Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ras.mian] | ڤراسمين

Definisi : pengisytiharan (pelantikan, pe­nentuan, penetapan, pengangkatan, peng­umum­­an, dll) yg rasmi: masa transisi sesudah ~ ejaan itu akan mengurangi kerugian yg mungkin dideritai; ~ lantikan panitia Bahasa Melayu-Indonesia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ras.mian] | ڤراسمين

Definisi : perbuatan merasmikan; pengumuman yg rasmi; pengesahan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rasmi (adjektif)
Bersinonim dengan formal, sah, sahih, diluluskan, dibenarkan;,
Kata Terbitan : merasmikan, perasmian,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Kata hubung untuk majlis/perasmian, contohnya di majlis/perasmian atau pada majlis/perasmian.Yang betul ialah di majlis perasmian.Tatabahasa15.08.2008
Salam Sejahtera, 1. Majlis upacara perasmian dewan. 2. Majlis perasmian dewan. 3. Upacara perasmian dewan. Ayat yang mana tepat. terima kasih.Frasa yang betul ialah majlis perasmian dewan.Tatabahasa22.05.2012
Penggunaan perkataan 'Perasmian Penutupan' atau 'Perasmian Penutup' bagi sesuatu majlis.Biasanya ungkapan yang digunakan ialah Majlis Penutupan. Ini bersesuaian dengan laras Majlis Perasmian yang bermakna sesuatu majlis dibuka dengan rasmi dan Majlis Penutupan bermakna pengakhiran sesuatu majlis.Tatabahasa27.07.2011
MANA YANG BETUL, MAJLIS PERASMIAN PENUTUP ATAU MAJLIS PERASMIAN PENUTUPANBiasanya ungkapan yang digunakan ialah Majlis Penutupan. Ini bersesuaian dengan laras Majlis Perasmian yang bermakna sesuatu majlis dibuka dengan rasmi.Lain-lain28.09.2007
Tuan, Yang mana satukah betul? Majlis Perasmian Penutup atau Majlis Perasmian Penutupan?Frasa yang betul ialah Majlis Perasmian Penutupan. Penutupan ialah perihal menutup, penamatan, pengakhiran, penyudahan (majlis, acara, dll), manakala penutup ialah 1 alat yg digunakan utk menutup; penudung. 2 sesuatu yg digunakan utk mengakhiri sesuatu surat, syarahan dll.Tatabahasa21.10.2010
SALAM, SAYA INGIN TAHU MANAKAH YANG BETUL PERASMIAN PENANGGUHAN ATAU PERASMIAN DAN PENANGGUHAN?Yang lazim digunakan ialah Majlis Perasmian dan Majlis Penangguhan.Tatabahasa12.10.2011
saya inginkan kepastian tentang penggunaan perkataan 'perasmian penutupan' atau 'perasmian penutup' bagi sesuatu majlis.Frasa yang betul ialah Majlis Perasmian Penutupan. Penutupan ialah perihal menutup, penamatan, pengakhiran, penyudahan (majlis, acara, dll), manakala penutup ialah: 1. alat yg digunakan utk menutup; penudung. 2. sesuatu yg digunakan utk mengakhiri sesuatu surat, syarahan dll.Tatabahasa25.04.2011
Situasi : Perasmian 18 buah dewan sekolah dalam Parlimen Pagoh Untuk menulis bena ,antara berikut manakah yang betul? 1. Majlis Perasmian Dewan-dewan Sekolah Parlimen Pagoh 2. Majlis Perasmian Dewan Sekolah-sekolah Parlimen Pagoh.1. Majlis Perasmian Dewan Sekolah Parlimen Pagoh. Tidak perlu dijamakkan perkataan dewan atau sekolah kerana Parlimen Pagoh di situ boleh menandakan tunggal atau jamak. Tatabahasa29.03.2012
MAJLIS PERASMIAN HARI PERANCANGAN BANDAR SEDUNIA 2017 & HARI HABITAT SEDUNIA 2017 ATAU MAJLIS PERASMIAN HARI PERANCANGAN BANDAR & HABITAT SEDUNIA 2017 atau MAJLIS PERASMIAN HARI PERANCANGAN BANDAR SEDUNIA & HARI HABITAT SEDUNIA 2017

Cara penulisan dan atur letak yang betul untuk majlis ini adalah seperti yang berikut:


MAJLIS PERASMIAN
HARI PERANCANGAN BANDAR SEDUNIA 2017
DAN
HARI HABITAT SEDUNIA 2017

Lain-lain31.10.2017
MAJLIS PERASMIAN PELANCARAN PROGRAM ANTIDADAH @ MAJLIS PERASMIAN PROGRAM ANTIDADAH @ MAJLIS PELANCARAN PROGRAM ANTIDADAH Soalan- Adakah ketiga-tiga ayat di atas boleh digunakan sebagai tajuk sesuatu majlisTajuk yang sesuai digunakan:

1. MAJLIS PERASMIAN PROGRAM ANTIDADAH
2. MAJLIS PELANCARAN PROGRAM ANTIDADAH
Lain-lain08.02.2018
123456

Kembali ke atas