Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.rang.kai] | ڤرڠکاي

Definisi : yg merangkaikan (meng­hubung­kan); kata ~ (Lin) kata depan, mis dari, di dan ke. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.rang.kai] | ڤرڠکاي

Definisi : sesuatu yg merangkaikan atau yg menghubungkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perangkai


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah perbezaan (adalah / ialah), (pembelajaran / pemelajaran), pengkayaan / pengayaan,Adalah/ialah kedua-duanya kata pemeri (unsur yg menjadi pemeri hal atau perangkai antara subjek dengan frasa-frasa utama dalam predikat. Pemerihalan secara persamaan (ekuatif) menggunakan kata pemeri ialah, sementara pemerihalan secara huraian(kualitatif) menggunakan adalah. Kata Pembelajaran dan pemelajaran daripada kata dasar ajar. pembelajaran –proses (kegiatan) belajar, sementara pemelajaran- proses mempelajari-belajar utk mengetahui sst. dengan mendalam. Kata pengayaan daripada kata dasar kaya, iaitu perihal (usaha, proses,dsb) mengayakan: iaitu menjadikan kaya(berharta atau berwang banyak). Tidak terdapat kata pengkayaan dalam bahasa Melayu. Harap maklum.Makna04.12.2006
Apakah pola ayat "Ahmad ialah guru"dan "Ahmad, guru" ? Adakah "ialah" termasuk Frasa Nama ?Ayat Ahmad ialah guru merupakan sebuah frasa nama. Perkataan ialah sahaja bukan frasa nama tetapi merupakan kata pemeri. Kata pemeri bermaksud unsur yang menjadi pemeri hal atau perangkai antara subjek dengan frasa-frasa utama dalam predikat. Kata pemeri ialah menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama, manakala kata pemeri adalah menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 263 dan 264.Tatabahasa18.01.2018
Penggunaan kata pemeri. Adakah simbol atau ialah simbol?

Soalan yang pihak tuan/puan ajukan tidak berapa jelas, walau bagaimanapun, menurut buku Tatabahasa Dewan kata pemeri ialah unsur  yang menjadi pemeri hal atau perangkai antara subjek  dengan frasa-frasa utama dalam predikat. Pemerihalan itu dapat dilakukan melalui dua cara , iaitu dengan penggunaan perkataan ialah dan adalah. Kata pemeri ialah digunakan untuk menunjukkan persamaan, iaitu bagi ayat yang berpola frasa nama dengan frasa nama, manakala kata pemeri adalah bagi menunjukkan huraian atau keterangan bagi ayat yang berpola frasa nama dengan frasa adjektif, dan frasa nama dengan frasa sendi nama.

Tatabahasa08.05.2018
Slm, Minta pihak tuan/puan mengesahkan ayat di bawah: 1)Apakah yang berlaku pada/kepada saya? 2) Jangka hayat manusia ialah/adalah... 3)Saya ditiup sampai/hingga ke sini TQUntuk soalan 1, ayat yang tepat ialah: Apakah yang berlaku kepada saya?
Untuk soalan 2, Kata pemeri ialah unsur yang menjadi pemeri hal atau perangkai antara subjek dengan frasa-frasa utama dalam predikat.  Kata pemeri "ialah" hadir di hadapan frasa nama, manakala kata pemeri "adalah" hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Oleh itu penggunaan kata pemeri ialah/adalah untuk ayat 2: (Jangka hayat manusia ialah/adalah...)  bergantung pada jenis frasa yang mengikuti ayat tersebut.
Untuk soalah 3, kedua-dua perkataan sampai dan hingga boleh digunakan silih berganti.
Tatabahasa17.06.2015
Apakah perbezaan antara "supaya" dengan "agar", contoh ayat, Menteri Pelajaran mengingatkan semua guru agar mereka perlu komited dalam menjalankan tugas serta mendidik pelajar dengan sepenuh hati. "agar" dalam contoh ayat di atas dikatakan salah. Apakah pilihan jawapan yang lebih sesuai, "supaya" ?? Bukankah "agar dan supaya" membawa maksud yang sama?"agar" dan "supaya" berfungsi sebagai kata perangkai yg menerangkan maksud ayat sebelumnya, dan digunakan dalam situasi yang sama, contohnya;  ia berpesan agar/supaya kami pandai-pandai membawa untung.
Jawapan sama ada betul atau salah hendaklah dirujuk kepada pembuat soalan. Bagi DBP kedua-duanya boleh digunakan kerana membawa maksud yang sama.
Tatabahasa08.10.2012
Adakah ayat di bawah ini betul? 1. Bunga raya Bunga Kebangsaan. 2. Bunga raya ialah Bunga Kebangsaan. Boleh berikan penjelasan mengapa kita perlu letak "ialah" sekiranya ayat 2 sahaja yang betul? Terima kasih.Salam sejahtera,

