Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ran] | ڤرن

Definisi : 1. pemain sandiwara; 2. pelawak dlm pertunjukan makyung, badut; 3. topeng pe­lawak; memerankan melakonkan peranan: jadi bung minta aku ~ bahagian-bahagiannya? peranan 1. pemain sandiwara, pelawak; 2. bahagian (sandiwara, pekerjaan, tugas) yg dipegang: bahasa Melayu sanggup dan mampu mengambil ~ sbg bahasa Kebangsaan yg tunggal; berperanan mempunyai peranan, memainkan (memegang) sesuatu peranan: dlm hal ini guru ~ sbg penasihat saja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ran] | ڤرن

Definisi : 1. kayu yg menyambung sebelah atas tiang rumah dan tempat melekatkan kasau­kasau; 2. bahagian atas alang yg berlantai utk menyimpan barang dll: perkakas tembaga itu berlaga sesama sendiri apabila diturunkan dr atas ~ rumah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ran] | ڤرن

Definisi : 1 pemain sandiwara. 2 pelawak dlm pertunjukan makyung. memerankan memainkan sesuatu watak; melakonkan. peranan 1 watak (yg dilakonkan oleh peran). 2 tugas (bahagian, pekerjaan) yg dilakukan utk menjayakan sesuatu: Ibu bapa harus memainkan ~ penting dlm usaha memupuk minat membaca di kalangan murid. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata peran


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
foolperanKesusasteraanTiadaPelawak atau pemain sandiwara. Watak pelawak digambarkan berkhidmat sebagai teman, pelindung, dan penasihat kepada raja serta putera raja. Dalam makyung, terdapat dua jenis peran, iaitu Peran Muda dan Peran Tua. Peran Tua diberi penghormatan yang setara dengan Semar, iaitu watak lelucon dalam teater tradisional Jawa yang mempunyai kesaktian dan kepintaran. Dengan kelebihan tersebut, Peran Tua menggunakan mantera untuk menguasai alam ghaib bagi melindungi rajanya.
biochemical roleperan biokimiaKimiaTiadaPeranan proses kimia dalam kehidupan.
role-doublingperan gandaKesenianDrama dan TeaterPelakon yang memegang lebih daripada satu watak dalam sesebuah persembahan.
makyungmakyungMuzikTiada

 Dramatari rakyat yang klasik dan menggunakan muzik vokal dan instrumental, dialog dan tarian untuk mengisahkan sesuatu cerita di Patani dan di Kelantan. Dramatari ini dipersembahkan untuk hiburan dan upacara menyembuhkan pesakit. Cerita asasnya tentang Dewa Muda. Watak penting dalam dramatari ini ialah Pakyung, Pakyung Muda, Mak­yung, Puteri Makyung, Peran Tua, Peran Muda dan Tok Wak. Dramatari ini diiringi ensembel muzik yang terdiri daripada rebab, gendang dan tetawak.

obligatory sceneadegan perluKesenianDrama dan TeaterBahagian yang perlu wujud dalam sesebuah pementasan drama dan teater terutamanya teater tradisional. Contohnya, aksi Pakyung memanggil peran dalam persembahan Makyung.
makyungmakyungKesusasteraanTiadaTeater tradisional yang menggunakan unsur-unsur ritual, tarian, muzik, lagu, lakonan, cerita dan dialog yang bersifat formal dan improvisasi. Makyung dipercayai berasal daripada istana Patani dan dibawa masuk ke Kelantan lebih kurang 200 tahun dahulu. Makyung merupakan sebuah teater yang menggabungkan struktur persembahan dengan gaya yang dilebih-lebihkan. Makyung tidak mempunyai prop atau set realistik tetapi hanya menggunakan beberapa peralatan seperti pemiat (ikatan rotan tujuh batang) dan selendang yang boleh mewakili pelbagai benda fizikal. Tempat dan lokasi digambarkan melalui dialog. Pertukaran tempat pula dilambangkan melalui pergerakan pelakon dalam sebuah bulatan dengan iringan lagu barat anjur. Antara cerita yang dipersembahkan oleh makyung ialah Raja Sakti, bongsu sakti, Dewa Muda, Raja Tangkai Hati dan Puteri Timun Muda. /watak utama dalam makyung ialah Pakyung, Makyung, Puteri Peran Tua, Peran Muda, Tok Wok, Jin Gergasi, Jong Dong Dang dan Orang Kampung. Muzik memainkan peranan penting dalam persembahan makyung. Alat muzik terdiri daripada alat rebah, sepasang gendang dan sepasang gong dengan tambahan alat serunai, canang dan kesi. Persembahannya bermula dengan upacara �buka panggung� yang diakui dengan upacara �menghadap rebab�. Antara tokoh makyung ialah Primadona Khatijah Awang (Pasir Mas) dan sepasang suami isteri, Ali Ibrahim dan Rahimah Zakaria.
urban planning standardpiawaian perancanganPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaSatu ukuran pembangunan fizikal yang diterima oleh pihak berkuasa perancangan untuk digunakan sebagai garis panduan untuk merancang dan mengawal peran- cangan ke arah tahap yang selesa, ekonomi, dan selamat.
atticlotengKesenianHiasan DalamanBilik atau tingkat atas yang terletak di bawah bumbung di dalam sesebuah bangunan atau rumah. Dalam seni bina rumah tradisional Melayu, loteng yang juga dikenali sebagai peran, berfungsi sebagai ruang tidur yang biasanya digunakan oleh wanita, khususnya anak gadis untuk tujuan keselamatan. Loteng turut digunakan sebagai tempat menyimpan barang.
comickomikKesusasteraanTiadaUnsur yang menimbulkan kelucuan dalam karya sastera. Kesan kelucuan biasanya dikaitkan dengan drama komedi. Unsur komik turut ditemui dalam drama tradisional tempatan, iaitu Makyung, Mek Mulung, dan Wayang Kulit yang dibawakan oleh watak peran dan pengasuh. Lihat juga drama satir, makyung.
mekmulungmekmulungMuzikTiada

 Dramatari rakyat yang terdapat di Kampung Wang Tepus, utara Kedah. Mekmulung mengutamakan dialog, tarian, muzik vokal dan instrumental serta dipersembahkan untuk hiburan dan menyembah guru. Cerita asasnya tentang dewa muda dan juga cerita Melayu lain. Watak penting dalam dramatari ini ialah Pak Mulung, Mek Mulung, peran, pengasuh dan inang. Ensembel mekmulung terdiri daripada alat muzik gong, kecerek, rebana ibu, rebana penganak, rebana peningkah dan serunai.

12

Kembali ke atas