Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ran.cang] | ڤرانچڠ

Definisi : orang yg merancang: seorang ~ pelajaran yg terkemuka telah didatangkan; badan ~ badan (jawatankuasa dll) yg bertugas membuat rancangan (undang-undang dll); Lembaga P~ Keluarga lembaga yg bertugas memberi penerangan dan kemudahan-kemudahan bagi orang awam utk merancang keluarga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ran.cang] | ڤرانچڠ

Definisi : orang (lembaga dll) yg merancang: Lembaga ~ Keluarga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rancang2
Kata Terbitan : merancang, terancang, rancangan, perancangan, perancang,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Hi DBP, Di Zurich, kami baru sahaja memperkenalkan terma baharu untuk ejen dan konsultan kami iaitu 'Wealth Planner'. Terdapat beberapa pilihan dalam BM yang kami kini sedang pertimbangkan: 1) Perancang Kekayaan 2) Perancang Harta 3) Perancang Harta Kekayaan Bolehkah DBP nasihati kami berkenaan ini. Terima kasih.Dalam data rujukan kami, padanan bahasa Melayu bagi wealth ialah kekayaan seperti yang digunakan dalam istilah cukai kekayaan, komposisi kekayaan dan pengagihan kekayaan. Oleh yang demikian, perancang kekayaan boleh digunakan.Penyemakan dan penterjemahan07.11.2018
Tugas Pengawai Perancang Bahasa.Pegawai Perancang Bahasa adalah nama jawatan yang wujud di Dewan Bahasa dan Pustaka dan mungkin di jabatan-jabatan lain selain DBP. Tugasnya bergantung kepada di mana seseorang pegawai itu diletakkan. Sekiranya di Jabatan Penerbitan (DBP) tugasnya mungkin berkaitan dengan penyuntingan perolehan dsb. Sekiranya diletakkan di Jabatan Bahasa (DBP) bergantung pula di bahagian mana. Contohnya di Bahagian Penyelidikan Bahasa, tugas PPB ialah membuat penyelidikan apa yang berkaitan dengan bahasa (Melayu). Contohnya kajian dialek daerah, kajian leksikal, kajian kata serapan dsb. Sekiranya di Jabatan Sastera, maka berlainan pula tugasnya. Harap maklum.Lain-lain12.11.2008
maksud persatuan , pusat konvensyen , pusat persidangan , perancang mesyuarat korporat , perancang mesyuarat bebas , tour operator , pameran perdagangan dan eksposisi ,penaja pameran perdagangan dan kontarktor perkhidmatan dalam maksud pelanconganMaksud persatuan ialah 1. gabungan, ikatan, kumpulan: anggota jawatankuasa P~ Penulis Nasional ialah sepuluh orang; P~ Bola Sepak Malaysia; 2. perikatan, syarikat: setiausaha ~ kastam; 3. perihal bersatu: ~ urat pd tangan dgn urat pd mata. Konvensyen ialah 1. persidangan ahli-ahli pertubuhan politik (perniagaan dll) utk membincangkan sesuatu perkara: beberapa perkara mengenai rangka perlembagaan itu akan dibincangkan dlm ~ yg akan diadakan; 2. perjanjian antarabangsa (antara negara, pemerintah, dsb). Maklumat selanjutnya, Saudara boleh merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Makna11.02.2007
Salam sejahtera, Bilakah keluar result IV Perancang Bahasa ya? Mohon update terkini. TkSalam sejahtera, keputusan temu duga jawatan Perancang Bahasa Gred S41 Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk. Dimaklumkan bahawa keputusan temu duga jawatan Perancang Bahasa Gred S41 masih diperingkat kelulusan Pihak Berkuasa Melantik dan keputusan sama ada calon temu duga berjaya atau simpanan atau tidak berjaya akan dimaklumkan dalam tempoh 2 minggu selepas mendapat kelulusan Pihak Berkuasa Melantik. Keputusan temu duga juga akan dimaklumkan melalui e-mel puan. Sekian, terima kasih.Lain-lain01.07.2021
Asalamualaikum, di sini saya ingin bertanya mengenai jawatan kosong di Dewan Bahasa Pustaka Johor. Saya merupakan bekas pelajar di UKM mengambil jurusan sastera bidang Persuratan Melayu. Sekiranya,pihak DBP Johor membuka tawaran jawatan kosong sebagai PERANCANG BAHASA / PEN.PERANCANG BAHASA / PEMBANTU PENERBITAN /PEN. PEGAWAI TADBIR, saya ingin mengisi jawatan tersebut sekiranya saya berkelayakan. Diharap pihak DBP sudi membalas pertanyaan saya ini. Sekian,terima kasih.DBP akan menyiarkan iklan jawatan kosong dari semasa ke semasa. Untuk itu, sekiranya tuan berminat, tuan bolehlah melayari laman web DBP atau melihat iklan yang disiarkan dalam akhbar utama berbahasa Malaysia yang disiarkan dari semasa ke semasa.Lain-lain12.07.2017
Assalamualaikum.. Saya ingin bertanya samada jabatan tempat saya bekerja sebetulnya menggunakan JABATAN PERANCANG BANDAR atau JABATAN PERANCANGAN BANDAR. Sekian, Terima kasih. Noraidi Bin Omar

Encik Noraidi,

Dalam menentukan nama  sesuatu jawatan atau jabatan, tentulah aspek tatabahasa  (makna) dan fungsi jawatan atau jabatan tersebut akan diambil kira.  Untuk memudahkan tuan membuat pertiimbangan sebelum menamai jabatan tuan, elok kiranya tuan memahami maksud "perancang" dan "perancangan".

