Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ra.ngai] | ڤراڠاي

Definisi : 1. kelakuan, tingkah laku: dia tahu ~ isterinya; 2. tabiat, budi pekerti, watak: ~nya jahat; berperangai 1. mempunyai perangai, berke­lakuan: pekerja yg ~ baik; 2. berkelakuan tidak sepatutnya, bertingkah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ra.ngai] | ڤراڠاي

Definisi : 1 sikap atau kelakuan seseorang yg sudah sebati benar dgnnya; tabiat; watak: ~nya yg jahat itu tidak dpt diubah-ubah lagi. 2 tingkah laku yg dilakukan di hadapan orang; kelakuan. berperangai mempunyai perangai; berkelakuan: Janganlah ~ buruk. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
perangai (kata nama)
Bersinonim dengan kelakuan, tingkah laku, perlakuan, perwatakan, resmi, pembawaan, fiil, canda, olah, tabiat, gaya, cara, sifat, telatah, gelagat, gerak-geri, tindak-tanduk, ambekan;,
Kata Terbitan : berperangai,

Puisi
 

Kalau kulurut padi di Daik,
     Pancang pulau jatuh terhempas;
Kalau kuturut perangai tak baik,
     Pasang tak penuh surut tak timpas.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Seberapa panjang sarung,
     begitulah panjang matanya.

Bermaksud :

Perangai (perkataan) yang baik atau jahat menunjukkan sedikit banyaknya ilmu seseorang. sarung = sarung keris atau sarung pisau.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Jurnal Pendidikan

VirtPathDisplayNameSynopsisWebURL
http://www.ukm.my/jurfpend/journal/vol%2030%202005/full%20article%2030%202005/artikel%2030_9.pdfJpendidikan30[09].pmdlakonan. Sementara itu, aplikasi kaedah-kaedah ini berkesan kepada kepelbagaian tingkah laku dan sahsiah pelajar diantaranya ; berfikir dengan cara Islamik, mendorong minat pembelajaran, membantu pelajar mengamalkan ajaran-ajaran Islam, memperbaiki perangai dan akhlak mereka, membantu pelajar dalam menilai dan menyerap nilai-nilai Islam serta membina rasa tanggung jawab terhadap diri sendiri, keluarga dan masyarakat. Selain daripada itu, dalam kajian ini didapati diri pelajar-pelajar dengan memberi kesan kepada mereka untuk berfikir dengan cara yang Islamik, dapat mendorong minat mereka untuk mempelajari Pengetahuan Agama Islam, membantu mereka mengamalkan ajaran-ajaran Islam, memperbaiki perangai dan akhlak mereka, membantu mereka dalam menilai dan membersihkan pribadi, membina rasa tanggung jawab mereka terhadap diri sendiri, keluarga dan masyarakat serta dapat membantu mereka untuk berakhlak baik (Jadual 1 http://www.ukm.my/jurfpend/journal/vol%2030%202005/full%20article%2030%202005/artikel%2030_9.pdf#xml=http://prpm.dbp.gov.my:28090/PdfHighlighter.aspx?DocId=8&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cIndeksJurnalPendidikan&HitCount=3&hits=c8+867+9b9+

Kembali ke atas