Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ra.ya.an] | ڤراياءن

Definisi : pesta utk merayakan sesuatu peristiwa, keramaian, perjamuan, dll: ~ maulud Nabi SAW; ~ hari kemerdekaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ra.ya.an] | ڤراياءن

Definisi : 1 perihal merayakan sesuatu. 2 upacara, majlis, pesta dll utk merayakan sesuatu; keramaian: ~ Maulud. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
raya (adjektif)
1. Bersinonim dengan besar: gedang

2. Bersinonim dengan umum: awam

Kata Terbitan : merayakan, perayaan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera. Bolehkah saya tentang : 1. Dragon Boat Festival dalam BM sepatutnya ditulis sebagai apa? Perayaan Bot Naga @ Perayaan Duan Wu @ Perayaan Kuih Chang? 2. Mid Autumn Festival dlm BM ditulis sbg Perayaan Kuih Bulan @ Perayaan Tanglung @ Perayaan Zhong Qiu? Terima kasih

Dragon Boat Festival ialah Festival Perahu Naga manakala  Mid Autumn Festival  di Malaysia biasanya dikenali sebagai Perayaan Kuih Bulan.

Lain-lain07.01.2021
Salam Sejahtera. Mohon bantuan tuan untuk perkara berikut;

1. Deepavali telah membawa maksud hari perayaan bagi penganut agama Hindu, namun dalam penulisan kita menyeragamkannya dengan perayaan-perayaan lain seperti Hari Natal, Hari Raya Aidilfitri dan Hari Deepavali.  

2. Ejaan yang betul ialah hari sukan. 

3. Ejaan yang betul ialah baju Melayu dan baju kurung. 

Ejaan23.07.2012
Tuan adakah ayat songsang di bawah ini gramatis 4. Kes kemalangan jalan raya pada musim perayaan meningkat kenapa? • mengapakah meningkat kes kemalangan jalan raya pada musim perayaan? • mengapakah meningkat pada musim perayaan kes kemalangan jalan raya? • pada musim perayaan kes kemalangan jalan raya kenapa meningkat? • pada musim perayaan kenapa meningkat kes kemalangan jalan raya? 5. Kereta jenama Jepun iaitu Mazda lebih digemari oleh rakyat Malayisa. • lebih digemari oleh rakyat Malaysia kereta jenama Jepun iaitu Mazda • lebih digemari kereta jenama Jepun iaitu Mazda rakyat Malaysia adakah ada jawapan lain untuk soalan no.5?

Gramatis bermaksud mematuhi peraturan tatabahasa. Ayat songsang juga mematuhi hukum tatabahasa tetapi bentuk ayatnya sahaja tidak seperti ayat yang lazim digunakan. Pola ayat songsang ialah predikat + subjek.

Ayat yang betul dan ayat songsang.

4. Mengapakah Kes Kemalangan Jalan Raya Meningkat pada Musim Perayaan?
  •  Kes Kemalangan Jalan Raya Meningkat pada Musim Perayaan Mengapa?

5. Kereta jenama Jepun iaitu Mazda lebih digemari oleh rakyat Malaysiia
  • Lebih digemari oleh Rakyat Malaysia, Kereta Buatan Jepun iaitu Mazda.

Walau bagaimanapun, untuk membantu anda memahami dengan lebih mendalam tentang ayat songsang tersebut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga , halaman 457. 

Tatabahasa17.06.2020
Perayaan Tahun Baru Cina atau Tahun Baharu Cina?Kedua-duanya boleh digunakan. Baru merujuk kepada belum lama lagi; tidak ada sebelumnya. Contoh ayat, Tahun ini murid-murid baru ada empat puluh orang sahaja. Baharu pula bererti baru; membaharui, membaiki supaya sesuatu itu menjadi baharu. Contoh ayat, Filem baharu beliau mendapat sambutan hangat.Lain-lain04.03.2022
Perayaan Jubli Emas UiTM: "Raikan bersama kami"Jawapan yang lebih tepat ialah "Raikan bersama-sama kami"Lain-lain26.09.2006
Cikgu, frasa sempena (perayaan) atau bersempena dengan (perayaan) barulah betul mengikut tatabahasa? Contoh: sempena Tahun Baharu Cina atau bersempena dengan Tahun Baharu Cina?

