Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu

[pe.ra.mah] | ڤرامه

Definisi : orang yg ramah, bersifat ramah: penumpangnya itu ~ orangnya; bahawa dia sebetulnya lebih ~ dan lebih periang drpd kawannya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ra.mah] | ڤرامه

Definisi : 1 bersifat ramah: Ayu sangat ~. 2 orang yg ramah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ramah (adjektif)
Bersinonim dengan mesra, kencang, suka berkawan, pandai bergaul, receng mulut;,
Kata Terbitan : beramah-tamah, beramah-ramahan, meramahi, keramahan, keramah-tamahan, peramah,

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
sociableperamah; ramahPendidikanTiadaTiada
affable characterwatak peramahKesenianDrama dan TeaterPeranan dalam drama yang memperlihatkan perwatakan ceria dan suka bercakap perkara yang remeh-temeh.
unsociable personorang tak peramahSosiologiTiadaTiada
friendly human tonenada ramahPentadbiran PerniagaanTiadaNada suara yang peramah.
extroversionekstroversiPsikologiPsikologi UmumCiri-ciri personaliti individu seperti penonjolan diri, peramah, sosial, kurang berhati-hati atau suka menarik perhatian. Istilah awal ekstroversi diperkenalkan oleh Jung yang kemudiannya dikembangkan lagi oleh individu atau kumpulan yang berpegang pada Teori Lima Trait Perkasa. Individu yang mempunyai ciri ini biasanya mempunyai ramai kawan, selalu ceria, suka berpeleseran dan jarang duduk berseorangan. Walau bagaimanapun, pencapaian individu ini kurang menyerlah dalam pekerjaan atau aktiviti berbanding dengan orang berpersonaliti introvert.

five-factor model of personalitymodel personaliti lima faktorPsikologiPsikologi UmumModel yang mencadangkan bahawa personaliti individu boleh dilihat melalui lima dimensi asas dan sejagat. Model yang diringkaskan daripada 16 faktor Cattell ini terdiri daripada darjah-darjah keekstroversian, kesetujuan, kehematan, keneurotismaan dan keterbukaan. Individu yang tinggi keekstroversiannya memperlihatkan sifat-sifat seperti peramah, aktif, mesra dan suka berkawan, tetapi sebaliknya individu yang rendah kesetujuannya akan menjadi seorang yang mudah mengkritik, syak wasangka, bengis dan jengkel. Individu yang berhemat pula akan bekerja keras, teliti, bersungguh-sungguh dan teratur serta menepati waktu. Individu yang tinggi tahap keterbukaannya akan menunjukkan sifat kreatif, ingin tahu, asli dan imaginatif. Individu yang tinggi keneurotismaannya akan lebih banyak resah, terlalu mengikut perasaan dan emosional. Dengan menggunakan model lima faktor, individu boleh diuji untuk mengenal pasti tahap personalitinya berdasarkan lima sifat tersebut.

Kembali ke atas