Ayat yang betul: Bunga raya ialah bunga kebangsaan.

"Ialah" merupakan kata pemeri yang menjadi pemerihal kepada predikat atau perangkai antara subjek dengan frasa-frasa utama dalam predikat. Kata pemeri "ialah" hadir di hadapan frasa nama.

Sekian, terima kasih.
Tatabahasa15.10.2018
Apa padanan yang sesuai bagi "bridge" dalam konteks muzik/lirik lagu? Soalan yang sama pernah ditanyakan oleh pengguna lain pada tahun 2017, namun takrif yang beliau berikan tidak begitu tepat mengenai "pause". Tiada jeda dalam bahagian "bridge", ia cuma mengandungi lirik dan/atau gaya muzik yang berbeza untuk menyambungkan bahagian-bahagian lagu yang lain (korus, instrumental, dll.), justeru ia dipanggil "bridge". Dengan konteks yang berikut, saya harap pihak DBP boleh berikan atau cadangkan padanan yang sesuai untuk perkataan tersebut. Terima kasih.Padanan bahasa Melayu bagi istilah bridge ialah perangkai. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam bidang muzik.Istilah25.06.2023
1. Bolehkah memulakan ayat dengan 'dengan' dan 'untuk'.? 2. Kenapa tidak boleh memulakan ayat dengan 'adalah' ? Sekian, terima kasih.

1. Sesuatu ayat boleh dimulakan dengan perkataan dengan dan untuk. Contoh:

i. Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa kerja gotong-royong akan dimulakan pada minggu hadapan.

ii. Untuk makluman tuan, kerja gotong royong akan dimulakan pada minggu hadapan.    

 2. Kata pemeri adalah tidak boleh digunakan pada permulaan ayat kerana kata pemeri adalah merupakan unsur yang menjadi pemeri hal atau perangkai antara subjek dengan frasa utama dalam predikat. Pemeri hal itu dilakukan secara huraian tentang subjek oleh predikat dan hanya boleh hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 263. 

Tatabahasa12.04.2009
“Antara barang yang kami beli di pasar raya itu ialah ….” Pasangan “antara – ialah” seperti dalam ayat ini kerap kita temukan dan saya juga menggunakannya. Benarkah penggunaan kata “ialah” dalam ayat ini SALAH? Jika benar, mengapa dan apa pula pasangan yang betul?

Penggunaan kata pemeri "ialah"   hadir di hadapan atau sebelum kata nama dalam sesuatu ayat. Misalnya:

(i) Antara perkara yang dibicarakan dalam buku itu ialah masalah moral negara.

(ii) Bahasa Melayu ialah salah satu bahasa yang tergolong dalam keluarga Austronesia.

Oleh yang demikian,  ayat saudara: Antara barang yang kami beli di pasar raya itu ialah ….”  betul penggunaannya mengikut tatabahasa bahasa Melayu. Hal ini, demikian kata "ialah" dalam ayat ini menjadi pemeri hal atau perangkai antara subjek dengan frasa-frasa utama dalam predikat.

