendaan atau kerohanian sesuatu masyarakat, tamadun, peradaban, kemajuan (akal budi).Makna05.04.2011
saya ingin bertanya apakah yang menjadi pengaruh peradaban islam pada manuskrip lamaUntuk mendapatkan perjelasan yang lengkap tentang persoalan saudara/saudari, sila rujukan buku "Siri Lestari Sastera: Kesusasteraan Melayu Tradisional" terbitan DBP, 2006.Lain-lain15.09.2008
Takrif dan definisi BUDAYA PENYAYANGBudaya penyayang bermaksud tamadun atau peradaban yang bersifat budaya dari segi akal budi berkenaan dengan rasa kasih akan orang lain; pengasih atau pencinta. Dalam konteks yang lebih luas, budaya penyayang ini boleh juga dikaitkan dengan objek selain manusia, seperti haiwan belaan, persekitaran dan lain-lain. Tujuannya adalah untuk mewujudkan keadaan yang aman, tenteram dan selamat dalam kalangan masyarakat dan bernegara. Budaya ini wajar diterapkan dalam semua peringkat masyarakat dan dalam kalangan masyarakat majmuk.Makna08.01.2008
budayaAntara makna budaya merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat ialah tamadun, peradaban. Untuk keterangan lanjut dan mengetahui makna sesuatu perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Makna05.03.2009
12345

Kembali ke atas