Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ran.cang] | ڤرانچڠ

Definisi : orang yg merancang: seorang ~ pelajaran yg terkemuka telah didatangkan; badan ~ badan (jawatankuasa dll) yg bertugas membuat rancangan (undang-undang dll); Lembaga P~ Keluarga lembaga yg bertugas memberi penerangan dan kemudahan-kemudahan bagi orang awam utk merancang keluarga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ran.cang] | ڤرانچڠ

Definisi : orang (lembaga dll) yg merancang: Lembaga ~ Keluarga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rancang2
Kata Terbitan : merancang, terancang, rancangan, perancangan, perancang,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KUDETA

Kudeta ialah rampasan kuasa secara mengejut

terhadap pemerintahan sesuatu kerajaan oleh

sekumpulan perancang. Kumpulan perancang

itu biasanya terdiri daripada pegawai awam

yang mengancam dan seterusnya menggunakan

angkatan bersenjata, polis dan komunikasi

negara dalam rampasan kuasa.

UMUM 
SOLERI, PAOLO

Soleri, Paolo (1919– ), arkitek dan perancang

bandar kelahiran Itali. Dia terkenal dengan teori

pemuliharaan alam sekitar. Soleri yakin bahawa

untuk memulihara sumber alam, bandar haruslah

dibina di atas paras tegak.

UMUM 
OLMSTED, FREDERICK LAW

Olmsted, Frederick Law (1822–1903) ialah

arkitek landskap, perancang bandar, dan penulis

isu sosial Amerika. Kerjaya Olmsted dibentuk

oleh konsepsinya tentang masyarakat

bertamadun. Melalui reka bentuk landskap dan

tulisannya, Olmsted cuba menyusun semula

bentuk bandar dan subbandar Amerika, dan

menggalakkan pekerti halus dan budaya yang

pada pandangannya mampu diperoleh oleh

warganegara sesebuah republik.

UMUM 
PERANCANGAN BANDAR

Perancangan bandar ialah proses mengawal

pertumbuhan bandar dan pekan. Perancang

bandar – orang yang mengendalikan proses ini,

menasihati kerajaan mengenai cara memajukan

komuniti. Mereka juga menasihati kerajaan dan

pemaju hartanah yang merancang untuk

memajukan komuniti yang baru.

UMUM 
WILLIAM PITT

William Pitt (1708–1778), Earl of Chatham,

dikenang khususnya sebagai “perancang

kemenangan” dan pembina empayar ketika

Peperangan Tujuh Tahun, dan juga kerana

kesungguhannya mempertahankan hak kolonis

Amerika. Datuknya, Thomas Pitt, menolong

membina perdagangan British dengan India.

UMUM 
ANALISIS KOS FAEDAH

Analisis kos faedah, sejenis kajian ekonomi,

yang menilai kos dan faedah sesuatu projek atau

rancangan yang sedia wujud, atau yang telah

dicadangkan untuk masyarakat. Perancang kerajaan

dan industri menggunakan analisis kos faedah untuk

membantu mereka membuat keputusan.

UMUM 
AALTO, ALVAR

Aalto, Alvar (1898–1976), arkitek, pereka bentuk perabot dan perancang bandar Finland. Beliau terkenal dengan bangunan reka bentuk moden yang digabungkan dengan bahan tradisional, terutamanya kayu.

KEJURUTERAANTokoh
PARTI BERSATU SABAH (PBS)

Parti Bersatu Sabah (PBS), parti politik. PBS

ialah singkatan Parti Bersatu Sabah. Parti politik di

negeri Sabah ini telah didaftarkan dengan

rasminya pada 5 Mac 1985. Datuk Seri Joseph

Pairin Kitingan ialah perancang utama

penubuhan PBS. Dia telah dilantik untuk

mengetuai parti tersebut.

UMUM 
LIGA BANGSA

Liga Bangsa, satu pertubuhan negara-negara

antarabangsa yang ditubuhkan untuk mengekalkan

keamanan di kalangan negara-negara di dunia.

Negara yang menang dalam Perang Dunia I

termasuklah Perancis, Great Britain, Itali, Jepun dan

Amerika Syarikat telah merangka satu covenant

(perlembagaan) untuk Liga tersebut pada tahun

1919. Liga tersebut telah ditubuhkan pada bulan

Januari 1920, dan beribu pejabat di Geneva,

Switzerland. Presiden Woodrow Wilson dari

Amerika Syarikat merupakan ketua perancang bagi

Liga berkenaan tetapi dia tidak berjaya memujuk

Amerika Syarikat menyertainya. Liga itu telah

dibubarkan pada bulan April 1946 dan digantikan

dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

UMUM 
PBS

PBS, parti politik.  PBS ialah singkatan Parti Bersatu Sabah.  Parti politik di negeri Sabah ini telah didaftarkan dengan rasminya pada 5 Mac 1985.  Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan adalah perancang utama penubuhan PBS.  Dia telah dilantik untuk mengetuai parti tersebut.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPersatuan

Kembali ke atas