Mengikut buku Kamus Dewan, sempena ialah tuah, berkat manakala bersempena bermaksud mengambil sempena (dengan), mengambil berkat, mengambil tuah.

 Kedua-dua frasa yang ditanya betul mengikut konteks ayat yang ingin disampaikan.

Tatabahasa28.05.2014
1) adakah "penghuni kampung" diterima? 2) sempena (perayaan) atau bersempena dengan (perayaan) / kedua-dua pun boleh diterima? 3) sistem pengedaran darah / sistem peredaran darah / kedua-dua pun betul? 4) adakah memberi penghormatan & memberikan penghormatan sama maksud? 5) bagaimana untuk membezakan penggunaan terancang & dirancang? 6) Mengikut Kamus tatabahasa, tersangat + kata adjektif kan betul? namun kenapa banyak jawapan bagi soalan buku tatabahasa menunjukkan "tersangat" adalah salah? saya memeriksa portal khidmat nasihat dari 2012 hingga 2015. Ada pegawai petugas yang cakap betul, ada yang berpendapat "tersangat" ini salah. harap mendapat maklum balas.

Cadangan jawapan seperti berikut:

1)    (1) Jawapan yang betul ialah penduduk kampung

2)    (2) Bersempena dengan perayaan

3)    (3) Sistem peredaran darah

4)    (4) Kamus Pelajar Terbitan Khas KBSM, menerangkan makna:
     i) Memberi - menyebabkan seseorang menerima sesuatu. Contoh ayat: Pak Ali memberi anak-anaknya wang saku.
     ii) Memberikan - menyerahkan sesuatu kepada... Contoh ayat: Saya memberikan buku itu kepada adik saya.

5)    (5) Perkataan terancang dan dirancang membawa maksud yang sama iaitu sudah dirancang.

6)    (6) Kata penguat bebas boleh digabungkan dengan awalan ter- dan hadir sebelum kata adjektif dalam konteks penanda darjah 
     penghabisan. Contoh: teramat pandai,teramat cantik, tersangat pandai, tersangat cantik.

Tatabahasa08.02.2021
Salam bahagia. Adakah meraikan hari jadi setiap tahun dianggap sebagai suatu perayaan. Contoh soalan : Tuliskan karangan tentang perayaan yang kamu raikan pada setiap tahun. Boleh pelajar menulis pengalamannya meraikan hari jadinya setiap tahun. Sekian dan selamat berpuasa.Kamus Dewan, edisi keempat, mentakrifkan perayaan sebagai pesta untuk merayakan sesuatu peristiwa, keramaian, perjamuan dan lain-lain.  Contoh yang diberikan ialah maulud Nabi SAW dan hari kemerdekaan.  Daripada takrif dan contoh tersebut, dapatlah dikatakan bahawa perayaan ialah sambutan yang diadakan secara besar-besaran.Makna24.07.2012
Maaf, saya ingin bertanya tentang kata dasar bagi perkataan perayaan. Adakah raya adalah kata dasar bagi perayaan? Mohon penjelasan daripada pihak DBP. Terima kasih.Kata dasar untuk kata terbitan "perayaan" ialah "raya" yang telah menerima imbuhan pe-..-an. Tatabahasa29.05.2020
JABATAN KASTAM SABAN TAHUN MENYAMBUT HARI KASTAM SEDUNIA.TAHUN-TAHUN SEBELUMNYA KAMI MENGGUNAKAN PERKATAAN " SAMBUTAN" NAMUN TAHUN DEPAN PIHAK PENGURUSAN BERCADANG MENGGUNAKAN PERKATAAN " PERAYAAN HARI KASTAM SEDUNIA".ADAKAH PENGGUNAAN ISTILAH BAHASA "PERAYAAN" ITU BETUL MENGIKUT PANDANGAN DBP.MOHON DIPERJELASKAN KEDUA-DUA ISTILAH BAHASA DI ATAS. TERIMA KASIHSambutan bermaksud penerimaan atau cara-cara meraikan atau menyambut sesuatu (hari raya, tetamu, dan lain-lain), manakala perayaan bermaksud pesta utk merayakan sesuatu peristiwa, keramaian, perjamuan, seperti perayaan hari kemerdekaan. Berdasarkan makna tersebut, kata perayaan itu betul dan begitu juga dengan sambutan, oleh itu saudara boleh memilih mana satu yang hendak digunakan.Makna03.12.2008
12345678

Kembali ke atas