Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ra.ra.kan]/[pe.ra.ra/.kan]/ | ڤرارقن

Definisi : 1. iring-iringan yg mengarak sesuatu, pawai: ~ tidak dapat dibawa kerana hujan; 2. usungan (kereta dll) utk mengarak: Raden Inu pun menyambut isterinya naik ke atas ~; 3. kumpulan orang yg berarak: ~ itu diketuai oleh Yang Dipertua Negeri Melaka; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ra.ra.kan]/[pe.ra.ra/.kan]/ | ڤرارقن

Definisi : perbuatan atau hal berarak: ~ Maulud Nabi telah disertai oleh beribu-ribu orang umat Islam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perarakan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera. Ayat 1: Tamanah hendak melihat perarakan. Ayat 2: Perarakan sudah tamat. Jika ayat 1 dan 2 digabungkan, maka ayat berikut yang manakah betul? Atau kedua-duanya betul? Ayat majmuk 1: Tamanah hendak melihat perarakan tetapi sudah tamat. Ayat majmuk 2 : Tamanah hendak melihat perarakan tetapi perarakan sudah tamat. Terima kasih.Tamanah hendak melihat perarakan tetapi perarakan sudah tamat.Tatabahasa29.07.2013
Salam sejahtera. 1. “Azman hendak melihat perarakan tetapi sudah tamat”,”Azman hendak melihat perarakan tetapi perarakan sudah tamat”. Ayat manakah yang betul? Adakah perkataan ‘perarakan’ diperlukan selepas ‘tetapi’? 2.Dalam bahasa Malaysia, kata kerja transitif “men...kan” diikuti oleh objek manakala “men...i” diikuti oleh manusia. Sebagai contoh, “Bapa menghadiahi Ali sebuah buku”,”Bapa menghadiahkan sebuah buku kepada Ali”. Akan tetapi, terdapat sesetengah ayat yang tidak mengikut hukum tersebut. Contohnya, “Mereka menguasai sektor ekonomi”,”Peluru mengenai sasaran”. Apakah yang menyebabkan keadaan ini berlaku? 3.Dalam kesusasteraan Melayu lama, terdapat perkataan “sekalian peristiwa”. Apakah maksud sebenar yang didukung oleh perkataan tersebut? 4. Apakah cara penulisan yang paling sesuai untuk kata bilangan berangka seperti kedua(ke-2), kelima puluh(ke-50) dalam tulisan rasmi? Adakah tanda sempang(-) dengan angka mesti digunakan ataupun tulisan dalam perkataan sudah memadai? 5. Penulisan kata bilangan ke-56 ditulis dalam bentuk “kelimapuluh enam” ataupun “kelima puluh enam”?

Jawapan

1.   Kedua-dua ayat adalah betul. Akan tetapi ayat pertama lebih gramatis, iaitu tidak perlu mengulangi perkataan “perarakan

2.   Bukan semua kata kerja transitif “men...kan” dan “men...i” harus mengikut peraturan tersebut.  Sila lihat buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 207:

(II) Bagi kata kerja tertentu, perbezaan penggunaan apitan meN- ... –kan dan meN-...-i adalah dari segi jenis objek tepat yang boleh mengikutinya, iaitu apitan meN-...-kan lazimnya menerima objek tidak bernyawa dan apitan men-...-i menerima objek yang bernyawa.  Contohnya:

a.       Ali memberi kucing makanan

b.      Ali memberikan makanan kepada kucing.

 

Apabila disebut bagi kata kerta tertentu bermaksud bukan semua kata kerja.  Banyak kata kerja berapitan men...i yang tidak diikuti oleh objek bernyawa:

-Mereka cuba melupai peristiwa itu

-Hujan membasahi jemurannya.

-Air hujan memasuki rumah kami.

            Untuk lebih faham, sila rujuk Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 202 -208.

 

3.   “Sekalian peristiwa” bermaksud semua peristiwa atau keseluruhan peristiwa.

4.   Penulisan angka boleh digunakan dengan ejaan penuh atau ditulis angka sahaja dalam tulisan rasmi.  Walau bagaimana pun mengikut buku Gaya Dewan apabila menulis dalam ayat, bilangan 1 hingga 9 dieja penuh, (seperti satu, dua....sembilan).  Manakala bilangan 10 dan ke atas ditulis dengan angka (10, 12, 20, 31, 105 dsb). Jadi apabila ditambah ke, menjadi kedua, kelapan, ke-10, ke-50. Akan tetapi jika bukan dalam ayat,  seperti tajuk atau nama khas sesebuah program atau majlis, boleh ditulis dengan angka sahaja walaupun bilangan itu kurang daripada 10.  Contohnya “Anugerah Enovasi Ke-8”.

5.   Kelima puluh enam

Lain-lain30.10.2014
apakah ayat yang sesuai digunakan untuk menggambarkan perarakan kumpulan akademik masuk dalam dewan sempena majlis konvokesyen? a. perarakan pawai akademik a b. perarakan akademik c. pawai akademik

Kami mencadangkan perarakan masuk kumpulan akademik sebagai “perarakan ahli akademik”.

