Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ra.la.tan]/[per.a.la.tan] | ڤرالتن

Definisi : perjamuan, upacara adat: ~ kahwin. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ra.la.tan]/[per.a.la.tan] | ڤرالتن

Definisi : bermacam-macam alat: diperintahkan supaya biliknya ditambahi ~ dan perhiasan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ra.la.tan]/[per.a.la.tan] | ڤرالتن

Definisi : berbagai-bagai alat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata peralatan

Peribahasa

Jadi penghubung hujung lidah (= mulut).

Bermaksud :

Orang yang menyampaikan pesan seseorang dalam suatu perundingan atau peralatan.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
sound systemsistem bunyiKomunikasiTiadaSistem penggunaan peralatan audio bagi sesuatu rakaman. Dalam sistem ini, terdapat peralatan-peralatan seperti mikrofon, alat pembesar suara, alat penghalang bunyi, meja kawalan bunyi dan peralatan-peralatan lain yang berkaitan.
aid to navigationbantuan pelayaranSukanTiadaPeralatan-peralatan yang digunakan untuk membantu dalam pelayaran.
switcherjurusuisKomunikasiTiadaPetugas yang mengendalikan peralatan-peralatan penerbitan televisyen di bilik kawalan. Tanggungjawab ini selalunya dilakukan oleh pengarah atau penerbit teknikal.
stage handpetugas pentasKomunikasiTiadaPetugas yang mengendalikan persiapan pentas dan kawasan penggambaran dengan menyediakan peralatan-peralatan yang diperlukan.
delay timemasa tundaKejuruteraanTiada2. Jeda di antara tamatnya suatu isyarat panggilan dengan sambutan operator atau peralatan-peralatan automatik di lokasi yang dipanggil.
penthouseemperKejuruteraanTiada1. Ruang tertutup yang dibina di bumbung rata untuk menutup jalan tangga, elevator atau peralatan-peralatan lain.,2. Ruang penginapan yang dibina di atas bumbung utama.,3. Bumbung atau bangsal condong yang terlekat pada dinding atau bangunan.
decorationperhiasanKomunikasiTiadaProses menghiasi set penggambaran di pentas sandiwara, lokasi penggambaran filem atau pameran dengan menggunakan peralatan-peralatan yang disusun sehingga menimbulkan aspek visual yang berkesan.
pump stationstesen pamKejuruteraanPetroleumStesen yang dibina pada jarak tertentu sepanjang talian paip yang mengalirkan minyak. Pada setiap stesen ini terdapat tangki storan, pam dan peralatan-peralatan lain yang diperlukan untuk mengarahkan, menjaga dana mengendalikan aliran minyak tersebut.
active gearperalatan aktifPerikananTiadaSemua jenis peralatan yang digunakan untuk menangkap atau memerangkap ikan. Peralatan seperti pukat tunda, pukat jerut dan pukat tarik digunakan untuk menangkap atau memerangkap ikan atau kumpulan ikan yang berada di laluan peralatan terrsebut. Terdapat peralatan yang digunakan untuk menangkap spesies ikan tertentu sahaja dan ada pula yang mampu menangkap semua jenis ikan. Sifatnya yang sedemikian telah mendorong beberapa buah negara menggunakan peralatan tersebut di perairan negara masing-masing. Selain itu, terdapat juga peralatan aktif yang boleh merosakkan sumber dan habitat ikan. Contohnya, pukat tunda yang ditunda di bahagian dasar laut sehingga merosakkan kawasan pembiakan ikan, dan secara tidak langsung menjejaskan pertambahan sumber perikanan.
equipment floaterpengapung peralatanPentadbiran PerniagaanTiadaInsurans marin dalaman yang melindungi pelbagai jenis peralatan, umpamanya peralatan pembinaan, terhadap peril tertentu atau kadangkala berasaskan semua risiko tertakluk kepada pengecualian.
12345678910...

Kembali ke atas