Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ra.wi] | ڤراوي

Definisi : orang yg meriwayatkan hadis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ra.wi] | ڤراوي

Definisi : orang yg meriwayatkan hadis Nabi, periwayat: ~ hadis; 2. orang yg bercerita, pengarang cerita: kata ~ bahawa Sultan Muhammad Shah itu di atas kerajaan terlalu sekali adil; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perawi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah penggunaan perkataan 'perawi' khusus untuk pencatat hadis nabi semata-mata. Bolehkah ia menjadi maksud umum sebagai pencatat / pencerita?Perawi dalam bahasa Melayu mempunyai dua maksud, iaitu: pertama, orang yang meriwayatkan hadis, dan kedua, orang yang bercerita atau pengarang cerita.Makna28.11.2012
Mohon pencerahan tentang ayat yang betul (1) Hadis riwayat Bukhari dan Muslim atau (2) Hadis daripada Bukhari dan Muslim (3) Hadis Bukhari dan MuslimKetiga-tiga ayat ni betul. Walau bagaimanapun antara ayat pertama dan ayat kedua, ayat pertama lebih banyak digunakan dalam laras agama, manakala ayat ketiga menunjukkan penjenisan hadis mengikut perawi.Tatabahasa05.03.2020
Assalamualaikum, Saya ingin bertanya tentang penggunaan perkataan condong (italic). Perlukah diitalikkan untuk pernyataan dari orang terdahulu / buku lain. Contoh: 1) ...daripada Abdullah r.a. katanya: Turun ayat 2-3 surah at-Talaq... 2)Rasullah bersabda: Makanlah... 3) Menurut al-azdi dan al-Daraqutni: Beliau seorang yang ditinggalkan hadisnya. 4)...seperti yang dinyatakan oleh al-Hakim dalam al-Mustadrak: Hadis ini adalah hadis sahih isnadnya... Bolehkah saya italikkan semua ayat selepas titik bertindih untuk keempat-empat contoh di atas? Contoh lain: ...Muqadimah Sahih: Muhammad bin Abdullah memberitahu kepada saya daripada penduduk Meru, katanya: Saya mendengar Abdan bin Uthman berkata; Saya mendengar Abdullah bin al-Mubarak berkata; Isnad itu... (untuk contoh ayat dia atas, bolehkah saya italikkan ayat bermula dari 'Muhammad bin Abdullah hingga keseluruhan ayat seterusnya? Saya keliru kerana dalam satu dialog terdapat riwayat dari beberapa perawi - katanya,katanya etc) Harap pihak DBP dapat menjelaskan kekeliruan tersebut. Sekian, terima kasih.Tidak perlu diitalikkan petikan tersebut, kecuali petikan daripada bahasa asing. Contohnya: Pelakon itu menuturkan kata-kata Hamlet: To be or not to be.Tatabahasa29.12.2014

Kembali ke atas