Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ra.ngai] | ڤراڠاي

Definisi : 1. kelakuan, tingkah laku: dia tahu ~ isterinya; 2. tabiat, budi pekerti, watak: ~nya jahat; berperangai 1. mempunyai perangai, berke­lakuan: pekerja yg ~ baik; 2. berkelakuan tidak sepatutnya, bertingkah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ra.ngai] | ڤراڠاي

Definisi : 1 sikap atau kelakuan seseorang yg sudah sebati benar dgnnya; tabiat; watak: ~nya yg jahat itu tidak dpt diubah-ubah lagi. 2 tingkah laku yg dilakukan di hadapan orang; kelakuan. berperangai mempunyai perangai; berkelakuan: Janganlah ~ buruk. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
perangai (kata nama)
Bersinonim dengan kelakuan, tingkah laku, perlakuan, perwatakan, resmi, pembawaan, fiil, canda, olah, tabiat, gaya, cara, sifat, telatah, gelagat, gerak-geri, tindak-tanduk, ambekan;,
Kata Terbitan : berperangai,

Puisi
 

Kalau kulurut padi di Daik,
     Pancang pulau jatuh terhempas;
Kalau kuturut perangai tak baik,
     Pasang tak penuh surut tak timpas.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Seberapa panjang sarung,
     begitulah panjang matanya.

Bermaksud :

Perangai (perkataan) yang baik atau jahat menunjukkan sedikit banyaknya ilmu seseorang. sarung = sarung keris atau sarung pisau.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaDayang mengurai semalam mandi, Tupai terjatuh tengah halaman; Perangai iblis jangan hampiri, Kerana iblis menggugur iman.
Kurik Kundi Merah SagaKalau kulurut padi di Daik, Pancang pulau jatuh terhempas; Kalau kuturut perangai tak baik, Pasang tak penuh surut tak timpas.
Kurik Kundi Merah SagaKalau duduk di atas kerusi, Sambil duduk berehat-rehat; Jangan dibawa perangai besi, Makin lama makin berkarat.
Kurik Kundi Merah SagaPenuh sebakul atap rumbia, Gugur jatuh bertindih-tindih; Sudah jadi resam dunia, Perangai insan suka memilih.
Kurik Kundi Merah SagaAnak dara di tebing sungai, Duduk menjerat ketam batu; Manis rupa elok perangai, Tolong pilih yang mana satu.
Kurik Kundi Merah SagaApa guna bunga raya, Kerana tidak berbau wangi; Apa guna rupa dan kaya, Kalau perangai tidak berbudi.
Kurik Kundi Merah SagaBuah timun dimakan landak, Buah mempelam di muka pintu; Tengok senyum katakan hendak, Memang perangai sudah begitu.
Kurik Kundi Merah SagaJika tuan memanting gambus, Gambus dipanting si burung pingai; Bukan tuan memaksa bagus, Kami memaksa budi perangai.
Kurik Kundi Merah SagaSaya dahulu duduk di Luku, Di kaki bukit keladi tumbang; Mana tempat abang nak malu, Rupa baik perangai kurang.

Kembali ke atas