Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ran.ti] | ڤرنتي

Definisi : 1. alat, perkakas, pesawat: tatacara dan ~ optometri moden dapat membantu supaya pelihatan yg baik dapat dikekalkan; 2. syarat; 3. buat, bagi, untuk. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ran.ti] | ڤرنتي

Definisi : sesuatu yg diperlukan atau yg digunakan utk membuat (mengerjakan, menghasilkan) sesuatu; alat; perkakas. ~ input ist peranti yg membolehkan data (spt teks, gambar, bunyi) dr alam nyata dimasukkan ke dlm komputer. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata peranti


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
logic elementunsur logikKejuruteraanTiada1. Peranti yang melakukan fungsi logik, misalnya get atau flip-flop, atau kadangkala gabungan peranti-peranti yang dianggap sebagai satu entiti.,2. Lambang-lambang yang mempunyai makna logik.
electronicselektronikKimiaTiadaCabang sains yang berkaitan dengan kajian dan penggunaan peranti-peranti elektron, seperti tiub elektron, transistor dan diod.
passivepasifKejuruteraanTiada1. Komponen lengai yang dapat mengawal, tetapi tidak mengeluarkan atau menguatkan tenaga.,2. Peranti-peranti yang beroperasi dengan kuasa isyarat semata-mata.,yang tidak berkeupayaan menjana kuasa atau penguatan.,4. Sifat peranti yang tidak menyumbangkan tenaga kepada isyarat yang melaluinya.
pipelinetalian paipKejuruteraanTiadaSebatang paip yang tersambung kepada injap-injap dan peranti-peranti kawalan yang lain, untuk mengalirkan cecair, gas dan pepejal halus.
push-pull amplifieramplifier tolak tarikKejuruteraanTiadaAmplifier terimbang yang menggunakan dua tiub elektron atau peranti-peranti penguatan yang serupa, yang berfungsi dalam fasa yang berlawanan.
cross channel switchingpensuisan saluran silangKejuruteraanTiadaCiri pilihan yang membolehkan capaian atur cara terus ke peranti-peranti masukan/keluaran melalui dua saluran.
data busbas dataKejuruteraanTiada1. Bas yang membawa data di antara unit pemprosesan pusat dan ingatan dengan peranti-peranti persisian.
control boardpapan kawalanKejuruteraanTiadaPanel tempat meter dan alat-alat penunjuk yang lain memaparkan keadaan sistem, sementara dail, suis dan peranti-peranti lain digunakan untuk mengubah suai litar bagi mengawal sistem. Sinonim: panel kawalan.
control busbas kawalanKejuruteraanTiadaSatu set sambungan pada mikro komputer yang membawa isyarat kawalan di antara unit pemprosesan pusat, ingatan dan peranti-peranti masukan/keluaran.
platinumplatinumKejuruteraanTiadaLogam mulia berwarna kekelabu-kelabuan, dan bersifat lembut, mulur dan boleh tempa, mempunyai rintangan elektrik yang agak tinggi dan digunakan dalam aloi, peranti-peranti elektrik dan elektronik, dan dalam barang-barang kemas.
12345678910...

Kembali ke atas