Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.rah] | ڤره

Definisi : ; memerah memicit dll utk menge­luarkan air (susu dll), memeras: ~ kain; ~ susu lembu; ~ keringat bekerja dgn kuat; ~ otak belajar dgn kuat, berfikir dgn bersungguh-sungguh; memerahkan memerah utk: dia ~ ibunya santan utk dibuat bubur; perahan 1. hasil drpd memerah (air, susu, dll); 2. binatang dll yg diperah: lembu ~; pemerahan perbuatan memerah, pemeras­an; pemerah 1. alat atau mesin utk memerah (jus dsb): ~ oren; ~ tebu; 2. orang yg memerah (susu dsb): ~ susu lembu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.rah] | ڤره

Definisi : sj tumbuhan (pokok), Elateriospermum tapos; ~ ikan sj tumbuhan (pokok), ara bukit, lindung matahari, medung, pokok perut budak, Pimeleodendron griffithianum; ~ paya sj tum­buhan (pokok), Elaeocarpax mastersii; akar ~ bentuk sj tumbuhan (pokok memanjat), akar saga molek, Lettsomia maingayi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.rah] | ڤره

Definisi : ; memerah memicit atau meramas sesuatu supaya keluar airnya; memeras: Ibu sedang ~ kelapa utk memasak gulai lemak. ~ keringat berusaha sungguh-sungguh; bekerja kuat. ~ otak berfikir atau belajar dgn kuat. perahan 1 hasil drpd memerah: susu ~. 2 binatang yg dipelihara utk mendapatkan susunya: lembu ~. pemerah 1 alat atau mesin utk memerah (buah-buahan dsb) utk mendapatkan jus. 2 orang yg memerah (susu dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
perah
Kata Terbitan : memerah, perahan,

Puisi
 

Ke Sungai Dungun memetik perah,
     Kutip perah di Bukit Seberang;
Adik melenggang bukanlah marah,
     Kerana mengenang nasib badan.


Lihat selanjutnya...(4)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Awak pandai memerah susu lembu. Ayat pasif yang berikut manakah betul? (a) Susu lembu pandai awak perah. (b) Susu lembu awak pandai perah.Ayat pasif yang betul:

Susu lembu awak pandai perah.
Tatabahasa11.11.2015
Apakah istilah bahasa melayu yang paling tepat untuk istilah 'preloved' dan 'brainstorming'

Padanan bagi istilah preloved ialah barang kenangan, barang kesayangan dan barang terpakai. Manakala padanan bagi brainstorming ialah perah otak, percambahan minda dan sumbang saran.

Penyemakan dan penterjemahan28.08.2020
Assalamualaikum tuan/ puan yang budiman, Terima kasih atas respons pantas kepada persoalan saya sebelum ini. Responsnya seperti berikut: Perkataan yang bermula dengan huruf p,t,k dan s akan mengalami pengguguran huruf pertama apabila menerima imbuhan peN- dan meN- seperti pinjam - peminjam, meminjam; tarik - penarik, menarik; korek - pengorek, mengorek; dan sapu - penyapu, menyapu. Perkataan yang bermula dengan huruf c tidak terikat dengan rumus yang tersebut, contohnya cinta - mencintai dan pencinta. Namun saya keliru: 1. Bagaimana pula untuk huruf 'T', BM masih mempunyai 'pentafsir', 'pentaksiran'. 2. Bagaimana dengan imbuhan 'Me..' seperti Sunting = Menyunting, Perah = Memerah, Palsu = Memalsukan. Respons tuan/ puan, saya dahului dengan ucapan terima kasih.1. Perkataan pinjaman daripada bahasa asing yang bermula dengan huruf "T" terkecuali daripada rumus yang tersebut. Contohnya Tafsir (bahasa Arab) - mentafsir, pentafsir dan transformasi (bahasa Inggeris) - mentransformasi.

2. Untuk makluman puan, imbuhan meN- boleh menjadi menjadi empat varian bergantung pada huruf pertama kata dasar yang bercantum dengannya, iaitu me-, mem-, men- dan meng-. Imbuhan meN- menjadi me- (memasak), meN- menjadi men- (menderu), meN- menjadi mem- (membaca), meN- menjadi meng- (menggali). Untuk maklumat  lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 151.
Tatabahasa28.02.2014

Kembali ke atas