Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ran] | ڤرن

Definisi : 1. pemain sandiwara; 2. pelawak dlm pertunjukan makyung, badut; 3. topeng pe­lawak; memerankan melakonkan peranan: jadi bung minta aku ~ bahagian-bahagiannya? peranan 1. pemain sandiwara, pelawak; 2. bahagian (sandiwara, pekerjaan, tugas) yg dipegang: bahasa Melayu sanggup dan mampu mengambil ~ sbg bahasa Kebangsaan yg tunggal; berperanan mempunyai peranan, memainkan (memegang) sesuatu peranan: dlm hal ini guru ~ sbg penasihat saja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ran] | ڤرن

Definisi : 1. kayu yg menyambung sebelah atas tiang rumah dan tempat melekatkan kasau­kasau; 2. bahagian atas alang yg berlantai utk menyimpan barang dll: perkakas tembaga itu berlaga sesama sendiri apabila diturunkan dr atas ~ rumah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ran] | ڤرن

Definisi : 1 pemain sandiwara. 2 pelawak dlm pertunjukan makyung. memerankan memainkan sesuatu watak; melakonkan. peranan 1 watak (yg dilakonkan oleh peran). 2 tugas (bahagian, pekerjaan) yg dilakukan utk menjayakan sesuatu: Ibu bapa harus memainkan ~ penting dlm usaha memupuk minat membaca di kalangan murid. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata peran


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam. Adakah perkataan "peranan" berasal drp kata dasar "peran" atau berdiri dgn sendiri (kata dasar) juga?

Menurut Kamus Dewan edisi keempat, maksud "peran" dan "peranan" mempunyai perkaitan makna, iaitu i. pemain sandiwara; ii. Bahagian yang dipegang ( sandiwara, pekerjaan, tugas). Perkataan "peranan" tersebut muncul di bawah entri "peran" dan tidak terdapat entri tersendiri bagi perkataan "peranan", oleh itu perkataan "peranan" berasal daripada kata dasar "peran".  

Istilah18.09.2018
Tuan, Macam manakah agaknya 'pagar' memakan padi dan bolehkah pagar makan padi? Kita semua tahu yang 'pagar' itu adalah benda tidak bernyawa, anpa mulut dan sistem untuk menghazam makanan dan membuang apa-apa yang tidak di perlukan, seperti manusia atau binatang makan dan minum, menghazam apa yang di makan dan di minum dam sama ada membuang air beasr ataupun air kecil. Pagar tidak boleh buat semua itu. Burung Pegar atau Ayam Pegar (lihat gambar) adalah nama umum dari kelompok burung famili Phasianidae ordo Galliformes (pheasant), termasuk burung-burung jenis Kuau dan lain-lain. Mereka dicirikan dengan sifat dimorfisme seksual yang kuat, warna spesies jantan lebih cerah dan kaya warna serta memiliki ekor yang lebih besar dan panjang. Ukuran tubuh jantan umumnya lebih besar dari pada betina. Jantan tidak memiliki peran dalam membesarkan Burung Pegar muda. Burung Pegar umumnya memakan biji-bijian dan beberapa memakan serangga.

Saudara, seperti yang dinyatakan dalam jawapan sebelum ini mungkin ada benarnya 'Harapkan pegar, pegar makan padi' beranalogikan fakta pagar tidak boleh makan padi dan pada zaman dahulu pagar tidak memagari sawah padi. Namun sehngga kini tidak ada dapatan/kajian yang dapat mengesahkan kebenarannya. Wallahua'lam.

Lain-lain27.01.2012

Kembali ke atas