Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ra.ra.kan]/[pe.ra.ra/.kan]/ | ڤرارقن

Definisi : 1. iring-iringan yg mengarak sesuatu, pawai: ~ tidak dapat dibawa kerana hujan; 2. usungan (kereta dll) utk mengarak: Raden Inu pun menyambut isterinya naik ke atas ~; 3. kumpulan orang yg berarak: ~ itu diketuai oleh Yang Dipertua Negeri Melaka; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ra.ra.kan]/[pe.ra.ra/.kan]/ | ڤرارقن

Definisi : perbuatan atau hal berarak: ~ Maulud Nabi telah disertai oleh beribu-ribu orang umat Islam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perarakan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERARAKAN DANDI

Perarakan Dandi ialah perarakan yang

dilakukan oleh pemimpin nasionalis India,

Mohandas Gandhi, dan pengikut-pengikutnya

pada tahun 1930. Pada 12 Mac tahun tersebut,

Gandhi bersama-sama 78 orang pengikutnya

memulakan perarakan 24 hari dari Sabarmati

Ashram, berhampiran Ahmadabad, melalui

kampung-kampung Gujarat hingga ke laut di

Dandi, iaitu sejauh lebih kurang 380 kilometer.

UMUM 
PERBARISAN

Perbarisan ialah kawat awam atau perarakan

bagi menghormati sesuatu perayaan tertentu.

Suasana perbarisan berbeza, sama ada untuk

bersuka-suka atau memberi penghormatan.

Anggota angkatan tentera sering berkawat pada

hari cuti bagi menunjukkan kekuatan, suasana,

peralatan, dan kemahiran. Kebanyakan

perbarisan adalah peristiwa berwarna-warni

dengan pentas bergerak, kumpulan muzik,

berpakaian cerah dan haiwan yang terlatih.

UMUM 
KARNIVAL

Karnival ialah pesta yang melibatkan nyanyian,

tarian dan permainan muzik, dan perarakan jalanan

yang bising dan berwarna-warni.

UMUM 
REBANA

REBANA, alat muzik tradisi Melayu jenis gendangan yang tergolong dalam kategori membranofon (membronophone). Alat muzik ini mempunyai kerangka yang bulat yang diperbuat daripada kayu dan sebelah mukanya ditutupi oleh kulit binatang. Rebana berbunyi lantang. Ianya berfungsi untuk mengiringi persembahan tarian dan nyanyian Melayu tradisi atau sesuatu upacara perarakan rasmi. Biasanya atal muzik ini dimainkan secara berkumpulan atau berpasangan.

BUDAYAAlat/Alatan
SEVEN SLEEPERS OF EPHESUS

Seven Sleepers of Ephesus , menurut legenda

purba, ialah tujuh remaja beragama Kristian yang

telah melarikan diri ke kawasan pergunungan

berhampiran Ephesus di Asia Kecil, untuk

menyelamatkan diri daripada penganiayaan oleh

Maharaja Decius pada tahun 251 M. Orang yang

mengejar mereka telah menemui tempat

persembunyian mereka dan menyekat jalan masuk

ke situ. Dua ratus tahun kemudian, seorang

penggembala terserempak dengan gua tersebut

dan menemui ketujuh-tujuh remaja tersebut

sedang nyenyak tidur. Apabila dia

mengejutkannya, mereka mengatakan bahawa

mereka baru tidur  satu malam sahaja. Salah

seorang daripada mereka pergi ke Ephesus untuk

mencari makanan dan membayar dengan

menggunakan duit syiling yang berusia 200 tahun.

Remaja itu telah ditangkap kerana disyaki sebagai

pencuri harta karun. Walau bagaimanapun,

Maharaja Theodosius II percaya bahawa satu

keajaiban telah berlaku dan membawa remaja itu

dalam satu perarakan besar-besaran ke gua

tersebut. Kemudian, dia membina sebuah gereja

dan kawasan perkuburan yang besar di situ

sebagai memperingati peristiwa itu. Ketujuh-tujuh

lelaki itu hidup tidak lama. Kesemuanya meninggal

dunia pada masa yang sama dan dikebumikan di

tempat mereka pernah tidur.

UMUM 

Kembali ke atas