Walau bagaimanapun, tidak tepat sekiranya sdr mengatakan  "antara-ialah" sebagai pasangan.  Terdapat juga perkataan "antara" - "dengan". Misalnya;

(i) Antara ilmu perubatan dengan ilmu biologi ada persamaannya.

Ayat sdr  seperti yang di atas dapat  juga dibina seperti berikut:

(ii)  Antara barang yang kami beli di pasar raya itu termasuk garam, gula, kopi, dan teh.

Sekiranya saudara ingin memahami  penggunaan kata sendi dan kata pemeri, sdr boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, terbitan DBP. 

Tatabahasa23.02.2009
Soalan 1 Yang mana betul? a) Banyak orang membanjiri stadium itu. b) Ramai orang membanjiri stadium itu. c) Orang ramai membanjiri stadium itu. Soalan 2 Yang mana betul? a) Ikan paus itu muncul di permukaan air untuk menyedut udara. b) Ikan paus itu muncul di permukaan air demi menyedut udara. Soalan 3 Bagaimanakah hendak menggunakan istilah baharu dan baru? Tolong sertakan beberapa contoh penggunaannya Soalan 4 Yang mana betul? a) Peluh keluar dari badan melalui kulit. b) Peluh keluar daripada badan melalui kulit. Soalan 5 Gariskan atau bulatkan jawapan yang betul. Tolong berikan penjelasan untuk setiap ayat di bawah. a)Faktor utama berlakunya kecelakaan jalan raya (adalah/ialah/-) disebabkan kecuaian pengguna jalan raya. b)Hukuman itu (adalah/ialah/-) tidak benar. c)Kejayaan kem itu (adalah/ialah/-) hasil usaha semua pihak. d)Keputusan rayuan itu (adalah/ialah/-) bergantung pada bukti-bukti yang dikemukakan. e)Kolej itu (adalah/ialah/-) merupakan kolej yang paling terkenal. Soalan 6 Dalam Bahasa Melayu, imbuhan ter- dan kata penguat sekali sudah menunjukkan darjah penghabisan. Justeru hanya salah satu sahaja boleh digunakan. Namun begitu, adakah istilah "terkenal" boleh diikuti dengan perkataan sekali sedangkan istilah terkenal tidak bermaksud paling? Soalan 7 Apakah perbezaan antara istilah agar dan istilah supaya? Tolong berikan beberapa contoh ayat yang menunjukkan penggunaan kedua-dua istilah tersebut.

1. Ketiga-tiganya betul - a) Banyak orang membanjiri stadium itu. b) Ramai orang membanjiri stadium itu. c) Orang ramai membanjiri stadium itu.  2. Yang betul - Ikan paus itu muncul di permukaan air untuk menyedut udara.  3. Baru dan baharukedua-duanya boleh digunakan, contoh ayat; Kereta baharu, Dia baru sampai dari Kuala Lumpur.  4. Yang betul - Peluh keluar daripada badan melalui kulit. 

5. Yang betul - a)Faktor utama berlakunya kecelakaan jalan raya ialah kecuaian pengguna jalan raya. b)Hukuman itu tidak benar. c)Kejayaan kem itu  hasil usaha semua pihak. d)Keputusan rayuan itu bergantung pada bukti-bukti yang dikemukakan. e)Kolej itu merupakan kolej yang paling terkenal.

6. Imbuhan ter- dan kata penguat sekali boleh digunakan. Oleh itu terkenal sekali boleh digunakan.  7. agar dan supaya berfungsi sebagai kata perangkai yg menerangkan maksud ayat sebelumnya, dan digunakan dalam situasi yang sama, contohnya;  ia berpesan agar/supaya kami pandai-pandai membawa untung.

Tatabahasa18.12.2008

Kembali ke atas