Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.rang.sang] | ڤرڠسڠ

Definisi : pasukan yg menyerang, peng­gempur, penyerbu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.rang.sang] | ڤرڠسڠ

Definisi : 1. sesuatu yg digunakan utk menimbulkan rangsang (perasaan marah, gembira, dll); memberi ~ memberi galakan; ubat ~ ubat yg membangkitkan rangsang; 2. kegusaran, kemarahan: ~ hasratnya begitu besar sehingga seluruh sarafnya menjadi gem­par; naik ~ menjadi marah (gusar); berangsang; serangsang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.rang.sang] | ڤرڠسڠ

Definisi : saraf itu mengalirkan ~ dr alat perasa masuk ke otak; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.rang.sang] | ڤرڠسڠ

Definisi : sesuatu yg dpt membangkitkan semangat, kemahuan dsb; dorongan; galakan: memberi ~ memberi galakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rangsang2
Kata Terbitan : berangsang, merangsang, rangsangan, perangsang, merangsang, perangsang,

Peribahasa

Memperdekatkan rabuk dengan api.

Bermaksud :

Memberi perangsang kepada sesuatu hal yang kurang baik, misalnya tentang pergaulan bebas.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Minta Kepastian semakan penggunaan Tema sesuatu program tanggungjawab sosial korporat, contohnya:- 1. "Buku Perangsang Minda" ("Books for mind stimulant") 2. "Kamus Perangsang Tatabahasa" (Dictionary for vacabulary stimulant" 3. "Masjid Perangsang Ummah" (Mosque for society stimulant"

'Buku Perangsang Minda' dan 'Masjid Perangsang Ummah' betul dan boleh diterima. Walau bagaimanapun, 'Kamus Perangsang Tatabahasa' tidak tepat kerana tatabahasa dalam bahasa Inggeris ialah grammar bukan vocabulary. Vocabulary merujuk kepada perbendaharaan kata. Kamus memberi makna perkataan dan tidak memberikan maklumat tentang tatabahasa.

Lain-lain13.04.2011
Salam sejahtera, Tuan/puan, Apakah perbezaan antara 2 perkataan ini, penyokong dan pendokongPenyokong ialah orang yang menyatakan persetujuan dan memberi perangsang dengan atau tanpa bantuan kebendaan, bantuan dan sebagainya. Manakala pendukung (bukan pendokong) ialah orang (persatuan dan sebagainya) yang mendukung (sesuatu cita-cita dan sebagainya), sesuatu yang menyokong (menjadi sumber kekukuhan dan sebagainya).Makna06.01.2013
Makna KarismaMakna karisma ialah kualiti (daya kepimpinan, daya penarik) atau sifat-sifat tertentu seseorang individu yg menjadikannya berupaya mempengaruhi atau menjadi perangsang kpd khalayak ramai. Untuk keterangan lanjut dan mengetahui makna sesuatu perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Makna23.09.2008
apakah maksud karisma? tolong jelaskanMakna karisma ialah kualiti (daya kepimpinan, daya penarik) atau sifat-sifat tertentu seseorang individu yg menjadikannya berupaya mempengaruhi atau menjadi perangsang kpd khalayak ramai.Makna02.01.2013
Adakah "usaha tangga kejayaan" diterima sebagai peribahasa?"Usaha tangga kejayaan" bukan termasuk dalam golongan peribahasa. Frasa ini ialah kata-kata slogan atau moto atau kata-kata perangsang yang mempunyai makna di sebaliknya.Lain-lain05.09.2016
apakah perbezaan antara“mengajak”dengan “menjemput” “sofian menjemput Ali pergi ke perpustakaan ”ayat ini betul tak?ribuan terima kasihMengajak bermaksud meminta atau menyilakan seseorang supaya turut pergi atau datang ke sesuatu tempat; mempelawa; mengundang: Kerana hujan lebat, dia ~ saya naik ke rumahnya. 2 memberi perangsang supaya mahu melakukan sesuatu: ~ berkelahi.

Menjemput pula menyambut, mengalu-alu, menyongsong: siapa yg pergi ~ abangmu di lapangan terbang petang ini?; jemputlah masuk; 2. mengajak atau menyilakan datang, mengundang: dia ~ ramai temannya ke majlis perkahwinannya; datanglah pula orang ~ Pak Lebai kerana hendak kenduri ber­khatam pengajian; 3. Mn mengambil se­seorang utk dijadikan menantu:

Dari segi makna, kedua-dua perkataan tersebut mempunyai makna yang sama. 
Makna14.06.2016
Persatuan Bahasa Malaysia sekolah saya ____ pakar bahasa dari Universiti Malaya untuk memberikan ceramah. mengajak/mengundang/mempelawa , yang manakah paling sesuai?? dan apakah perbezaan antara perkataan tersebut?Dari segi makna, ketiga-tiga perkataan tersebut mempunyai makna yang sama. 

Mengundang ialah mengajak atau mempersilakan seseorang datang; menjemput: Ia ~ lebih kurang 1000 orang ke majlis perkahwinan anaknya.

Mengajak bermaksud meminta atau menyilakan seseorang supaya turut pergi atau datang ke sesuatu tempat; mempelawa; mengundang: Kerana hujan lebat, dia ~ saya naik ke rumahnya. 2 memberi perangsang supaya mahu melakukan sesuatu: ~ berkelahi.

Mempelawa pula bermaksud meminta supaya ikut bersama atau datang; mengajak; mempersilakan: Dia ~ saya datang ke rumahnya.
Tatabahasa16.07.2013
Assalamualaikum.. 1) Adakah "usaha tangga kejayaan" termasuk dalam kumpulan peribahasa, bidalan, perumpamaan atau pepatah? Setakat pengetahuan saya, slogan tersebut termasuk dalam kata-kata hikmat..Minta pencerahan dari pihak tuan. Terima kasih
"Usaha tangga kejayaan" bukan termasuk dalam golongan peribahasa, bidalan, perumpamaan atau pepatah. Frasa ini merupakan kata-kata slogan atau moto atau kata-kata perangsang atau kata-kata motivasi yang mempunyai makna di sebaliknya.
Lain-lain16.08.2017
Assalamualaikum.. 1) Adakah "usaha tangga kejayaan" termasuk dalam kumpulan peribadi, bidalan, perumpamaan atau pepatah? Setakat pengetahuan saya, slogan tersebut termasuk dalam kata-kata hikmat..Minta pencerahan dari pihak tuan. Terima kasih
"Usaha tangga kejayaan" bukan termasuk dalam golongan peribahasa, bidalan, perumpamaan atau pepatah. Frasa ini merupakan kata-kata slogan atau moto atau kata-kata perangsang atau kata-kata motivasi yang mempunyai makna di sebaliknya.
Lain-lain16.08.2017

Kembali ke atas