Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
rasa
1. Dalam konteks pelbagai rasa
bersinonim dengan manis, masam, masin, pahit, tawar, payau, pedas, maung, hambar, kelat,
(adjektif:)

2. Bersinonim dengan fikir
( kira, ingat, agak, )
(kata kerja:)

Kata Terbitan : rasanya, rasa-rasanya, berasa, merasai, merasakan, terasa, perasaan, berperasaan, perasa, berperasa,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah perbezaan antara "duka" dan sedih? 1. Perasaan Mei Ying masih lagi ______ walaupun neneknya telah dua tahun meninggal dunia. A. sedih B. dukaDalam Kamus Dewan Edisi Empat, duka ialah (perasaan hati) yang susah atau sedih, dukacita: jangan dibiarkan hati tersadung ~, jangan fikiran dipersusah; ~ lara = ~ nestapa susah (sedih) hati yang amat sangat.  

Kamus Dewan mentakrifkan sedih hati sebagai berasa pilu (susah, hiba) dalam hati: Ramli memandang kpd ibunya dgn sayu, ~, perih;

Berdasarkan definisi tersebut, perkataan yang paling tepat digunakan dalam ayat ialah duka.
Tatabahasa03.09.2013
1)(Apakah)perasaan anda? 2)(Bagaimanakah )perasaan anda? YANG MANA SATU KATA TANYA BETUL ATAUPUN KEDUA-DUA PUN BETUL?Ayat Tanya yang betul ialah, Bagaimanakah perasaan anda?
Tatabahasa21.04.2015
Tuan, objek abstrak boleh digandakankah? Contoh: 1. ciri-ciri 2. contoh-contoh 3. kesan-kesan 4. kepentingan-kepentingan 5. faedah-faedah 6. aktiviti-aktiviti/kegiatan-kegiatan 7. perasaan-perasaan 8. pandangan-pandanganTidak perlu digandakan perkataan tersebut, tunggal atau jamak boleh ditentukan berdasarkan konteks ayat yang digunakan.Tatabahasa11.05.2014
Nama saya Sumaiyah Mateh belajar bahasa melayu dasar ingin bertanya tentang bahasa melayu apakah makna cinta?Menurut data kami, maksud perkataan cinta ialah 1 (perasaan atau berperasaan) sa­ngat sayang kepada negara, ibu bapa dan lain-lain: ~nya kepada ibunya sungguh luhur. Kerana sangat ~ kepada negaranya, beliau sanggup berkorban nyawa untuk mempertahankannya. 2 (perasaan atau berperasaan) sangat be­rahi, asyik, kasih dan sebagainya; sangat tertarik (kepada laki-laki atau perempuan): ~nya yang tidak berbalas terhadap gadis itu menjadikannya hampir tidak siuman. Si isteri yang setia itu sangat ~ kepada suaminya. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=cintaMakna09.11.2015
1. Apakah perasaan Mohan sebelum pertandingan bermula ? 2. Bagaimanakah perasaan Mohan sebelum pertandingan bermula ? Ayat tanya manakah yang betul ? Mengapa ? 1. Beliau berjaya menyertai pertandingan ini pada peringkat antarabangsa ? 2. Beliau berjaya menyertai pertandingan ini di peringkat antarabangsa ? kata sendi manakah yang betul di dalam dua ayat di atas ? Segala tunjuk ajar dan pertolongan yang diberikan, saya mengucapkan terima kasih.

1. Bagaimanakah perasaan Mohan sebelum pertandingan bermula? Bagaimana berfungsi sebagai kata tanya  untuk menanyakan hal, manakala "apa" berfungsi sebagai kata untuk menanyakan nama termasuklah jenis, sifat, dan lain-lain sesuatu (bukan manusia.

2. Beliau berjaya menyertai pertandingan ini di peringkat antarabangsa. Kata sendi nama "di" digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat, manakala kata sendi nama "pada" berfungsi untuk menunjukkan keterangan waktu dan tempat.

Tatabahasa18.05.2009
1. Bagaimanakah / apakah perasaan kamu? 2. Bagaimanakah/apakah persediaan kamu untuk menyertai pertandingan tersebut? Terima kasih1. Apakah perasaan kamu?

2. Bagaimanakah persediaan kamu untuk menyertai....
Tatabahasa10.08.2014
Salam sejahtera, 1.Bagaimanakah perasaan wanita itu setelah Anand menolongnya? Jawapan: a.Perasaan wanita itu setelah Anand menolongnya adalah gembira. b.Wanita itu berasa sangat gembira setelah Anand menolongnya. Adakah kedua-dua jawapan yang ditulis betul? Sekian,terima kasih.Jawapan yang betul ialah B. Wanita itu berasa sangat gembira setelah Anand menolongnya.Lain-lain07.08.2021
Salam sejahtera. Ayat mana satu yang betul? Ayat 1: Kita boleh berkongsi perasaan kepada ibu bapa. Ayat 2: Kita boleh berkongsi perasaan dengan ibu bapa.Ayat yang betul ialah:
Ayat 2: Kita boleh berkongsi perasaan dengan ibu bapa.
Tatabahasa18.06.2022
Tuan, adakah ayat ini betul? 1. Meluat dia dengan tabiat lelaki itu. Ayat (1) ayat songsang yang telah mendepankan kata adjektif "meluat"; ayat asal bagi ayat (1): Dia meluat dengan tabiat lelaki itu. Saya berpendapat bahawa ayat ini salah, kerana digunakan "dengan". Untuk keterangan terhadap, kata sendi nama "akan", "kepada", dan "terhadap" dipakai. "Meluat" merupakan perasaan dan tergolong dalam kelompok kata adjektif perasaan. Apabila kata adjektif perasaan diikut oleh keterangan terhadap, seperti benci (kata adjektif perasaan) + akan dia (keterangan terhadap), kata sendi nama "akan" digunakan, bukan "dengan". Jadi, ayat yang saya fikirkan betul berasas pada analisis saya ialah: 1. (a) Meluat dia akan tabiat lelaki itu. "akan tabiat lelaki itu" ialah keterangan terhadap, dan "meluat" ialah kata adjektif perasaan. Kata adjektif perasaan perlu dipadankan dengan kata sendi nama "akan" jika keterangan terhadap ingin dinyatakan. (Sumber: Novel Hantu Gadis Opera, lembaran 20, terbitan Syarikat Pelangi)Sila ambil contoh ayat daripada buku bahasa untuk berhujah atau memahamkan peraturan tatabahasa. Mengambil ayat daripada karya kreatif bukanlah langkah yang tepat kerana sebahagian karya kreatif tidak mematuhi seratus peratus peraturan tatabahasa. Tatabahasa20.03.2015
Selamat sejahtera tuan, Apakah perbezaan antara nasionalisme dengan patriotik?Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, patriotik membawa maksud orang yang mencintai dan mempertahan­kan kedaulatan negaranya, pembela negara. Manakala, nasionalisme membawa maksud : 1. perasaan cintakan bangsa dan negara sendiri yg mendalam; 2. pergerakan untuk mencapai kebebasan ekonomi dan politik daripada kuasa asing, se­mangat kebangsaan. Mengikut pemaknaan di atas, Nasionalisme dan patriotik membawa maksud yang sama iaitu maksud pertama, perbezaannya ialah nasionalisme juga membawa makna pergerakan ekonomi dan politik daripada kuasa asing.Makna07.08.2014
12345678910...

Kembali ke atas