Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ra.sa.an] | ڤراساءن

Definisi : 1. perihal merasa(i) dgn badan atau kulit dll, hasil atau perbuatan merasa dgn badan atau kulit dll: makanan yg lama tinggal dlm perut boleh menyebabkan sakit dan lain-lain ~ yg tidak menyenangkan; 2. perihal merasa(i) dlm hati atau batin, hasil atau perbuatan merasa dlm hati atau batin, sentimen: seorang gadis yg sangat halus ~nya; ~ kurang senang; tunjuk ~ perbuatan me-nyatakan bantahan beramai-ramai, demonstrasi; 3. kemampuan (kecekapan, kekuatan) utk merasa(i): seekor tikus me­nangkap mang­­sa­­nya dgn ~; tajamkanlah ~, pelihatan, dan fikiran tatkala menghadapi musuh; 4. fikiran, pendapat, pertimbangan: bagaimana ~ tuan berkenaan dgn masalah ini?; ~ perkauman sentimen yg berdasarkan kaum; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ra.sa.an] | ڤراساءن

Definisi : 1 hal berasa atau merasai sesuatu: ~ ingin menjadi sasterawan terkenal meluap-luap di dadanya. 2 rasa atau keadaan batin ketika menghadapi sesuatu: Hatinya selalu didatangi ~ takut. 3 kesanggupan utk berasa: Sindiran orang itu menyinggung ~ beberapa orang yg hadir. 4 pertimbangan hati ttg sesuatu; pendapat: Bagaimana ~ saudara ttg perkara ini? (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rasa
1. Dalam konteks pelbagai rasa
bersinonim dengan manis, masam, masin, pahit, tawar, payau, pedas, maung, hambar, kelat,
(adjektif:)

2. Bersinonim dengan fikir
( kira, ingat, agak, )
(kata kerja:)

Kata Terbitan : rasanya, rasa-rasanya, berasa, merasai, merasakan, terasa, perasaan, berperasaan, perasa, berperasa,

Peribahasa

Kerana lotong terlalu makan,
     tupai dijulai timpa perasaan.

Bermaksud :

Orang besar-besar yang bersuka-ria, orang kecil-kecil yang gembira berlebih-lebihan. lotong (lutung) = kera hitam.

 

Lihat selanjutnya...(17)


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Perasaan perempuanAlam BudayaTiada1983 
Perasaan perempuankuMatahariTiada20049793618159
Perasaan ibuYayasan Bhakti SarimahTiada1988 
Gila PerasaanPustaka H.C. Mohamad A. RahmanTiada1959 
Tunjuk perasaan - reformasiDewan Bahasa dan PustakaTiada1998 
Tunjuk perasaan anti-marcosDewan Bahasa dan PustakaTiada  
Tunjuk Perasaan Anti Salman RushdeeDewan Bahasa dan PustakaTiada1989 
Darah perasaan atau nasib seorang gadis itu di tangan siapa?Tanjong Malim PressTiada1939 
Darah Perasaan atau Nasib sesaorang itu ditangan siapaTanjong Malim PressTiada1939 
Tunjuk Perasaan Anti-Tol di CherasDewan Bahasa dan PustakaTiada  
12

Kembali ke atas