Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ran.ti] | ڤرنتي

Definisi : 1. alat, perkakas, pesawat: tatacara dan ~ optometri moden dapat membantu supaya pelihatan yg baik dapat dikekalkan; 2. syarat; 3. buat, bagi, untuk. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ran.ti] | ڤرنتي

Definisi : sesuatu yg diperlukan atau yg digunakan utk membuat (mengerjakan, menghasilkan) sesuatu; alat; perkakas. ~ input ist peranti yg membolehkan data (spt teks, gambar, bunyi) dr alam nyata dimasukkan ke dlm komputer. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata peranti


Ujian

PERKATAANPADANANBIDANGHURAIAN
silicon electronics  Bidang ilmu sains dan teknologi yang berkaitan dengan penggunaan bahan semikonduktor silikon dalam pembuatan peranti elektronik. Peranti silikon yang paling ringkas terdiri daripada sambungan bahan semikonduktor jenis-n dan jenis-p. Ratusan ribu transistor kecil bersaiz mikro dapat dibina di atas satu kepingan wafer silikon dengan menggunakan teknik litografi bagi menghasilkan mikrocip. Contoh peranti elektronik silikon ialah diod, transistor, diod pemancar cahaya, sel suria, dan mikrocip.
plastic electronic device  Alat elektronik yang bahan aktifnya terdiri daripada plastik, termasuk bahan polimer pengkonduksi. Peranti ini boleh lentur dan ringan serta dapat difabrikasi dengan kos yang rendah berbanding dengan peranti elektronik tradisi yang difabrikasi daripada bahan semikonduktor bukan organik. Contohnya, sel suria plastik yang difabrikasi pada permukaan bersaiz besar dan boleh gulung.
photovoltaic  Keupayaan peranti untuk menjana voltan elektrik apabila didedahkan kepada cahaya atau sinaran elektromagnet. Peranti tersebut dinamakan sel fotovoltan atau sel suria kerana berupaya menukar cahaya matahari secara terus kepada kuasa elektrik. Peranti sel fotovoltan yang paling ringkas diperbuat daripada gabungan dua bahan berlainan sifat elektrik yang diapit oleh dua elektrod. Salah satu daripada elektrod itu lut sinar. Contoh sel fotovoltan ialah sambungan p-n bahan semikonduktor silikon. Sel fotovoltan yang dibuat daripada bahan berstruktur nanometer seperti nanowayar atau bintik kuantum, dijangka mempunyai kecekapan yang tinggi.
field effect transistor (FET)  Transistor yang bergantung pada medan elektrik untuk mengawal kekonduksian arus dalam peranti semikonduktor. Dalam peranti ini, punca disambung pada tapak dan voltan dikenakan antara get dengan sumber yang akan memodulatkan arus antara sumber dengan saliran. Kawalan arus terdiri daripada dua mod, iaitu mod penguat dan mod penyusutan. Bagi mod penguat, voltan dikenakan kepada get bagi menambahkan aliran arus daripada sumber ke saliran dan dikenali sebagai OFF. Manakala mod penyusutan pula dikenali sebagai ON dengan voltan dikenakan untuk mengurangkan aliran arus daripada sumber ke saliran. FET digunakan sebagai suis elektronik seperti dalam pemprosesan komputer.
electronic nose  Peranti untuk mengecam bau komponen tertentu dan menganalisis kandungan kimianya bagi pengenalan sumber bau tersebut. Peranti ini meniru sistem hidung sebenar yang terdiri daripada susun atur sensor kimia dan sistem pengecaman corak yang menggunakan rangkaian neural buatan. Peranti ini digunakan secara meluas untuk mengawal kualiti dalam industri makanan, minuman dan kosmetik. Penggunaan lain ialah pengesanan bau bagi penyakit tertentu dalam diagnosis perubatan dan pengesanan kebocoran gas dan pencemaran alam sekitar.
nanoflash memory device  Alat yang serupa dengan MOSFET. Peranti ini terdiri daripada tiga terminal, dua daripadanya ialah get tersusun di atas satu sama lain. Elektrod teratas merupakan get kawalan, manakala elektrod di bawah ialah get terapung yang terganding secara kapasitif dengan get kawalan. Operasi sel ingatan melibatkan peletakan cas atau pembuangan cas pada get terapung, berpadanan dengan dua paras logik. Peranti ini menggunakan nanozarah tunggal atau berganda sebagai unsur penyimpanan cas.
soft molecule electronics  Bidang ilmu sains dan teknologi yang berkaitan dengan pembuatan peranti elektronik menggunakan satu atau lebih filem tipis molekul kecil atau polimer. Berbeza dengan peranti elektronik silikon yang dibina di atas wafer silikon yang keras, komponen peranti elektronik lembut dapat disusun atas permukaan substrat yang dapat lentur seperti kepingan kertas atau plastik. Contoh peranti elektronik lembut ialah diod, transistor, diod pemancar cahaya, sel suria, bateri dan akhbar elektronik.
soft molecule  Molekul tunggal bahan organik atau organo-logam yang dapat berfungsi sebagai satu komponen peranti elektronik, seperti suis, transistor dan diod. Komponen peranti ini dapat dipasang pada permukaan lembut seperti kepingan kertas atau plastik. Peranti yang dibina ini bersifat boleh lentur.
nanoelectromechanical device  Alat bersaiz nano yang menggunakan gabungan sistem mekanik dan elektronik. Peranti ini digunakan sebagai sensor, nanopam, pemecut dan pelbagai kegunaan dalam bidang elektronik dan perubatan.
microelectromechanical device  Alat bersaiz mikro yang menggunakan gabungan sistem mekanik dan elektronik. Peranti ini digunakan sebagai sensor, mikropam, pemecut dan pelbagai kegunaan dalam bidang elektronik dan perubatan. Lihat juga sistem mikroelektromekanik (MEMS).
12345678

Kembali ke atas