Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.rang.sang] | ڤرڠسڠ

Definisi : pasukan yg menyerang, peng­gempur, penyerbu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.rang.sang] | ڤرڠسڠ

Definisi : 1. sesuatu yg digunakan utk menimbulkan rangsang (perasaan marah, gembira, dll); memberi ~ memberi galakan; ubat ~ ubat yg membangkitkan rangsang; 2. kegusaran, kemarahan: ~ hasratnya begitu besar sehingga seluruh sarafnya menjadi gem­par; naik ~ menjadi marah (gusar); berangsang; serangsang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.rang.sang] | ڤرڠسڠ

Definisi : saraf itu mengalirkan ~ dr alat perasa masuk ke otak; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.rang.sang] | ڤرڠسڠ

Definisi : sesuatu yg dpt membangkitkan semangat, kemahuan dsb; dorongan; galakan: memberi ~ memberi galakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rangsang2
Kata Terbitan : berangsang, merangsang, rangsangan, perangsang, merangsang, perangsang,

Peribahasa

Memperdekatkan rabuk dengan api.

Bermaksud :

Memberi perangsang kepada sesuatu hal yang kurang baik, misalnya tentang pergaulan bebas.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
stimulantbahan perangsang; perangsangFarmasiTiadaDrug yang menghasilkan peningkatan sementara pada aktiviti berfungsi suatu organ. Contohnya, bahan perangsang sistem saraf pusat, bahan perangsang kardiak, dan bahan perangsang pernafasan.
stimulantperangsang/stimulanHerbaTiadaHerba yang meningkatkan kewaspadaan, kesedaran, tenaga dan rasa kesejahteraan. Selain merangsang sistem saraf pusat, sebahagian besar perangsang juga meningkatkan aktiviti sistem saraf simpatetik dan menjana rasa euforia. Perangsang meningkatkan tekanan darah, kadar degupan jantung dan pernafasan serta digunakan terutamanya untuk mengubati asma dan masalah pernafasan lain. Herba ini boleh digunakan sebagai bahan santai. Perangsang juga cenderung disalahgunakan untuk meningkatkan ketahanan dan produktiviti serta mengurangkan selera makan. Contoh herba ini ialah kopi, teh, koko, ganja, ketum, candu dan biji pala.
mass diffusionresapan jisimKejuruteraanKejuruteraan KimiaResapan yang pergerakan atau pemindahan jisim dipengaruhi oleh perangsang fizikal atau luaran. Perangsang fizikal ini mungkin berpunca daripada kecerunan tekanan, kecerunan suhu, kecerunan kepekatan, dan daya aruhan luar, seperti daya graviti atau daya empar.
adenohypophysisadenohipofisisVeterinarPraklinikalLobus anterior kelenjar pituitari yang terdiri daripada pars tuberalis; pars distalis dan pars intermedia. Adenohipofisis merembeskan hormon pertumbuhan fibroblas; hormon perangsang tiroid; hormon perangsang folikel; hormon pelutinan; prolaktin; kortikotropin dan ß-endorfin.
achromatic stimulusperangsang tak kromaFizikOptikPerangsang penglihatan yang mampu menguja suatu warna tanpa rona.
stimulantperangsangFarmasiFarmakologiAgen yang meningkatkan fungsi suatu sistem tubuh. Contohnya, digoksin yang bertindak sebagai perangsang jantung.
immunostimulantperangsang imunPerikananAkuakulturTeknik atau bahan yang boleh merangsang peningkatan tindak balas imun dalam badan ikan. Contoh perangsang imun ialah vaksin, ekstrak yis atau vitamin C.
follicle stimulating hormonehormon perangsang folikelVeterinarPraklinikalHormon glikoprotein besar yang dirembeskan oleh sel gonadotropik dalam kelenjar pituitari anterior. Hormon perangsang folikel ini penting dalam pembiakan kerana merangsang kematangan folikel ovari dan penghasilan sperma oleh testis. Sinonim gonadotrophin.
colony-stimulating factor (CSF)faktor perangsang koloni (CSF)PerubatanTiadaKumpulan protein sitokin yang merangsang penghasilan sel darah putih tertentu dalam sumsum tulang. Protein ini terdapat di dalam badan secara semula jadi atau boleh dihasilkan di makmal. Ia digunakan jika berlaku kekurangan sel darah putih seperti pada pesakit yang mendapat rawatan kemoterapi. CSF merangkumi faktor perangsang koloni granulosit (G-CSF), faktor perangsang koloni makrofaj (M-CSF) dan faktor perangsang koloni granulosit-makrofaj (GM-CSF).
stimulantsperangsangPsikologiPsikologi UmumDadah yang boleh meningkatkan tenaga, kewaspadaan dan aktiviti. Dadah seperti amfetamina, metamfetamina dan kokain boleh meningkatkan paras neurotransmiter dopamina atau serotonin. Tindakan ini akan memanjangkan kesan bahan tersebut pada reseptor masing-masing. Neurotransmiter dopamina banyak mempengaruhi tingkah laku yang berkaitan dengan motivasi. Transmiter tersebut boleh menguatkan dorongan individu untuk terlibat dalam aktiviti seperti seksual, makan, perjudian dan permainan video. Selain itu, dadah ini juga boleh mengganggu aktiviti bahagian otak lain dengan menimbulkan kekeliruan, kebimbangan dan kebengkengan. Dadah ini boleh membawa beberapa akibat buruk kepada penggunanya seperti masalah paru-paru, jantung, kemurungan, kebimbangan dan kematian.
12345678910

Kembali ke atas