Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ran.ti] | ڤرنتي

Definisi : 1. alat, perkakas, pesawat: tatacara dan ~ optometri moden dapat membantu supaya pelihatan yg baik dapat dikekalkan; 2. syarat; 3. buat, bagi, untuk. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ran.ti] | ڤرنتي

Definisi : sesuatu yg diperlukan atau yg digunakan utk membuat (mengerjakan, menghasilkan) sesuatu; alat; perkakas. ~ input ist peranti yg membolehkan data (spt teks, gambar, bunyi) dr alam nyata dimasukkan ke dlm komputer. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata peranti


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1) Apakah perkataan yang sesuai untuk menggantikan istilah 'gadget'? 2) Apakah yang dimaksudkan dengan istilah 'peranti mudah alih'? 3) Adakah 'peranti mudah alih' , 'peranti elektronik' dan 'peranti digital' mempunyai maksud yang berbeza? Sekiranya berbeza, mohon bantuan untuk dijelaskan setiap maksud perkataan ini. Terima kasih.1. Padanan bagi gadget ialah alat atau alatan.
2. Peranti mudah alih ialah padanan bagi istilah mobile device.
3. Peranti mudah alih ialah peranti pengkomputeran dalam telefon pintar, komputer dan sebagainya. Peranti elektronik ialah komponen yang mengawal arus elektrik. Peranti digital ialah peranti yang mengandungi sistem digital seperti telefon pintar. Untuk mengenal pasti persamaan atau perbezaan ketiga-tiga peralatan ini, perlu merujuk pihak yang pakar, kamus hanya dapat memberi makna perkataan tanpa perincian yang jelas.
Istilah06.11.2019
Wearable technology dalam bahasa Melayu adakah "Peranti boleh pakai" atau "peranti boleh dipakai"?Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan untuk "wearable technology" ialah peranti boleh pakai atau alat boleh pakai.Istilah26.08.2016
Selamat sejahtera, Manakah yang sesuai digunakan bagi "connected to device"? "disambungkan ke peranti" atau "disambungkan kepada peranti"? Terima kasih.Frasa yang tepat ialah "disambungkan kepada peranti".Penyemakan dan penterjemahan15.04.2015
Tuan/Puan, Mohon pencerahan tentang ayat manakah yang betul untuk penggunaan dari/daripada: 1a) Dokumen tersebut telah dipadamkan daripada Google Drive dan semua peranti anda. 1b) Dokumen tersebut telah dipadamkan dari Google Drive dan semua peranti anda. 2a) Item yang disimpan dalam Google Photos akan dikeluarkan daripada semua peranti anda. 2b) Item yang disimpan dalam Google Photos akan dikeluarkan dari semua peranti anda. 3a) Terima pemberitahuan daripada app Google Cloud. 3b) Terima pemberitahuan dari app Google Cloud. 4a) Muat turun app ini daripada PlayStore. 4b) Muat turun app ini dari PlayStore. Adakah Google Drive, Google Cloud, Google Photos, PlayStore dan peranti pintar merujuk kepada tempat? Terima kasih kerana membantu.Google Drive, Google Cloud, Google Photos, PlayStore dan peranti pintar ialah perkhidmatan, sistem, aplikasi dan peranti.
Ayat yang betul ialah:
1. Dokumen tersebut telah dipadamkan dalam Google Drive dan semua peranti anda.
2. Item yang disimpan dalam Google Photos akan dikeluarkan daripada semua peranti anda. 
3. Terima pemberitahuan daripada aplikasi Google Cloud.
4. Muat turun aplikasi ini melalui PlayStore. 
Tatabahasa17.05.2023
Akta Pengangkutan Jalan 1987 ada digunakan istilah "peranti elektronik pelbagai guna". Mohon penjelasan adakah ''peranti elektronik pelbagai guna'' termasuk telefon pintar.Berdasarkan Kamus Dewan Perdana, maksud peranti ialah alat atau mesin untuk melaksanakan fungsi tertentu dan elektronik bermaksud alat seperti radio, televisyen dan komputer yang berkaitan dengan atau dikendalikan dengan komponen seperti mikrocip dan transistor yang mengawal arus elektrik. Berdasarkan istilah bahasa Melayu pula, pelbagai guna membawa maksud mempunyai lebih daripada satu penggunaan.

Oleh itu, berdasarkan maksud di atas telefon pintar juga termasuk sebagai peranti elektronik pelbagai guna.
Makna12.10.2021
mohon pencerahan terjemahan bagi Internet of Things (IoT) terdapat tiga jawapan yang dijumpai di Internet: 1) Internet untuk Segala-galanya 2) Peranti Internet Berhubung 3) Peranti Berhubung Internet terima kasihUntuk makluman, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan untuk "internet of Things" ialah Internet Benda.Istilah20.09.2016
Selamat sejahtera, tuan/puan. Maaf, saya ingin bertanya. Perkataan "hand free" jika diterjemahkan di dalam bahasa Melayu menjadi "peranti bebas tangan" atau "alat peranti bebas tangan"? Mohon penjelasan daripada pihak DBP. Sekian, terima kasih.Pihak kami mencadangkan "hands-free" diterjemahkan sebagai "bebas tangan". "Peranti bebas tangan" pula merupakan padanan bagi istilah "hands-free device".
 
Istilah17.08.2020
Adakah penggunaan Ianya penting dalam konteks ayat berikut betul? "Ianya penting untuk syarikat-syarikat yang mengeluarkan dan membangunkan peranti perubatan menggunakan prinsip etika dan sosial dan kualiti piawaian yang tertinggi dalam pengeluaran peranti untuk meminimumkan risiko keselamatan dan kos perubatan kepada pesakit"Perkataan "ianya" tidak boleh digunakan kerana kata "ia" dan 'nya" merupakan kata ganti nama diri orang ketiga dan tidak boleh disekalikan/digabungkan penggunaannya.  Ayat tersebut boleh dibetulkan menjadi, "Ia penting untuk syarikat-syarikat yang mengeluarkan dan membangunkan peranti perubatan menggunakan prinsip etika dan sosial dan kualiti piawaian yang tertinggi dalam pengeluaran peranti untuk meminimumkan risiko keselamatan dan kos perubatan kepada pesakit"Tatabahasa30.04.2019
Saya ingin mengetahui apakah perkataan bahasa Melayu untuk 'device'? Adakah alat, atau peranti?Perkataan bahasa Melayu untuk "device" ialah peranti.Makna13.08.2014
Assalamualaikum. Saya kurang jelas dengan penterjemahan yang tepat bagi frasa "peripheral patent". "Peripheral" menurut laman web DBP adalah "peranti persisian", tetapi tiada carian internet / kamus dijumpai bagi frasa "paten peranti persisian", sedangkan ada carian internet dijumpai bagi "paten perisian". Mohon khidmat nasihat tuan/puan. Terima kasih.Terjemahan bagi perkataan peripheral patent masih belum wujud dalam data kami, ini merupakan cadangan terjemahan yang sesuai bagi peripheral patent ialah paten peranti persisian.Makna15.09.2020
123456

Kembali ke atas