Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ra.sa] | ڤراس

Definisi : 1. = alat ~ alat atau bahagian badan utk merasa(i); organ ~ lidah dll; 2. mudah (berasa): ia seorang tua ~ yg sering menge­luarkan air mata apabila ber­hadapan dgn anak-anak yatim; ~ angin lekas tersinggung; 3. benda yg memberi rasa (pd masakan dll); serbuk ~ serbuk yg dipakai utk menyedapkan rasa masakan; berperasa mempunyai perasa (bkn makan­an): biskut krim ~ buah-buahan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ra.sa] | ڤراس

Definisi : 1 = alat ~ bahagian badan atau organ utk merasa. 2 mudah berasa atau mudah merasai; peka. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rasa
1. Dalam konteks pelbagai rasa
bersinonim dengan manis, masam, masin, pahit, tawar, payau, pedas, maung, hambar, kelat,
(adjektif:)

2. Bersinonim dengan fikir
( kira, ingat, agak, )
(kata kerja:)

Kata Terbitan : rasanya, rasa-rasanya, berasa, merasai, merasakan, terasa, perasaan, berperasaan, perasa, berperasa,


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Perasa bawang-bawang putihUmar JunusPelita Bahasa1 September 1992
Antara Perisa, Perasa, dan PerasanMashitah TaharinPelita Bahasa1 April 2000
Kayu Manis Dan Belimbing Buluh Perasa Yang BerkhasiatZainon Abu SamahDewan Budaya1 May 2002

Kembali ke atas