Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ras.mian] | ڤراسمين

Definisi : pengisytiharan (pelantikan, pe­nentuan, penetapan, pengangkatan, peng­umum­­an, dll) yg rasmi: masa transisi sesudah ~ ejaan itu akan mengurangi kerugian yg mungkin dideritai; ~ lantikan panitia Bahasa Melayu-Indonesia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ras.mian] | ڤراسمين

Definisi : perbuatan merasmikan; pengumuman yg rasmi; pengesahan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rasmi (adjektif)
Bersinonim dengan formal, sah, sahih, diluluskan, dibenarkan;,
Kata Terbitan : merasmikan, perasmian,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
inaugural addressucapan perasmianPerpustakaanTiadaTiada
inaugural dissertationdisertasi perasmianPerpustakaanTiadaTiada
inaugural addressucapan perasmianSejarahTiadaTiada
couldronkawah apiSukanTiadaTempat api dinyalakan semasa perasmian sesuatu kejohanan.
opening ceremonyupacara pembukaanKomunikasiTiadaUpacara yang dilangsungkan semasa majlis perasmian sesuatu projek atau kegiatan.
pre-opening expensesperbelanjaan prapembukaanPelanconganTiadaKos yang digunakan dalam upacara perasmian sempena pembukaan sesuatu perniagaan atau pelancaran persidangan.
operaoperaKesusasteraanTiadaBentuk persembahan teater atau drama yang merangkumi unsur-unsur muzik, tarian dan dialog yang berasal daripada tragedi yang didikirkan. Persembahan teater ini merupakan suatu percubaan untuk menghidupkan kembali tragedi Yunani klasikal yang amat berpengaruh. Perkembangannya juga didorong oleh bentuk persembahan masque. Dari kurun ke-16 hingga pertengahan kurun ke-17, opera merupakan hiburan khas istana dan akademik (pusat pengajian tinggi). Pada tahun 1637, pelancaran dan perasmian Opera House di Venice membuka opera kepada tontonan orang ramai. Opera kemudian berkembang di seluruh Eropah dengan sumbangan Richard Wagner (1813-1883) di Jerman. Opera pada masa kini menjadi salah satu bentuk teater utama di Barat dan kepentingannya dibuktikan dengan kewujudan karya besar oleh komposer seperti Mozart, Puccini, Monteverdi dan sebagainya. Antara contoh opera ialah Aida, Madam Butterfly, Don Giovani, Dan Carlos dan Faust. Lihat juga masque.
tumbuk kalangtumbuk kalangMuzikTiada

Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai idiofon yang dihentak. Tumbuk kalang terdiri daripada sebuah lesung emping dan tiga hingga lima batang antan yang berlainan saiz. Lesung dihentak dengan antan-antan yang dipegang oleh beberapa orang pemain. Alat muzik yang menghasilkan rentak terhasil bagi mengiringi lagu vokal dimainkan oleh pesawah di Negeri Sembilan pada musim menuai. KM, tumbuk kalang dimainkan dalam pertunjukan kebudayaan, upacara menyambut tetamu atau meraikan majlis perasmian di kampung.


Kembali ke atas