Mengikut Kamus Dewan kata "perancang" membawa maksud orang, agensi,  jawatankuasa, dan badan-badan pertubuhan yang merancang: Misalnya  jawatan Pegawai Perancang Bahasa (DBP) iaitu orang yang merancang pembinaan dan pengembangan bahasa, Lembaga Perancang Keluarga iaitu, lembaga yang bertugas memberi penerangan dan kemudahan-kemudahan bagi orang awam utk merancang keluarga dan sebagainya. ; badan ~ badan (jawatankuasa dll) yg bertugas membuat rancangan (undang-undang dll);

kata perancangan pula membawa maksud perbuatan (tindakan) sesuatu yang telah dirancang.

Dengan penerangan makna kedua-dua kata ini, diharap pihak tuan dapat menentukan yang mana betul dengan berdasarkan  tugas dan fungsi-fungsi jabatan tersebut.

 

Tatabahasa10.06.2009
Salam, boleh admin share perkembangan terbaru iv Perancang Bahasa DBP? Bila tarikh pengumuman keputusan iv trsebut ya? TqSalam sejahtera,

Maklum balas perjawatan

Dimaklumkan  bahawa keputusan temu duga jawatan Perancang Bahasa Gred S41 masih diperingkat kelulusan Pihak Berkuasa Melantik dan keputusan sama ada calon temu duga berjaya  atau simpanan atau tidak berjaya, akan dimaklumkan dalam tempoh 2 minggu selepas mendapat kelulusan Pihak Berkuasa Melantik. Keputusan temu duga juga akan dimaklumkan melalui e-mel tuan/puan.

Terima kasih atas keprihatinan dan kerjasama.
Lain-lain16.06.2021
Muhd Shuk Oct 8th, 5:33pm Assalamualaikum admin,saya ingin bertanya.Sebelum ini kakak saya ada menghantar permohonan pekerjaan utk jawatan Perancang Bahasa gred S41.Boleh saya tahu status permohonan tersebut.Nama beliau Kamiliah Ayu Bte Ab.Ghani.Pendidikan,Ijazah Sarjana pendidikan (Bahasa Melayu) & Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial (Linguistik).TQ.Permohonan ke jawatan Perancang Bahasa S41 telah dibuat penyaringan. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pegawai di Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Puan Fairuz binti Yaacob, melalui talian 03-21479000/9001 atau e-mel fairuz@dbp.gov.my.Lain-lain08.10.2015
Pihak kami (Jabatan Perancang Bandar DBKL) menerima permohonan penamaan bangunan 1 blok kedai / pejabat 8 tingkat (Blok C5) di atas 7 tingkat basemen tempat letak kereta termasuk ruang perniagaan di atas lot PT. 17439, Mukim Batu, Kuala Lumpur. Nama yang dicadangkan oleh pemaju ialah "PUBLIKA". Diharap pihak DBP dapat memberikan ulasan / maklumbalas mengenai nama bangunan yang dicadangkan.Tidak ada kata masukan Publika dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. Pihak kami mencadangkan penamaan premis menggunakan perkataan dalam bahasa Melayu yang secara tidak langsung memperkasakan bahasa kebangsaan di tempat awam. Sila rujuk buku Garis Panduan Menamai Syarikat, Bangunan, Kawasan Perumahan, Tempat Awam dan Jalan (Edisi Kedua), terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.Makna22.03.2010
Apakah yang dilakukan oleh perancang bahasa di Malaysia pada masa kini dalam usaha untuk memartabtkan bahasa Melayu?

DBP telah melaksanakan pelbagai program bagi memartabatkan bahasa kebangsaan. Pemartabatan bahasa kebangsaan ini merangkumi bidang bahasa, sastera dan penerbitan. Dalam bidang bahasa, DBP melipatgandakan usaha pembinaan dan pengembangan seperti pembinaan istilah pelbagai bidang, penyelidikan kosa kata, penyusunan kamus, pengukuhan dasar bahasa, pemupukan bahasa, pemantauan bahasa, penataran bahasa, penyebaran bahasa dan perkhidmatan bahasa serta penerbitan bahasa. Dalam bidang sastera, program yang dijalankan ialah pengembangan sastera kebangsaan, penerbitan sastera dan komponan sastera dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Dalam bidang penerbitan pula, DBP menerbitkan buku teks, buku rujukan pelbagai bidang peringkat sekolah rendah, menengah dan universiti, dan ensiklopedia.

Lain-lain31.10.2010
123456

Kembali ke atas