Lain-lain20.09.2022
Soalan-soalan untuk Khidmat Nasihat DBP 1. Bagaimanakah pemenggalan suku kata ‘perarakan’? 2. Apakah sebutan ‘perarakan’? 3. Bagaimanakah pemenggalan suku kata ‘perempuan’? 4. Apakah sebutan ‘perempuan’? 5. Bagaimanakah pemenggalan suku kata ‘menguek’? 6. Apakah sebutan ‘menguek’? 7. Bagaimanakah pemenggalan suku kata ‘berada’? 8. Apakah sebutan ‘berada’? 9. Bagaimanakah pemenggalan suku kata ‘mengambil’? 10. Apakah sebutan ‘mengambil’? 11. Bagaimanakah pemenggalan suku kata ‘mengalir’? 12. Apakah sebutan ‘mengalir’? 13. Bagaimanakah pemenggalan suku kata ‘mengutip’? 14. Apakah sebutan ‘mengutip’? 15. Bagaimanakah pemenggalan suku kata ‘mengayuh’? 16. Apakah sebutan ‘mengayuh’? 17. Bagaimanakah pemenggalan suku kata ‘menyanyi’? 18. Apakah sebutan ‘menyanyi’? 19. Bagaimanakah cara menulis ‘mari oh ke mari/ kemari’? 20. Yang manakah betul: ‘boleh melihat’ atau ‘boleh lihat’? 21. Yang manakah betul: ‘dapat melihat’ atau ‘dapat lihat’? 22. Bolehkah ayat dimulakan dengan perkataan ‘di’? (Di desa ada sungai. Di dalam beg ada buku.)

1.    1.Sila rujuk cara pemenggalan dan sebutan suku kata bagi perkataan tersebut di lampiran.

2. Ejaan yang betul ialah "ke mari", dieja terpisah.

3. Perkataan "boleh melihat", "boleh lihat", "dapat melihat" dan "dapat lihat" betul dan boleh digunakan berdasarkan kesesuaian konteks penggunaan dalam ayat.

4. Kedua-dua ayat tersebut betul: "Di desa ada sungai." dan "Di dalam beg ada buku."

 

1.   


Ejaan17.04.2024
Assalamualaikum wbt. Saya nak tau tentang suku kata bagi perarakan. Untuk highlight dalam buku bacaan. Per a ra kan atau pe ra ra kan. Ayatnya - Perarakan diadakan di padang.Salam sejahtera, Suku kata Perarakan ialah PER-ARAK-AN. Sekian, terima kasih.Tatabahasa09.05.2020
Mohon cadangan bagi nama Pertandingan Perarakan Beroda Tanpa Enjin (Parade Of Wheels) yang menarikDBP mencadangkan pihak puan memberikan nama pertandingan dalam bahasa Melayu sepenuhnya mengikut konsep yang ingin ditonjolkan. Sebaik-baiknya nama pertandingan tersebut turut menggambarkan citra Malaysia. Lain-lain05.09.2018
Salam sejahtera. Adakah ayat-ayat di bawah ini betul? 1. Mereka diarah oleh pihak polis supaya bertinggung. 2. Mereka beruniform semasa menyertai perarakan. 3. Bola lisut tidak popular di negara kita. 4. Penjaja itu membawa buntil yang berisi barang ke pasar untuk dijaja. Terima kasih.1. Mereka diarah oleh pihak polis supaya bertinggung. (Betul)
 
2. Mereka beruniform semasa menyertai perarakan. (Betul)

3. Bola lisut tidak popular di negara kita.
Permainan bola lisut kurang popular di negara kita.


4. Penjaja itu membawa buntil yang berisi barang ke pasar untuk dijaja. (Betul)
Tatabahasa17.01.2013
Salaam. Saya ingin tahu istilah dalam bahasa Melayu bagi 'flower girl' (dalam majlis perkahwinan). Terima kasih.

'Flower girl' ialah gadis yang membawa bunga dalam perarakan perkahwinan. Mereka digelar gadis bunga.

Makna18.06.2008
1. Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan "mengikut" dengan betul. I. Kenderaan berat tidak dibenarkan mengikut laluan itu. II. Asri memetik jari mengikut alunan muzik. III. Zahari mengikut sahaja apa-apa arahan majikannya. IV. Syahirah mengikut jawapan rakannya semasa ujian itu. A. I, II dan III sahaja B. I, III dan IV sahaja C. II, III dan IV sahaja D. I, II dan IV sahaja Terima kasih.Ayat tersebuat semua betul. Makna mengikut ialah 1. pergi bersama-sama dgn, menurut, mengiring, menyertai (di belakang): budak itu ~ ayahnya ke hutan memikat burung; ramai budak yg ~ perarakan itu; 2. meniru, mencontohi: kanak-kanak biasanya mudah ~ kelakuan ibu bapanya; tahun ini ramai orang kampung yg ~ Amin menanam padi dua kali setahun; 3. mematuhi (perintah, nasihat, dll), menganut (ajaran, faham): dgn mudah, kedua-dua orang itu ~ perintah saya; sebahagian besar penduduk negeri itu ~ Mazhab Syafii; 4. melalui (jalan dll): orang kampung itu pergi ke bandar terpaksa ~ sungai dgn menggunakan perahu; dia sampai dahulu kerana dia ~ jalan yg dekat; 5. menurut, sesuai dgn, selaras dgn: contoh jentera yg dibuat ~ skala 1 inci; ~ teori Darwin, manusia itu berasal drpd beruk; suaranya keluar teratur ~ irama muzik; ~ hati menurut kehendak hati; ~ jejak meniru perbuatan orang yg dahulu; ~ telunjuk mematuhi, ikut telunjuk; bagai tekukur ~ kata prb anak angkat yg mengikut kata (dapat diperlakukan sesuka hati oleh ibu atau bapa angkat).Tatabahasa12.04.2010

Kembali ke atas