Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ra.li.han]/[per.a.li.han] | ڤراليهن

Definisi : perihal beralih atau bertukar (drpd satu pucuk pimpinan kpd pucuk pimpinan yg lain, drpd satu keadaan kpd keadaan yg lain dsb), pergantian, pertukaran (keadaan dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ra.li.han]/[per.a.li.han] | ڤراليهن

Definisi : perubahan drpd sesuatu keadaan kpd keadaan yg lain; pergantian. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata peralihan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
selamat sejahtera. terima kasih atas respon. mohon pencerahan lanjut, adakah sesuai jika saya terjemahkan "emerging adulthood" kepada "kedewasaan peralihan". manakala "emerging adult" kepada "dewasa peralihan"? terima kasih.Untuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "emerging adulthood' dan "emerging adult" dalam pangkalan data kami. Sekiranya istilah yang dicadangkan bertepatan dengan konsep yang ingin disampaikan,  tuan boleh menggunakan istilah tersebut.Istilah13.10.2015
Apakah terjemahan yang sesuai untuk Twin Transition? Adalah Peralihan Berkembar atau Transisi Berkembar? Pendekatan Twin Transition merujuk bahawa terdapat peluang besar yang boleh diterokai untuk teknologi dan data bagi memacu matlamat kelestarian atau kemampanan (sustainability).Cadangan terjemahan bagi perkataan twin transition berdasarkan konsep dan konteks penggunaan yang diberikan ialah “transisi berkembar”.Penyemakan dan penterjemahan02.03.2023
apakah yang dimaksudkan anjakan paradigmaAnjakan paradigma bermaksud peralihan paradigma daripada satu lingkungan atau batasan pemikiran (seseorang atau sesuatu organisasi) kepada sesuatu yang baru (biasanya kepada yang lebih baik).Makna21.12.2006
saya ingin mengatahui maksud sastera moden dan ciri-cirinya?Sastera moden ialah peralihan bentuk pengucapan daripada yang bercirikan tradsional kepada ciri-ciri moden. salah satu ciri sastera moden ialah menggunakan sisitem tulisan. Untuk mendapatkan huraikan lebih lanjut, DBP telah menerbikan sebuah buku (2006) yang berjudul "Siri Lestari Sastera: Sejarah Kesusasteraan Melayu". Buku ini boleh di dapati di Kedai Buku DBP atau di Pusat Dokumentasi Melayu, Aras 3, Menara DBP. Sekian, terima kasih.Lain-lain08.09.2009
Penggunaan perkataan manakah yang tepat? Perpindahan antara Syarikat atau Pemindahan antara Syarikat? Perpindahan atau Pemindahan?

 Mengikut Kamus Dewan, kata perpindahan bermaksud perihal perbuatan, kejadian berpindah, peralihan.  Kata pemindahan perbuatan memindahkan (mengalihkan). Dalam istilah perniagaan, pemindahan ialah padanan bagi transference.
Daripada keterangan ini, perpindahan antara syarikat merujuk pada peralihan syarikat boleh digunakan manakala pemindahan syarikat  pula secara fizikal dipindahkan. Mohon kemukakan konteks penggunaan yang diperlukan agar kami dapat memberikan cadangan lain yang memenuhi keperluan pihak anda.

 

Istilah02.09.2014
berikan saya maksud martabat dan anjakan paradigmaMartabat ialah kedudukan pd mata masyarakat, darjat, pangkat, tingkat. Anjakan paradigma ialah peralihan paradigma drpd satu lingkungan atau batasan kpd sesuatu yg baru (biasanya kpd yg lebih baik). Untuk keterangan lanjut atau mengetahui makna perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Makna08.02.2009
Salam sejahtera pada pihak DBP, apakah isu yang sesuai dan boleh dikupas untuk saya kaji di dalam Hikayat Indera Nata? Dan apakah buku-buku rujukan yang boleh saya gunakan dalam kajian saya? Saya masih buntu dalam mencari tajuk kajian saya.

Hikayat Indera Nata digolongkan dibahagikan dalam zaman peralihan Hindu-Islam. Secara umum, pelbagai perkara boleh dikaji daripada teks tersebut. Di antara kajian tersebut ialah seperti berikut:

  1. Pemikiran dalam teks tersebut
  2. Teknik Naratif/penceritaan teks zaman peralihan
  3. Gaya Bahasa teks zaman peralihan
  4. Unsur-unsur Mitos, Dongeng, Fantasi dan sebagainya
  5. Konsep Wira dalam teks tersebut
  6. Konsep Kuasa dalam teks tersebut
  7. Unsur-unsur Islam dalam teks tersebut dll

Sekian, terima kasih

 

Lain-lain06.07.2009
Apakah maksud anjakan paradigma ? Apakah maksud pula modus operandi?

Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, anjakan paradigma bermaksud peralihan paradigma daripada satu ling­kungan atau batasan kepada sesuatu yang baru (biasanya kepada yang lebih baik).   Modus operandi pula bermaksud cara (prosedur dan sebagainya) untuk melakukan (melaksana­kan) sesuatu. 

Makna03.08.2011
Adakah ayat ini betul? Masalah pencemaran semakin serius. Oleh itu, pelbagai anjakan paradigma haruslah dilakukan untuk membendung masalah ini. Terima kasihAnjakan paradigma bermaksud peralihan atau perubahan daripada sesuatu keadaan atau lingkungan fikiran kepada keadaan atau lingkungan fikiran yang baru, biasanya yg lebih baik. Penggunaan ungkapan anjakan paradigma tidak sesuai dalam konteks ayat tersebut. Sila gantikan dengan perkataan lain yang lebih sesuai dari aspek maknanya. Tatabahasa09.02.2012
Apakah perbezaan antara pergantian dan penggantian?

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, pergantian bermaksud pertukaran, peralihan, perubahan (kepada sesuatu yang lain). Contoh ayat ialah Di kawasan Khatulistiwa, pergantian malam dan siang ialah suatu kejadian alam yang berlaku pada setiap hari. Penggantian pula bermaksud perihal atau perbuatan mengganti(kan). Contoh ayat ialah Proses penggantian tayar kereta yang sudah rosak menjadi rumit jika kekurangan peralatan.

Lain-lain27.09.2021
123

Kembali ke atas