Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.rah] | ڤره

Definisi : ; memerah memicit dll utk menge­luarkan air (susu dll), memeras: ~ kain; ~ susu lembu; ~ keringat bekerja dgn kuat; ~ otak belajar dgn kuat, berfikir dgn bersungguh-sungguh; memerahkan memerah utk: dia ~ ibunya santan utk dibuat bubur; perahan 1. hasil drpd memerah (air, susu, dll); 2. binatang dll yg diperah: lembu ~; pemerahan perbuatan memerah, pemeras­an; pemerah 1. alat atau mesin utk memerah (jus dsb): ~ oren; ~ tebu; 2. orang yg memerah (susu dsb): ~ susu lembu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.rah] | ڤره

Definisi : sj tumbuhan (pokok), Elateriospermum tapos; ~ ikan sj tumbuhan (pokok), ara bukit, lindung matahari, medung, pokok perut budak, Pimeleodendron griffithianum; ~ paya sj tum­buhan (pokok), Elaeocarpax mastersii; akar ~ bentuk sj tumbuhan (pokok memanjat), akar saga molek, Lettsomia maingayi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.rah] | ڤره

Definisi : ; memerah memicit atau meramas sesuatu supaya keluar airnya; memeras: Ibu sedang ~ kelapa utk memasak gulai lemak. ~ keringat berusaha sungguh-sungguh; bekerja kuat. ~ otak berfikir atau belajar dgn kuat. perahan 1 hasil drpd memerah: susu ~. 2 binatang yg dipelihara utk mendapatkan susunya: lembu ~. pemerah 1 alat atau mesin utk memerah (buah-buahan dsb) utk mendapatkan jus. 2 orang yg memerah (susu dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
perah
Kata Terbitan : memerah, perahan,

Puisi
 

Ke Sungai Dungun memetik perah,
     Kutip perah di Bukit Seberang;
Adik melenggang bukanlah marah,
     Kerana mengenang nasib badan.


Lihat selanjutnya...(4)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
perahperahPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu Elateriospermum tapos daripada famili Euphorbiaceae. Nama tempatannya di Sabah ialah perah ikan, dan di Sarawak ialah dungu dan kelampai. Gubal kayu perah berwarna coklat kuning dan amat berbeza daripada teras kayunya yang berwarna coklat tua. Tekstur kayunya agak halus dengan ira yang lurus atau bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 735 hingga 1235 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu keras sederhana. Kayu ini mudah diproses dan dikeringkan, tetapi mempunyai ketahanan semula jadi yang rendah dan mudah diserang kumbang bubuk dan anai-anai. Kayu sesuai digunakan untuk kerja binaan sederhana dan berat, dan jika diawet dapat digunakan untuk alas landasan kereta api.
perah ikanperah ikanPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama biasa bagi kayu Pimelodendron spp. daripada famili Euphorbiaceae. Spesies utamanya ialah Pimelodendron griffithianum. Gubal kayu perah ikan sukar dibezakan daripada teras kayunya, biasanya berwarna kuning jerami. Tekstur kayunya halus dan sekata dengan ira yang lurus. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 415 hingga 720 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang lembut hingga sederhana keras, dan ringan hingga sederhana berat.
wash-spin periodjangka masa perah basuhSosiologiTiadaJangka masa perah ketika proses basuh.
expeller-pressed cakekek perah asakVeterinarTiadaHampas yang terhasil apabila sesuatu bijian berminyak atau isirung kelapa diperah asak bagi menghasilkan minyak. Contohnya, kek kopra, kek isirung sawit, kek kacang soya yang masing-masingnya terhasil selepas minyak kelapa, minyak sawit dan minyak soya diekstrakkan melalui proses perah asak.
palm kernel cakehampas isirung kelapa sawitVeterinarTiadaBahan sampingan yang dihasilkan selepas minyak diperah daripada isirung kelapa sawit. Bahan ini berbentuk kek kesan daripada proses perah asak atau ekstraksi pelarut. Kandungan minyak bahan ini yang terhasil melalui proses perah asak ialah sebanyak 5-8%, manakala yang dihasilkan melalui ekstraksi pelarut ialah 2-4%. Selain itu, bahan ini juga mengandungi protein kasar sebanyak 18-20% dan tenaga metabolisme 10.5 MJ/kg untuk keperluan ternakan ruminan, manakala untuk ayam ialah antara 6-8 MJ/kg. Kandungan serabut dalam bahan ini pula ialah lebih kurang 17-18% dan terdiri daripada polisakarida galaktomanan. Di Malaysia, bahan ini menjadi makanan konsentrat utama untuk ternakan seperti lembu dan kambing. Untuk keperluan lembu, bahan ini boleh diberi sehingga 80% dalam rangsum makanan, tetapi sebaliknya untuk ayam dan itik hanya 15-20% sahaja. Walau bagaimanapun, bahan ini turut mengandungi 28 ppm kuprum dan merupakan aras yang tinggi yang boleh menyebabkan keracunan pada ternakan seperti biri-biri. Bahan ini turut mempunyai kandungan fosforus yang tinggi manakala kandungan kalsiumnya pula rendah dengan nisbah Ca:P = 2:5. Hampas isirung kelapa sawit ini juga kerap dijadikan sebagai bahan eksport ke Eropah untuk keperluan lembu tenusu.
brainstormingperah otakKejuruteraanTiadaTiada
brainstormingperah otakPendidikanTiadaTiada
brainstormingperah otakPentadbiranTiadaTiada
manglingperah (mesin)Pentadbiran PerniagaanTiadaAlat untuk memerah dan melicinkan pakaian selepas dibasuh.
brainstormingperah otakPsikologiTiadaTiada
12

Kembali ke atas