Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ra.ra.kan]/[pe.ra.ra/.kan]/ | ڤرارقن

Definisi : 1. iring-iringan yg mengarak sesuatu, pawai: ~ tidak dapat dibawa kerana hujan; 2. usungan (kereta dll) utk mengarak: Raden Inu pun menyambut isterinya naik ke atas ~; 3. kumpulan orang yg berarak: ~ itu diketuai oleh Yang Dipertua Negeri Melaka; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ra.ra.kan]/[pe.ra.ra/.kan]/ | ڤرارقن

Definisi : perbuatan atau hal berarak: ~ Maulud Nabi telah disertai oleh beribu-ribu orang umat Islam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perarakan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
taboitaboiKesusasteraanTiadaPersembahan perarakan di Sumatera Barat untuk mengenang kembali Peperangan Karbala. Peperangan ini mengorbankan Hasan dan Husain, cucu Nabi Muhammad SAW. Perkataan taboi merujuk kepada tabut, iaitu batu-batu nisan kecil yang diusung semasa perarakan meraikan kesyahidan Hasan dan Husain di India. Persembahan ini diadakan sekitar sepuluh hari pertama bulan Muharam.
Salt MarchPerarakan GaramSejarahTiadaTiada
pageantpageanKesusasteraanTiadaPerarakan yang hebat, pameran atau suatu siri tablo yang terdapat dalam drama pendek untuk memperingati peristiwa sejarah yang penting. Penumpuannya adalah kepada kostum yang mewah serta hebat dan biasanya tanpa dialog. Pada asalnya, pagean merujuk kepada pentas bergerak yang digunakan sebagai tempat untuk melakonkan drama mukjizat di Eropah pada abad pertengahan. Lihat juga tablo.
polonaisepolonaiseMuzikTiada1. Tarian perarakan yang wujud pada abad ke-17. Polonaise berasaskan tarian rakyat Poland, bermeter 3/4 dan bertempo sederhana. 2. Karya instrumental terutamanya untuk piano solo yang berasaskan ritma tarian polonaise. Chopin amat menggemari karya instrumental jenis ini dan menggunakan ritma polonaise sebagai lambang bagi menunjukkan semangat nasionalisme. Contohnya, Military Polonaise, A major, Op. 40, No. 1 (1838).
ceremonial routelaluan istiadatLandskapTiadaJalan yang digunakan untuk perarakan ke istana atau bangunan penting.
social unrestkekacauan sosialSains PolitikPolitik PerbandinganKeadaan huru-hara yang berlaku dalam masyarakat apabila undang-undang dan peraturan tidak dihiraukan. Kekacauan ini berlaku dalam bentuk perarakan besar-besaran, pembakaran kedai, kenderaan dan rumah. Dalam keadaan ini, orang ramai keluar ke bandar atau tempat tertentu untuk menunjuk perasaan membantah sesuatu keputusan yang telah dibuat oleh kerajaan. Kekacauan boleh berlaku apabila tersebarnya khabar angin, keadaan ekonomi yang meruncing dan menyukarkan orang ramai, perbalahan etnik serta konflik politik. Contohnya, kemelesetan ekonomi dan kejatuhan nilai wang yang berlebihan di Indonesia pada tahun 1997- 1998 telah menyebabkan kekacauan sosial yang serius. Sinonim kegelisahan sosial.
bannerkain rentang; tajuk rentangUndang-undangTiada1. Sekeping kain atau kertas, biasanya empat segi bujur besar yang mempunyai cogan kata atau corak yang dibawa dalam satu tunjuk perasaan atau perarakan.,2. Tajuk utama di muka hadapan akhbar.,3. Jaluran kain yang panjang, yang direntang melintang atau sepanjang jalan.,4. Bendera yang mempunyai lambang sesuatu pasukan tentera, polis dan sebagainya.
masquelakon topengKesenianDrama dan TeaterDrama yang dijayakan oleh pelakon yang memakai topeng atau sebarang bentuk penyamaran. Lakon topeng juga ialah sejenis persembahan yang memasukkan unsur tarian dan nyanyian dalam bentuk perarakan dan penyamaran itu biasanya digunakan untuk menggambarkan watak tertentu yang terkenal dalam kalangan rakyat. Contohnya, Awang Batil di Perlis.
rebana berarakrebana berarakMuzikTiada

 Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai membranofon jenis dram yang berbingkai. Rebana berarak yang bersaiz sederhana ini memainkan rentak tertentu untuk mengiringi perarakan. Lihat juga rebana.

P'ai LouP'ai LouKesenianHiasan DalamanGerbang kaum Cina yang berbentuk melengkung dan mempunyai satu, tiga atau lima bukaan. P'ai Lou biasanya terdapat di pintu masuk istana, jirat atau lorong yang dikhaskan untuk perarakan. P'ai Lou diperbuat daripada batu yang dibentuk atau dibina menyerupai kayu.
12

Kembali ke atas