Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ran.ti] | ڤرنتي

Definisi : 1. alat, perkakas, pesawat: tatacara dan ~ optometri moden dapat membantu supaya pelihatan yg baik dapat dikekalkan; 2. syarat; 3. buat, bagi, untuk. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ran.ti] | ڤرنتي

Definisi : sesuatu yg diperlukan atau yg digunakan utk membuat (mengerjakan, menghasilkan) sesuatu; alat; perkakas. ~ input ist peranti yg membolehkan data (spt teks, gambar, bunyi) dr alam nyata dimasukkan ke dlm komputer. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata peranti


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PLANETARIUM

Planetarium ialah peranti yang menunjukkan

perubahan kedudukan matahari, bulan, bintang, dan

planet dengan cara mengunjurkan cahaya ke dalam

kubah. Bangunan yang mengandungi peranti ini

dikenali sebagai planetarium. Bangunan ini dapat

berdiri sendiri atau merupakan sebahagian daripada

bangunan muzium, sekolah, atau universiti.

Perkataan planetarium juga membawa erti peranti

yang menunjukkan pergerakan planet mengelilingi

matahari.

UMUM 
ALAT PENDENGARAN

Alat pendengaran ialah sejenis peranti yang

dapat mempertingkat daya pendengaran.

Ramai orang yang mengalami kecacatan

pendengaran bergantung pada peranti ini.

UMUM 
PAM

Pam ialah sejenis peranti yang menggerakkan

atau memadatkan cecair dan gas. Pam digunakan

dalam pelbagai jenis mesin dan peranti lain,

termasuklah dalam sistem pemanas rumah, peti

sejuk, telaga minyak dan perigi, dan enjin turbojet

dan kereta. Bendalir (sama ada gas atau cecair)

yang digerakkan oleh pam termasuk udara untuk

mengembungkan tayar basikal hinggalah kepada

cecair natrium dan cecair kalium untuk

menyejukkan reaktor nuklear. Kebanyakan pam

dibuat daripada keluli, tetapi ada juga yang

dibuat daripada kaca atau plastik. Pam gas juga

dikenali sebagai pemampat, kipas, atau

penghembus.

UMUM 
METER CONDONG

Meter condong ialah peranti untuk mengukur

sudut yang terbentuk satah ufuk. Meter ini mungkin

merupakan jarum bermagnet yang digunakan untuk

mengukur sudut di antara satah dengan medan

magnet bumi, ataupun peranti mekanikal untuk

mengukur sudut yang dibuat oleh pesawat udara.

UMUM 
STEREOSKOP

Stereoskop ialah sejenis peranti pandang optik

yang menjadikan gambar seolah-olah mempunyai

tiga dimensi. Kamera biasa hanya melihat benda

dalam bentuk permukaan yang rata dan tidak

sepertimana mata kita melihat benda. Walau

bagaimanapun, dua kamera yang diletakkan tidak

jauh daripada satu sama lain boleh bertindak

seperti mata kita. Kamera ini boleh mengambil

gambar objek yang sama pada waktu yang sama.

Kedua-dua gambar ini diletakkan bersebelahan dan

dilihat melalui satu peranti yang dikenali sebagai

stereoskop. Kedua-dua pandangan ini memasuki

mata tanpa menyakitkannya dan imej mental yang

terhasil kelihatan seperti tiga dimensi. Individu

yang menggunakan stereoskop boleh melihat

sekeliling semua benda.

UMUM 
SNIPERSKOP

Sniperskop ialah peranti elektronik yang dapat

digunakan untuk membidik raifal dengan tepat

pada waktu malam. Ahli sains Amerika mencipta

sniperskop ketika Perang Dunia II (1939–1945)

untuk membolehkan pasukan tentera berjuang

dengan lebih berkesan pada waktu malam.

Sniperskop telah diganti dengan starlight skop

yang dicipta pada tahun 1963 dan digunakan buat

pertama kalinya ketika Perang Vietnam. Angkatan

tentera dan polis bukan sahaja menggunakan

starlight skop untuk menembak pada waktu

malam, malah semasa meronda di tempat yang

gelap. Askar-askar menggunakan peranti ini pada

senjata yang lebih besar seperti meriam dan

pelancar misil serta juga senapang.

UMUM 
PAIP HABA

Paip haba ialah peranti yang memindahkan banyak

haba dari satu tempat ke tempat lain pada suhu yang

agak malar. Paip haba boleh memindahkan lebih

banyak haba per unit keluasan daripada pengalir

logam yang terbaik, termasuk tembaga dan perak.

Tidak seperti kebanyakan peranti pemindah haba,

paip haba tidak memerlukan sumber kuasa luar. Ciri

ini menjadikan tenaga lebih cekap dan lebih jimat.

UMUM 
TRANSISTORPeranti elektronik yang bertindak sebagai perintang boleh ubah yang dapat mengawal arus dan beza keupayaan dalam suatu litar elektronik.FIZIKAlat/Alatan
PENDULUM

Peranti yang terdiri daripada satu objek terampai dari satu titik tetap yang berayun ke belakang dan ke hadapan pada kadar biasa di bawah pengaruh graviti.

FIZIKAlat/Alatan
TERMOGANDINGAN

Termogandingan ialah peranti elektrik yang

menukarkan haba kepada tenaga elektrik atau

tenaga elektrik kepada haba. Termogandingan

dibuat dengan memintal hujung dua dawai

berlainan jenis, seperti besi dan tembaga, untuk

membentuk simpangan . Hujung yang satu lagi juga

dipintal untuk membentuk satu lagi simpangan.

Jika satu simpangan dipanaskan, ammeter yang

disambungkan kepada satu daripada dawai di

antara simpangan akan menunjukkan pengaliran

arus termoelektrik (dijana oleh haba).

UMUM 
12345

Kembali ke atas