Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ran] | ڤرن

Definisi : 1. pemain sandiwara; 2. pelawak dlm pertunjukan makyung, badut; 3. topeng pe­lawak; memerankan melakonkan peranan: jadi bung minta aku ~ bahagian-bahagiannya? peranan 1. pemain sandiwara, pelawak; 2. bahagian (sandiwara, pekerjaan, tugas) yg dipegang: bahasa Melayu sanggup dan mampu mengambil ~ sbg bahasa Kebangsaan yg tunggal; berperanan mempunyai peranan, memainkan (memegang) sesuatu peranan: dlm hal ini guru ~ sbg penasihat saja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ran] | ڤرن

Definisi : 1. kayu yg menyambung sebelah atas tiang rumah dan tempat melekatkan kasau­kasau; 2. bahagian atas alang yg berlantai utk menyimpan barang dll: perkakas tembaga itu berlaga sesama sendiri apabila diturunkan dr atas ~ rumah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ran] | ڤرن

Definisi : 1 pemain sandiwara. 2 pelawak dlm pertunjukan makyung. memerankan memainkan sesuatu watak; melakonkan. peranan 1 watak (yg dilakonkan oleh peran). 2 tugas (bahagian, pekerjaan) yg dilakukan utk menjayakan sesuatu: Ibu bapa harus memainkan ~ penting dlm usaha memupuk minat membaca di kalangan murid. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata peran


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Peran sastra rakyat Minangkabau untuk mencegah disintegrasi bangsa IndonesiaDjamaris, EdwarRampak Serantau1 January 2001
PeranNoordin HassanDewan Sastera1 December 1991
PeranNoordin HassanDewan Sastera1 November 1991
Masks (Peran): a Malay play by Noordin HassanSolehah IshakAsian Theatre Journal1 January 1999
Luka Seorang Peran (Selepas menonton Petua Perkahwinan)Raihani Mohd. SaaidURTV15 November 2007
Reposisi dan pergeseran peran komunitas sastraHerfanda, Ahmadun YosiHorison1 March 2007
Achdiat K. Mihardja peran orang tua, pendidikan dan karierSantosa, PujiHorison1 October 2000

Kembali ke atas