Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ra.kam] | ڤراقم

Definisi : sesuatu yg merakamkan, alat mera­kam: akhbar dan majalah ialah media utama serta ~ penting peristiwa-peristiwa yg berlaku di negara kita; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ra.kam] | ڤراقم

Definisi : alat utk merakam atau utk merakamkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rakam
Kata Terbitan : merakam, merakamkan, terakam, rakaman, perakaman, perakam,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
prasasti perakam bahasa melayu bertulis.benar atau tidak?apakah bukti-buktinya?Saudara boleh rujuk bahan-bahan berkaitan di Pusat Dokumentasi Melayu, DBP atau pusat bahasa di IPTA/IPTS.Lain-lain22.10.2009
ketip atau kertip kad perakam waktuketik atau mnegetik kad perakam waktuLain-lain12.04.2007
Adakah video bermaksud sesuatu yang dirakam menggunakan perakam video shj?jika kita membuat satu tayangan contohnya untuk tujuan menerangkan satu proses dlm subjek biologi, tetapi menggunakan software flash. Adakah itu dipanggil tayangn video juga?

Ia tidak boleh dipanggil tayangan video kerana takrifan KD4 untuk kata 'video' ialah seperti yang berikut: ]

(vidéo) 1. = alat ~ alat utk merakamkan dan menayangkan filem dgn menggunakan pita video (disalurkan melalui peti televisyen); 2. = pita ~ pita bermagnet yg digunakan utk merakamkan gambar dgn suaranya sekali dr televisyen; 3. = filem ~ filem yg telah dirakamkan pd pita video dan hanya sesuai utk ditayangkan dgn menggunakan alat video;

Cadangan: Tayangan Visual, Tayangan Dokumentari, Tayangan Rencana, Tayangan Filem dsb. 

Lain-lain03.09.2009
walkman=?Padanan bahasa Melayu bagi perkataan walkman ialah walkman, iaitu pemain atau perakam atau kedua-duanya sekali yang kecil yang boleh dibawa ke mana-mana dan didengar melalui fon telinga.Lain-lain04.04.2010
Mengapakah masih terdapat kata "memperkembangkan" dalam Kamus Dewan Edisi Keempat sedangkan penggunaan yang betul ialah memperkembang berdasarkan khidmat nasihat bahasa.Perlu diingatkan, kamus ialah perakam penggunaan dan makna sesuatu kata.
Golongan/kelas kata bagi kata kembang ialah kata adjektif dan kata terbitannya iaitu berkembang merupakan kata kerja tak transitif, manakala memperkembang dan memperkembangkan ialah kata kerja transitif.

Selain daripada menuruti hukum/peraturan tatabahasa, kita juga perlu merujuk pemerian makna daripada penerbitan sesuatu kata. Kata memperkembang bermaksud menjadikan sesuatu lebih kembang (rujuk Kamus Pelajar Bahasa Melayu Dewan Edisi Ketiga), sedangkan memperkembangkan bermaksud menjadikan sesuatu lebih berkembang (rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat).

Analisis data korpus yang dilakukan membuktikan bahawa penggunaan kata terbitan memperkembang yang kerap digunakan sebenarnya lebih merujuk makna memperkembangkan, iaitu mendukung makna menjadikan sesuatu lebih berkembang. Sila rujuk kamus terkini, Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020: 1036 - 1037). 
Makna16.12.2023
Tuan, mohon pandangan tuan tentang perkataan bahasa Melayu yang sesuai untuk menggantikan ‘clock-out session’ dalam atur cara untuk sesi persaraan. Tk.Cadangan terjemahan yang sesuai bagi clock-out session ialah sesi waktu keluar atau sesi perakam waktu keluar terakhirMakna19.10.2018
Selfi sudah dirakam dalam Kamus Dewan Perdana. Bolehkah "selfi" digunakan dalam bahasa formal berbanding "swafoto"?Kata "swafoto" ialah kata yang digubal dan dijadikan padanan bagi kata pinjaman bahasa Inggeris selfie. Kata ini diperkenalkan untuk penggunaan dalam bidang Fotografi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi.

Maklumat dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) menunjukkan terdapat penggunaan kata "selfi" dalam masyarakat pengguna bahasa Melayu. Meskipun begitu, daripada pemaparan takrif yang diberikan, pengguna disarankan menggunakan kata "swafoto" yang lebih standard dan formal. Hal ini bermakna kata "selfi' tidak disarankan dalam penggunaan bahasa rasmi/formal.

Perlu difahami, kamus merupakan perakam penggunaan sesuatu kata yang terdapat dalam bahasa masyarakat penutur bahasa tersebut pada masa terbitan kamus itu. Namun, pengguna berhak memilih kata yang sesuai dalam situasi dan konteks penggunaannya secara bijaksana.
Lain-lain05.03.2024
adakah bapa membeli sebuah kereta baru betul? Terdapat guru sekolah yang mengatakan bahawa kereta baru salah perlu digantikan dengan kereta baharu, tetapi saya merujuk kamu dewan dan ia menyatakan bahawa baru merujuk belum dipakai lagi. oleh itu, saya amat keliru bahawa kereta baru betul atau tidakTerdapat pegangan yang kata "baru" ialah kata padanan bagi kata Inggeris "just" dan kata "baharu" ialah kata padanan bagi kata Inggeris "new". Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga juga mengkategorikan kata "baharu" sebagai kata adjektif dan kata "baru" sebagai kata bantu aspek. Hal ini telah menjadi panduan kepada sistem pendidikan dan pengajaran bahasa Melayu di negara ini.

Hal tersebut berbeza dengan konsep perkamusan/leksikografi. Kamus ialah perakam penggunaan kata dan maknanya dalam sesuatu masyarakat. Penggunaan sesuatu kata, khususnya yang difahami oleh penutur jatinya, tidak boleh dinafikan. Dalam hal ini, kata "baharu" dan "baru" dapat dibezakan maknanya hanya dalam konteks penggunaan/ayat. Hal ini tidak menjadi masalah kepada penutur asli bahasa ini.
Hal yang sama berlaku kepada kata lain seperti sahaja/saja, sahaya/saya, bahala/bala dsb.

Jadi kesimpulannya, untuk mendapat markah di sekolah, ikutlah panduan/peraturan/pengajaran di sekolah.

Contoh ayat yang betul:

1. Ayah membeli sebuah kereta baharu.

2. Nenek baru sampai dari kampung.


Makna11.05.2023
Dalam PRPRM, "ianya" dikatakan ialah bentuk penggunaan kata ganti nama diri yang salah tetapi dalam KAMUS DEWAN PERDANA ada masukan tersebut yang menyatakan sebaliknya. Bukankah itu mengelirukan?Dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020: 796), kata 'ianya' dimasukkan/dirakamkan kerana kata ini hadir dalam penggunaan masyarakat penutur bahasa Melayu, khususnya dalam karya-karya klasik. Sila lihat contoh penggunaan kata 'ianya' yang diberikan dalam kamus ini. Bandingkan juga contoh penggunaan bagi kata 'ia'.

Perakaman makna dalam kamus umum seperti Kamus Dewan Perdana adalah berdasarkan penganalisisan data korpus yang menggambarkan pemakaian kata pengguna bahasa Melayu berbeza daripada perakaman makna dalam kamus pelajar yang bertujuan memberikan panduan dalam pengajaran dan pendidikan. 

Kamus merupakan alat perakam dan penyimpanan data sesuatu bahasa, berbeza dengan buku tatabahasa yang memberikan rumus dan panduan penggunaan bagi sesuatu kata.
Lain-lain30.06.2022

Kembali ke atas