Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ra.san] | ڤرسن

Definisi : I sedar (akan berlakunya atau adanya sesuatu); tidak ~ tidak sedar (nampak): tak ~ aku bila dia meletakkan dulang yg berisi air dan kuih itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ra.san] | ڤرسن

Definisi : hasil memeras, perahan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ra.san] | ڤرسن

Definisi : Kd 1. megah, berasa bangga; 2. agak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ra.san] | ڤرسن

Definisi : sedar atau tahu akan berlakunya sesuatu dll: Saya tidak ~ bila dia sampai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[pe.ra.san] | ڤرسن

Definisi : 1 yg terhasil drpd memeras; perahan. 2 tindakan mengambil untung banyak-banyak atau meminta wang dll dgn ugutan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perasan

Puisi
 

Kalau tuan pergi ke bukit,
     Carikan saya buah pulasan;
Mata memandang apa nak sakit,
     Bahu yang memikul timpa perasan.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam. Bolehkah saya tahu sama ada perkataan 'perasan' diterima dalam konteks formal? Adakah perkataan itu bahasa pasar? Terima kasih.Perkataan perasan ada terakam dalam Kamus Dewan Edisi Keempat dan bukan bahasa pasar. Sila rujuk

perasan">http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=perasan untuk maklumat lanjut.
Lain-lain09.04.2018
Adakah penggunaan perkataan 'perasan' dan 'menyedari' dalam ayat-ayat berikut betul dan tepat? (a) Tanpa menyedari, kami sudah sampai ke destinasi. (b) Tanpa perasan, kami sudah sampai ke destinasi.Ayat yang betul ialah "tanpa disedari kami sudah sampai ke destinasi"Tatabahasa12.12.2015
Salam sejahtera. Saya perasan dalam bahagian Khidmat Nasihat, ada beberapa jawapan yang tidak konsisten. Contohnya bagi perkataan "sepertimana" atau "seperti mana" (sila rujuk kepada gambar yang disertakan). Saya berharap pihak DBP boleh mengambil tindakan yang sewajarnya tentang masalah yang biasa dilihat bahagian Khidmat Nasihat. Terima kasih. Daripada: LydiaTerima kasih atas maklum balas yan diberikan. Untuk makluman pihak puan,  DBP dalam proses mengemas kini Sistem Khidmat Nasihat DBP. Oleh itu, ejaan yang betul dan tepat  ialah 'sepertimana'.Tatabahasa22.11.2018
Salam.. saya ada perasan DBP ada bagi contoh (online) bagi sebutan dialek, dari link ini: http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=arnab&d=24. Contoh: kain... sebutan: kaen atau tikus - ti.kuih... ada tak kamus ini? sebab contoh ini berdasarkan Glosari Dialek Kedah.. saya nak glosari dialek untuk bahasa melayu baku.. terima kasihUntuk makluman tuan, tidak banyak terbitan DBP yang mengandungi panduan penyebutan kata, kecuali beberapa buku dialek yang memerlukan panduan penyebutan. Tuan boleh menghubungi Kedai Buku, DBP di talian 03-21455501 atau e-mel koopdbp@yahoo.com untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang buku dialek terbitan DBP.Lain-lain30.03.2015
Salam Sejahtera, Saya baru perasan bahasa sebutan Daftar Kata BM dan juga suku kata adalah berlainan. Saya ingin bertanya untuk perkataan "mengada-ada". Sebutan: [me.nga.da.nga.da] Suku Kata: (me.nga.da.a.da) Adakah pemisahan saya di atas betul? Sekian, terima kasih.Dari segi ejaan, ditulis sebagai mengada-ada tetapi apabila disebut me.nga.da.nga.da.
Kata terbitan yang terdiri daripada awalan meN- atau pen- dengan kata dasar yang berupa kata ulang yang bermula dengan bunyi vokal atau diftong dilafazkan dengan mengulangi bunyi suku kata kedua yang mengandungi bunyi (ng).
Ejaan10.09.2014
“Kak Lia, hari ini saya perasan yang pipi Kak Lia semakin hari semakin tembam,” ujar Hamidun sambil mencebik kepada kakaknya. Yang mana satu perkataan antonim bagi mencebik-menyeringai, menyengih, menjebik dan mengetapSalam sejahtera,

Perkataan antonim yang sesuai ialah menyengih. 
Tatabahasa24.12.2019
Nan MustaQim Aug 12th, 8:35am Salam. Mungkin tiada yg perasan. Perkataan 'usia' pada awal perkataan menggunakan huruf kecil, cuma saiznya yg besar. Harap DBP lebih cakna dalam pemilihan font. Didapati dlm buku teks BM Tahun 5 m/s 142. Terima kasihUntuk makluman tuan kami menggunakan fon jenis Azim bagi penerbitan buku teks KBSR. Oleh sebab itu, kelihatan huruf "U" pada permulaan ayat seperti huruf kecil.Lain-lain12.08.2014
Helo, saya tak mencari maksud peribahasa yang berikut dalam Kamus Dewan. 1. perempuan perasan, lelaki pemalu Apakah maksudnya? 2. Jangan _________ menyakiti hati ibu kita kerana "syurga itu di bawah telapak kaki ibu." A sekali-sekali B sekali-kali C sesekali

1. Peribahasa yang betul ialah "Perempuan serasan, lelaki pemalu" bermaksud pegangan hidup yang tidak serupa.

2. Jangan _____ menyakiti hati ibu kita kerana "syurga itu di bawah telapak kaki ibu." - jawapannya A. sekali-sekali dan C. sesekali

Tatabahasa21.10.2010
nyatakan maksud- belum duduk sudah berlunjur, biar jatuh terletak jangan jatuh terhempas, perempuan perasan lelaki pemalu

Maksud "Belum duduk sudah berlunjur":
Belum memperoleh sesuatu yang dikehendaki, sudah bergirang hati lebih dulu.

"Biar jatuh terletak, jangan jatuh terhempas" maksudnya ialah lebih baik menarik diri lebih dulu daripada diberhentikan dengan tidak hormat.

Peribahasa yang betul ialah "Perempuan serasan, lelaki pemalu" bermaksud pegangan hidup yang tidak serupa.

Makna23.02.2009
salam, adakah cara bacaan sebenar bagi perkataan "templat" itu menggunakan e pepet?? selalu dengar orang baca dengan e taling, tapi apabila perasan ejaan jawinya تمڤلت itu dibaca dengan e pepet jadi baru rasa musykil...Berdasarkan Daftar Kata Bahasa Melayu, sebutan 'e' bagi perkataan templat menggunakan sebutan e pepet.Lain-lain19.06.2020
12

Kembali ke atas