Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ra.gut] | ڤراݢوت

Definisi : orang (penjahat) yg meragut dan melarikan sesuatu barang yg sedang dipakai atau dibawa oleh seseorang: pelancong asing juga sering menjadi sasaran ~ bermotosikal; dlm kejadian itu, ~ melarikan beg tangan seorang wanita yg sedang membeli-belah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ra.gut] | ڤراݢوت

Definisi : orang (penjahat) yg meragut dan melarikan sesuatu barang yg sedang dipakai atau dibawa oleh seseorang: Pelancong menjadi sasaran ~ bermotosikal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata peragut


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
tannintaninHerbaFitokimiaSebatian yang mempunyai struktur polifenol yang rumit dan dianggap sebagai hasil perkumuhan kebanyakan tumbuhan, tetapi dipercayai terlibat dalam mekanisme pertahanan terhadap parasit dan haiwan peragut kerana rasanya yang pahit dan kelat. Contoh tumbuhan yang mempunyai sebatian tanin ialah daun teh. Sebatian tanin boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu tanin terkondensasi dan tanin terhidrolisiskan. Lihat juga tanin terkondensasi, tanin terhidrolisiskan.
victim precipitationdorongan mangsaKriminologiKeadilan JenayahTindakan atau keadaan apabila seseorang individu mendorong pelaku melakukan jenayah secara aktif atau pasif terhadapnya. Contohnya, seorang wanita yang memakai barang kemas yang berlebihan sehingga mendorong peragut. Contoh lain ialah seorang lelaki melontarkan kata-kata kesat kepada sekumpulan samseng sehingga dirinya dibelasah oleh kumpulan tersebut.
passive precipitationdorongan pasifKriminologiKeadilan JenayahSatu keadaan pemangsaan jenayah yang berlaku bukan disebabkan oleh tindakan mangsa secara langsung tetapi disebabkan oleh keadaan luaran yang ada kaitan dengan mangsa sehingga mendorong pelaku untuk melakukan jenayah atau serangan terhadap mangsa tersebut. Contohnya, pemakaian barang kemas yang keterlaluan oleh mangsa mengakibatkan mangsa menjadi sasaran peragut.

Kembali ke atas